SuPeRmAn rEtUrN!! bAcE JgN X BaCe.. :p
September 28, 2007 at 02:29 p09 | In Lucu | 3 CommentsPagi ni saya tergelak sorang sorang depan pc sbb baca petua ni..
———— —— ———— ——— —
Aku datang dari keluarga yg besar… 16 adik beradik, bila sesekali berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis makan besar-besar dan best-best!!!Dalam ramai2 adik beradik, bukan semua yg suka stail aku, apabila aku bawa gaya hidup ” gaya pulang ke pangkal jalan’”… maka adalah yg tak kena sana sini… oh..
Masa makan, aku pun duduk lah cara Nabi..(rujuk ustaz). Lalu ada yg sound:
“Apahal duduk macam nak berlari ajer….” “Tak baik lutut tinggi pada makanan..” “Ni duduk ke nak berak nie..?” Oleh sebab aku lelaki beriman, maka aku buat muka seposen… Aku pun basuh tangan. Nota untuk mua’alaf : Sebelum makan sunnah Nabi adalah basuh kedua2 tangan dan berkumur, insyaAllah jika korang amal nie, sebelum korang mati Allah akan mempermudahkan segala urusan hutang piutang korang. – Hutang kereta/rumah/ kahwin/ study/along bla bla bla!!!Sambung balik, aku pun berpikir… ada baiknya juga Nabi tak makan pakai sudu @ garfu. Kalau Nabi makan pakai sudu, susah pulak org miskin macam aku nak ikut sunnah Nabi. Nak pakai sudu material apa? Stainless steel ke inconnel 601? Nak pakai colour camne? Matelic ke cooper? Kan susah tu!!! Tu belum lagi jika Nabi makan pakai kerusi dan meja.. bentuk bulat ke bentuk heksagon?, Oktagon?, Nanagon? Nak kena pergi kedai perabot buat ansuran mudah! Jimat ! Hanya RM 1 dan tunggu 30 hari, kunjungilah kedai perabot terbesar di Malaysia, bla bla bla!!! Oh…Lepas tu makanlah, dengan tiga jari (sunnah Nabi) kemudian, ada pulak suara2 yg sound: “Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari?”
Aku kata : “Huh, anak cina makan dengan dua kayu elok2 habis nasi satu pinggan!!!” Tapi oleh kerana aku sorang jer yg makan dengan tiga jari, org lain makan dengan lima jari, maka aku lihat kadar flow of suapan dan kadar quantity of lauk-pauk diorang lebih laju dan maju, maka aku menukar jariku dari 3 kepada 5… Oh.. tepuk dada tanya iman.. Kemudian aku minum dari tangan kanan yg tidak berbasuh… Diorang tegur : “Essh.. pengotor betullah”.
Aku kata : “Apa pulak kotor, aku makan nasi, bukan tahik!!!” (tapi aku kata dalam hati sebab aku lelaki beriman). “Nie, apahal jilat2 jari nie? Lucah betul!!”- tanya diorang pada aku.. “Makan ayam sedap sampai ke kaki….makan sate sedap sampai ke lidi heheheh”- kataku… Banyak pulak diorang komplen cara aku makan.. err maksud aku cara Nabi makan… Aku tahu tak berguna berdebat ngan mereka lalu aku ubah topik dengan bertanya :
“Tahukah korang kenapa lembu makan rumput dan kambing makan daun?” Abang aku kata sebab tengkuk lembu berat…bla bla bla.. Aku kata : “Salah!!! Lembu makan rumput dan kambing makan daun sebab mereka lapar!!!(tak lawak) ha ha ha!!!”
Aku menyambung : “Penting makan cara Nabi sebab kita hari2 makan, tapi bila tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan kambing makan sajer. Namun bila korang makan macam Nabi saw makan, maka dikira ibadat.. Masa nak makan, niatlah makan kerana perintah Allah, namun kena nafikan makanan yg bagi kenyang.. hakikatnya kenyang datang dari kudrat Allah. “Tiba2 mak aku tercekik tulang ikan.. (bayangkan seorang mak cik sedang tercekik tulang) Kemudian, Mak aku mendapat nasihat secara berperingkat, ada yg sarankan agar makan pisang, minum air dengan cepat, makan nasi kepal dan lain2, tapi masih tak berjaya.. Kesian mak aku…”Huh! Hamka, Takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang tulang tercekik camne?..cakap terer..”(kata abang aku). Aku kata : “Senang sajer… Mak angkat kedua-dua tangan ke atas..”
Mak aku pun buat.. tapi masih tak jadi.. Aku kata: “Lurus mak, tangan mak dua-dua kena lurus… !!!” (bayangkan seorang makcik yg sedang duduk bersila sambil kedua-dua tangan diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa2 nasi, manakala di lengan dan tengkuk di penuhi dengan rantai emas..)
Aku kata : “Sekarang sebut: SUPERMAN RETURN!!!!!! “HA HA HA.. (semua org ketawa)-nasi berhembur-hembur di sana sini. Mak aku juga ketawa.. sehingga tulang yg tercekik itu terkeluar.. Semuanya dari Allah!!! He he he… Selamat mencuba, ni bukan hadith, cuma pengalaman.
p/s : haksss!!! haksss!!! hakssss!!! xleh ler mkn ikan… klu makan ikan jerk kan musti tringat makcik t’cekik tulang nih…!!!!!! ! muahahahahhahaha
PeRtAnYaAn uTk cInTa..
September 28, 2007 at 02:29 p09 | In Cinta | Leave a CommentAdakah tapak tangan mu berkeringat, hati mu berdebar kencang dan suara mu tersekat didada mu??
Itu bukan CINTA, itu SUKA..
Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya??
Itu bukan CINTA, itu NAFSU..
Adakah kamu menginginkannya, kerana kamu tahu ia ada disana??
Itu bukan CINTA, itu KESEPIAN..
Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang??
Itu bukan CINTA, itu KESETIAAN..
Adakah kamu tetap mengatakan kamu mencintainya kerana kamu tidak ingin melukainya hatinya??
Itu bukan CINTA, itu BELAS KASIHAN..
Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuatkan hati kamu melompat??
Itu bukan CINTA, itu TERGILA-GILA. .
Adakah kamu memaafkan kesalahannya, kerana kamu mengambil berat tentangnya??
Itu bukan CINTA, itu PERSAHABATAN. .
Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan??
Itu bukan CINTA, itu DUSTA..
Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya??
Itu bukan CITA, itu KEMURAHAN HATI..
TETAPI
Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan kegembiraan yang membutakan dan tak terfahami… menarik mu mendekati dan tetap bersamanya?? ?
Jika demikian, itulah CINTA…
Adakah kamu menerima kesalahannya kerna itu bahagian dirinya dan siapa dirinya??
Jika demikan, itulah CINTA…
Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan??
Jika demikian, itulah CINTA..
Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu, dia kuat??
Jika demikian, itulah CINTA…
Adakah hati mu sakit dan hancur ketika dia bersedih??
Jika demikian, itulah CINTA…
Adakah hati mu gembira ketika dia berbahagia??
Jika demikian, itulah CINTA..
Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwa mu begitu mendalam sehingga menusuk??
Yang demikian itulah namanya CINTA
fInd yOuR TrEe!!
September 28, 2007 at 02:29 p09 | In Cinta | Leave a Commentsome more, just for information. ..
Find your birthday and then find your tree. This is really cool and
somewhat accurate.
Dec 23 to Jan 01 – Apple Tree
Jan 01 to Jan 11 – Fir Tree
Jan 12 to Jan 24 – Elm Tree
Jan 25 to Feb 03 – Cypress Tree
Feb 04 to Feb 08 – Poplar Tree
Feb 09 to Feb 18 – Cedar Tree
Feb 19 to Feb 28 – Pine Tree
Mar 01 to Mar 10 – Weeping Willow Tree
Mar 11 to Mar 20 – Lime Tree
Mar 21 (only) -Oak Tree
Mar 22 to Mar 31 – Hazelnut Tree
Apr 01 to Apr 10 – Rowan Tree
Apr 11 to Apr 20 – Maple Tree
Apr 21 to Apr 30 – Walnut Tree
May 01 to May 14 – Poplar Tree
May 15 to May 24 – Chestnut Tree
May 25 to Jun 03 – Ash Tree
Jun 04 to Jun 13 – Hornbeam Tree
Jun 14 to Jun 23 – Fig Tree
Jun 24 (only) – Birch Tree
Ju n 25 to J ul 04 – Apple Tree
Jul 05 to Jul 14 – Fir Tree
Jul 15 to Jul 25 -Elm Tree
Jul 26 to Aug 04 – Cypress Tree
Aug 05 to Aug 13 – Poplar Tree
Aug 14 to Aug 23 – Cedar Tree
Aug 24 to Sep 02 – Pine Tree
Sep 03 to Sep 12 – Weeping Willow Tree
Sep 13 to Sep 22 – Lime Tree
Sep 23 (only) – Olive Tree
Sep 24 to Oct 03 – Hazelnut Tree
Oct 04 to Oct 13 – Rowan Tree
Oct 14 to Oct 23 – Maple Tree
Oct 24 to Nov 11 – Walnut Tree
Nov 12 to Nov 21 – Chestnut Tree
Nov 22 to Dec 01 – Ash Tree
Dec 02 to Dec 11 – Hornbeam Tree
Dec 12 to Dec 21 – Fig Tree
Dec 22 (only) – Beech Tree
TREES (in alphabetical order)
Apple Tree (Love) — quiet and shy at times, lots of charm, appeal,
and attraction, pleasant attitude, flirtatious smile, adventurous,
sensitive, loyal in love, wants to love and be loved, faithful and
tender partner, very generous, many talents, loves children, needs
affectionate partner.
Ash Tree ( Ambition) — extremely attractive, vivacious, impulsive,
demanding, does not care for criticism, ambitious, intelligent,
talented, likes to play with fate, can be very egotistic, reliable,
restless lover, sometimes money rules over the heart, demands
attention, needs love and much emotional support.
Beech Tree (Creative) — has good taste, concerned about its looks,
materialistic, good organization of life and career, economical,
good leader, takes no unnecessary risks, reasonable, splendid
lifetime companion, keen on keeping fit (diets, sports, etc.).
Birch Tree (Inspiration) — vivacious, attractive, elegant,
friendly, unpretentious, modest, does not like anything in excess,
abhors the vulgar, loves life in nature and in calm, not very
passionate, full of imagination, little ambition, creates a calm and
content atmosphere.
Cedar Tree (Confidence) — of rare strength, knows how to adapt,
likes unexpec ted presents, of good health, not in the least shy,
tends to look down on others, self-confident, a great speaker,
determined, often impatient, likes to impress others, has many
talents, industrious, healthy optimism, waits for the one true love,
able to make quick decisions.
Chestnut Tree (Honesty) — of unusual stature, impressive,
well-developed sense of justice, fun to be around, a planner, born
diplomat, can be irritated easily, sensitive of others feelings,
hard worker, sometimes acts superior, feels not understood at times,
fiercely family oriented, very loyal in love, physically fit.
Cypress Tree (Faithfulness) — strong, muscular, adaptable, takes
what life has to give but doesn’t necessarily like it, strives to be
content, optimistic, wants to be financially independent, wants love
and affection, hates loneliness, passionate lover which cannot be
satisfied, faithful, quick-tempered at times, can be unruly and
careless, loves to g ain knowledge, needs to be needed.
Elm Tree (Noble-mindedness) — pleasant shape, tasteful clothes,
modest demands, tends not to forgive mistakes, cheerful, likes to
lead but not to obey, honest and faithful partner, likes making
decisions for others, noble-minded, generous, good sense of humor,
practical.
Fig Tree (Sensibility) — very strong minded, a bit self-willed,
honest, loyal, independent, hates contradiction or arguments, hard
worker when wants to be, loves life and friends, enjoys children and
animals, few sexual relationships, great sense of humor, has
artistic talent and great intelligence.
Fir tree (Mysterious) — extraordinary taste, handles stress well,
loves anything beautiful, stubborn, tends to care for those close to
them, hard to trust others,yet a social butterfly, likes idleness
and laziness after long demanding hours at work, rather modest,
talented, unself ish, many friends, very reliable.
Hazelnut Tree (Extraordinary) — charming, sense of humor, very
demanding but can also be very understanding, knows how to make a
lasting impression, active fighter for social causes and politics,
popular, quite moody, sexually oriented, honest, a perfectionist,
has a precise sense of judgment and expects complete fairness.
Hornbeam Tree (Good Taste) — of cool beauty, cares for its looks
and condition, good taste, is not egoistic, makes life as
comfortable as possible, leads a reasonable and disciplined life,
looks for kindness and acknowledgment in an emotional partner,
dreams of unusual lovers, is seldom happy with its feelings,
mistrusts most people, is never sure of its decisions, very
conscientious.
Lime Tree (Doubt) – intelligent, hard working, accepts what life
dishes out, but not before trying to change bad circumstances into
good ones, hates fighting and stress, enj oys getaway vacations, may
appear tough, but is actually soft and relenting, always willing to
make sacrifices for family and friends, has many talents but not always enough time to use them, can become a complainer, great leadership qualities, is
jealous at times but extremely loyal.
Maple Tree (Independence of Mind) — no ordinary person, full of
imagination and originality, shy and reserved, ambitious, proud,
self-confident, hungers for new experiences, sometimes nervous, has
many complexities, good memory, learns easily, complicated love life,
wants to impress.
Oak Tree (Brave) — robust nature, courageous, strong, unrelenting,
independent, sensible, does not like change, keeps its feet on the
ground, person of action.
Olive Tree (Wisdom) — loves sun, warmth and kind feelings,
reasonable, balanced, avoids aggression and violence, tolerant,
cheerful, calm, well-developed sense of justice, sensiti ve,
empathetic, free of jealousy, loves to read and the company of
sophisticated people.
Pine Tree (Peacemaker) — loves agreeable company, craves peace and
harmony, loves to help others, active imagination, likes to write
poetry, not fashion conscious, great compassion, friendly to all,
falls strongly in love but will leave if betrayed or lied to,
emotionally soft, low self esteem, needs affection and reassurance.
Poplar Tree (Uncertainty) — looks very decorative, talented, not
very self-confident, extremely courageous if necessary, needs
goodwill and pleasant surroundings, very choosy, often lonely, great
animosity, great artistic nature, good organizer, tends to lean
toward philosophy, reliable in any situation, takes partnership
seriously.
Rowan Tree (Sensitivity) — full of charm, cheerful, gifted without
egoism, likes to draw attention, loves life, motion, unrest, and
even complications, is both d ependent and independent, good taste,
artistic, passionate, emotional, good company, does not forgive.
Walnut Tree (Passion) — unrelenting, strange and full of contrasts,
often egotistic, aggressive, noble, broad horizon, unexpected
reactions, spontaneous, unlimited ambition, no flexibility,
difficult and uncommon partner, not always liked but often admired,
ingenious strategist, very jealous and passionate, no compromise.
Weeping Willow (Melancholy) – likes to be stress free, loves family
life, full of hopes and dreams, attractive, very empathetic, loves
anything beautiful, musically inclined, loves to travel to exotic
places, restless, capricious, honest, can be influenced but is not
easy to live with when pressured, sometimes demanding, good
intuition, suffers in love until they find that one loyal, steadfast
partner; loves to make others laugh ”
ApA ItU SeBeNaRnYa cInTa..
September 28, 2007 at 02:29 p09 | In Cinta | 4 CommentsAssalamualaikum. .. 
(sekadar memetik attachement dr seorg teman…semoga terdetik sst di hati utk difikirkan bersama..Wallahu ‘Allam)
I LOVE U… I MISS U… AKU CINTA PADAMU…
Inilah sebahagian drp ungkapan asmara yg sering dituturkan mereka yg sedang ‘mabuk cinta’. CINTA, ia mmg mudah diucap, ttp adakah kita semua jelas dan memahami akan makna disebaliknya? Saya percaya, tentu ramai yg ragu2 serta berteka-teki dlm permasalahan utk membabitkan diri dlm perkara ini.
Cinta sebenarnya adalah ‘MAHABBAH’ yg bermaksud perasaan kasih sayang yang sukar diterjemahkan. Cinta merupakan satu gelodak rasa dan emosi yg lahir drp hati nurani yg luhur dan suci. Tidak boleh dipaksa serta dibeli dgn wang ringgit.
Seperti lagu Aris Ariwatan ‘Cinta Tak Kenal Siapa’ dan nyanyian kumpulan Budak Kaca Mata ‘Cinta Tak Perlu Dipaksa’.
Berbalik kpd ‘MAHABBAH’ tadi, secara khusus ia adalah suatu kecintaan padu yg sepatutnya hanya tertumpu utk ALLAH SWT. Dalam tasawuf, ‘MAHABBAH’ beerti patuh kpd ALLAH dan membenci perbuatan yg menyalahi perintahNya.
Ttg cinta-mencintai ini, ALLAH berfirman dlm Al-Quran:-
“… ALLAH akan mendatangkan suatu kaum yg ALLAH cintai mereka dan mereka pun mencintaiNya. ..” Al-Maidah, ayat 54
” Jika kamu benar2 mencintai ALLAH, ikutilah Aku, nescaya ALLAH mengasihi dan mengampuni dosamu…” Al-Imran, ayat 31
Ternyata, walau mcmana sekalipun, cinta terhadap ALLAH sepatutnya didahulukan. Ini kerana, apabila kita mengetahui hakikat ketuhanan yg sebenarnya,InsyaAll ah kita dpt membezakan yg mana intan dan yg mana kaca. Falsafah ada menyatakan, ‘Cintai diri sendiri, sebelum memberi cinta pada org lain’
Tentu anda pernah mendengar nama Rabi’atul Adawiyah, seorg wali wanita yg hidup atr 95 – 185 hijrah. Cinta Rabi’atul padaNya merupakan cinta suci, murni dan sempurna menyebabkan beliau korbankan hidupnya semata-mata utk beribadat kpd ALLAH SWT.
Saudara dan saudari, apakah definisi cinta pd pandangan anda???
Adakah bercumbu-cumbuan dan berpeluk-pelukan di khalayak tandanya cinta???
Atau…
adakah dgn ucapan romantis serta berpegangan tgn akan terasa nikmatnya cinta mahupun sbg bukti kasih sayang yg kononnya cinta suci???
Jelas suatu pendustaan sekiranya seorg lelaki berkata dia benar2 mencintai seorg perempuan sdgkan pada masa yg sama mencemarkan maruah, kesucian dan iman temannya. Diakah yg diharapkan menjadi teman melayari bahtera kehidupan utk sama2 mendarat di p[ulau impian???
Lelaki yg benar2 mencintai pasangannya tidak akan mencemarkan kekasihnya walau sekadar bersentuhan sbg bukti cinta. AWAS!!! Semua perlakuan itu adalah hasutan nafsu godaan SYAITAN…
Secara jujur, seorg lelaki yg sememangnya jatuh cinta terhadap seorg perempuan yg diminatinya akan menunjukkan sikap, sifat serta penampilan yg meyakinkan insan yg dicintainya. Tetapi, berhati-hatilah krn sesetgh drp sikap yg penuh sopan santun itu, kekadang penuh pula dgn kepura-puraan.
INGATLAH!!! Cinta yg murni bukanlah cinta sang monyet, cinta yg melompat-lompat dan begitu rapuh… Ia juga bukan spt cinta atr ‘Romeo dan Juliet’, mahupun cinta ‘Laila dan Majnun’…
Tetapi, nikmat cinta itu lahir spt cintya Rasulullah dgn Khadijah Aisyah serta Saidina Ali dgn Fatimah.
Jgnlah terlalu terburu2 merebut cinta murahan yg berkeliaran krn ia bakal menjadi virus perosak kpd kehidupan yg penuh peradaban.
Wahai REMAJA…
Serahkanlah cintamu pada yang SATU. Tentu kamu juga pernah atau sdg dilamun cinta, namun bukan bermakna blh berkorban jiwa dan raga. CINTAILAH ALLAH SWT MELEBIHI SEGALA-GALANYA KERANA CINTA YG ABADI DAN HAKIKI PASTI AKAN BERBALAS DGN PELBAGAI NIKMAT YG TIDAK TERHITUNG… InsyaAllah.. .
Wallahu’Alam. ..
Sila sebarkan kata2 ini pada sahabat2 yang lain… sesungguhnya ini adalah salah satu jln utk berdakwah dan menasihati diri kita serta sahabat2 kita yg lain… semoga anda semua dicucuri Rahmat dari ALLAH SWT… Wassalam…

“kEnAlI HaTi, CiNtA LeLaKi”
September 28, 2007 at 02:29 p09 | In Cinta | 12 Comments
BENARKAH sukar mengenali hati lelaki? Menelah dan menggauli hati budi mereka sebenarnya tidak semudah yang disangka.
Berikut diperturunkan 14 perkara yang bersangkutan dengan golongan Adam supaya anda lebih peka mengenai beberapa perkara mengenali mereka.
Jika ia sesuai dijadikan panduan, terimalah ia dengan hati terbuka. Jika sebaliknya, anggaplah ia sebagai pengisi bahan bacaan anda di masa terluang.
1. Jika anda bertanya lelaki: “Adakah anda cintakan saya?” selepas setahun perhubungan, mereka akan menjawab “Ya, saya cintakan awak”.
Tetapi hakikatnya, mereka masih ada beberapa jawapan lain untuk soalan itu seperti A. “Ya, rasa-rasanyalah” B. “Mestikah saya berkata begitu supaya anda rasa senang hati?” C. “Bergantunglah apa maksud cinta pada pandangan awak” D. “Penting sangatkah?” dan E. “Siapa, saya?”
2. Anda tidak perlu meminta pendapat jujur mengenai diri anda dan anda tidak payah minta dia memberi pujian anda kekasihnya atau gadis paling menarik di dunia ini. Ini kerana apabila terlihat perempuan cantik di hadapannya, dia mungkin merenung hingga terbeliak biji mata.
3. Ada sesetengah lelaki tidak suka aturan hidupnya dirancang kerana baginya, biarlah takdir yang menentukan. Keadaan jadi lebih teruk jika pasangan cuba merancang segala tindakannya. Jika lelaki pilihan anda tidak gemar kehidupannya ditentukan, kaji dulu tabiatnya sebelum anda mengutarakan sebarang cadangan.
4. Lelaki tidak suka dipaksa atau diubah.
5. Lelaki yang gemar merokok pasti mendapatkan habuannya sebatang dua setiap kali selepas makan.
6. Setiap kali anda marah atau naik angin dengan si dia, dalam fikirannya lebih cenderung memikirkan: “Oh, dia ini pasti datang bulan.” sedangkan lelaki tidak sedar dirinya dimarahi kerana perangai atau tingkah lakunya sendiri yang menyakitkan hati.
7. Lelaki tidak berapa suka membincangkan isu pertengkaran dengan pasangannya. Jika dia mahu duduk berbincang, ia hanya sebentar dan dengan segera mahu menutup perbincangan. Beberapa hari berikutnya, dia akan buat-buat lupa.
8. Ada tiga perkara yang boleh membuat lelaki tertekan iaitu duit, kuasa dan seks.
9. Jangan buat lawak bodoh mengenai lelaki di hadapan kawan atau keluarganya. Ada lelaki cepat tersinggung dan menganggap ia satu penghinaan besar malah mungkin satu percubaan mensabotaj nama baiknya.
10. Lelaki cuma suka lafazkan ‘I love you’ pada peringkat awal perhubungan. Apabila perhubungan sudah menjadi semakin intim lelaki lupa untuk mengucapkannya semula sehingga wanita yang terpaksa memberi 10,000 jenis isyarat supaya dia tidak lupa dia masih dan perlu mencintai si wanita.
11. Lelaki suka jika pasangannya bergaya cantik, popular dan menarik perhatian waktu berjalan bersama. Tetapi jika ada lelaki lain yang tertarik dengan teman wanitanya, dia akan menyalahkan wanita dulu kerana katanya “Awak yang kuat melayan”.
12. Jangan kritik muzik, kereta, pasukan bola, motosikal, topi keledar atau apa saja yang menjadi kegemaran mereka.
13. Jangan kritik cara mereka berpakaian, menyapu gel rambut atau menyikat rambut.
14. Lelaki tidak suka diberikan tekanan pada fasa awal perhubungan. Jika dia melarikan diri apabila terserempak dengan keluarga atau sahabat handai anda, maafkanlah dia kerana dia sebenarnya masih belum yakin sepenuhnya.
4 JeNiS WaNiTa lElAkI ElAkKan
September 28, 2007 at 02:29 p09 | In Cinta | Leave a CommentMulut “Power Amp”
Sebenarnya dari perspektif lelaki, wanita yang yang kuat bercakap
atau `talkative’ bukanlah jenis yang leceh, mengganggu, atau pun
tidak. Itu bukanlah soalnya. Ada persepsi atau pendapat yang
mengatakan dalam sehari, wanita menggunakan beribu lebih banyak
perkataan berbanding lelaki. Apa yang ketara ialah ini bergantung
kepada topik apa yang sedang diperkata atau dibincangkan.
Kalau subjek tentang sukan, kebanyakan lelaki akan bercakap lebih
banyak berbanding wanita. Kalau subjek bertukar pula tentang sesuatu
yang feminin seperti berkenaan bayi rakan yang baru dilahirkan,
wanitalah yang selalunya akan bercakap lebih tentang subjek itu.
Kebanyakan wanita `dituduh’ bercakap banyak, atau kuat bercakap bila
dalam keadaan yang sebenarnya, mereka bercakap lebih hanya
disebabkan mereka berbincang tentang sesuatu subjek yang mereka suka
sangat, bukanlah disebabkan `wanita memang bercakap banyak’.
Kebanyakan lelaki pula tidaklah begitu pandai bercakap sesama mereka
seperti wanita bila berbual bersama rakan-rakan. Dalam dunia wanita,
apa yang selalunya berlaku ialah, seorang bercakap, seorang lagi
bercakap, semua boleh bercakap bersama dalam satu masa. “Join”
sahaja dalam perbualan bila mood rasa nak “join”.
Dalam dunia lelaki, cara seperti ini dianggap tidak sopan kerana
pandangan lelaki tentang perbualan adalah sama seperti `berhujah’.
Dalam kata lain, bila yang seorang sedang bercakap, itu “turn” dia
untuk bercakap dan tidak sepatutnya diganggu atau `disampuk’
sehinggalah dia habis bercakap. Mungkin bunyi macam `lebih’ jer,
tapi yang pastinya lebih kurang macam tu la kebenarannya.
Oleh itu, bila seorang lelaki sedang menjawab soalan yang ditanya
oleh seorang wanita, tiba-tiba wanita itu mula menyampuk
mengutarakan pandangannya selama 10 minit yang seterusnya, lelaki
itu selalunya akan terus diam begitu sahaja.
TIP: Lelaki bukanlah berbeza sangat dengan wanita dalam hal
ini.Bercakap banyak dalam perbualan sebenarnya lebih kepada “circle”
yang sedang kita bersama. Cuma apabila anda bersama lelaki, cuba
jangan mendominasi sesuatu perbualan itu sehingga anda tahu topik
itu adalah kesukaannya.
Permaisuri Kerjaya
Dikatakan lelaki `berasa terancam’ dengan wanita yang berjaya. Ada
juga kebenarannya di sini yang menjadikan ia lebih menarik untuk
kita perhatikan. Ramai juga wanita profesional, berjaya dalam
perniagaan, berjaya dalam kerjaya, menyatakan, “Saya ada pendapatan
yang kukuh, memiliki rumah sendiri, dan juga hidup yang gembira.
Saya tak perlukan lelaki untuk membuatkan saya gembira dan bahagia.”
Jawapan saya, “Kalau macam tu tidak ada sebab untuk mana-mana lelaki
pun ingin bersama dengan wanita seperti ini!.” Kenapa? Sebabnya
ialah lelaki akan merasakan apakah perkara yang boleh dia sumbangkan
dalam hidup wanita tersebut sekiranya dia berasa cukup segalanya?
Betul, lelaki tidak mahu wanita yang 100% bergantung kepadanya,
tetapi adalah satu perkara yang amat mengharukan buat lelaki bila
merasakan wanita yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi
membenarkan dirinya untuk bergantung kepada lelaki, yang pasti
kelihatan wanita itu tidaklah sama sekali langsung tidak memerlukan
lelaki dalam hidupnya.
TIP: Kebanyakan lelaki ingin menjadi tumpuan utama dalam hidup
pasangannya, dan tidak mahu tumpuan wanita itu terhadap kerjayanya
melebihi tumpuan terhadapnya.
Pembenci Lelaki.
Wanita jenis ini berbeza berbanding wanita di dalam kategori lain
dari satu segi. Kebanyakan lelaki akan memberikan wanita kategori
ini lebih peluang dan cuba untuk memenangi hatinya, hanya disebabkan
wanita ini dilihat sebagai satu cabaran.
Disebabkan kekuatannya( kemarahan) , kebanyakan lelaki tidak mahu
sebuah perhubungan yang mempunyai komitmen bersamanya(apatah lagi
berkahwin), tetapi mereka begitu teruja dengan sikap wanita ini dan
melihatnya sebagai cabaran, berusaha untuk mendapatkannya hanya
sebagai “trophy”. Apatah lagi jika sikap dan kehidupan sosial wanita
ini sentiasa membuka peluang kepadanya untuk bertemu lelaki
jenis “buaya” dan berbahaya.
Wanita seperti ini mempunyai sifat persaingan seperti seorang lelaki
dan sensitiviti seorang wanita. Dia mampu berubah dari seorang yang
begitu menarik dan memikat kepada seorang yang sebaliknya
atau “emotionally distant” dalam sekelip mata.
Dalam kata lain, dia menggunakan kebenciannya terhadap lelaki
sebagai perisai untuk mengelakkannya dari terluka….sekali lagi.
TIP: Wanita seperti ini begitu berjaga-jaga supaya dirinya tidak
terluka lagi. Di dalam perhubungan, bila dia menyerahkan hatinya
kepada lelaki, mereka selalunya membenarkan perhubungan tersebut
bergerak dengan terlalu pantas, dan akhirnya akan memeranjatkan,
melemaskan, dan juga manakutkan kebanyakan lelaki.
Perkara yang paling penting wanita ini perlu pelajari ialah
bagaimana untuk secara p-e-r-l-a-h- a-n membenarkan lelaki mencuri
hatinya.
Gadis Kecil Yang Terdesak
Wanita jenis ini ialah mimpi ngeri hampir semua lelaki. Wanita jenis
ini selalu merungut dan kerap menyatakan dengan jelas betapa dia
seolah-olah terdesak untuk berkahwin. Apa yang menakutkan lelaki
tentang wanita jenis ini ialah lelaki selalunya tidak dapat mengenal
pasti sikapnya sehinggalah berada bersama di dalam sebuah
perhubungan.
Pada mulanya, wanita ini kelihatan amat berdikari dan yakin pada
diri sendiri. Walau bagaimanapun, bila dia berada dalam sesuatu
perhubungan dan berasa selamat, sifat `keinginannya yang mendesak’
mula dimanifestasikan.
TIP: Ironiknya, wanita seperti ini kadangkala sebenarnya melakukan
sesuatu yang baik dalam membolehkan lelaki melihat sesetengah
sifatnya dengan cepat pada awal perhubungan, yang mana itu adalah
juga merupakan ciri keterbukaan yang lelaki inginkan. Namun
demikian, terlalu awal secara jelas menampakkan keinginan supaya
lelaki mengisi segala kekosongan dalam hatinya sehingga seolah-olah
mendesak lelaki berkahwin sedangkan perhubungan berada pada
peringkat yang terlalu awal akan menakutkan lelaki.
TiPs uTk kEjUtKaN OrG BaNgUn sAhUr.. :p
September 28, 2007 at 02:29 p09 | In Renungan | Leave a Commentkalau nak kejutkan org bangun tidur esp sahur.. cam ni antara caranya..
1. pegang anak jari kiri/kanan sambil tu panggil nama dia perlahan lahan..
2. sentuh bahu org tidur tu..dan goyangkan perlahan lahan..sambil panggil nama dia…
3. renjis air kat muka dia…sambil panggil nama dia…
4. tampar tampar manja pipi dia..sambil panggil nama dia…
5. tutup kipas/air cond
tp kalau still tak effect
1. jerit nama dia kuat kuat…
2. gigit ibu jari kaki dia..cam antu toyol gigit
3. simbah air sebaldi…kalau bleh air rendam baju dalam korang
4. tarik rambut dia sampai jatuh dr tilam
5. goyang badan dia kuat2 then jerit gempabumi! gempabumi! tsunami!tsunami!
6. jerit api! api! api!
7. letak kfc ke mcd ke xpun ikan patin masak tempoyak yg baru dibeli sebelah hidung dia..bg ambik bau sikittp kalau still tak effect gak… ni je la cara terakhir
1. pergi kat telinga dia…then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia byk kali…
2. pergi kat dia, baca je surah yaa sin! hehehehehe
ApA ItU CiNtA??
September 28, 2007 at 02:29 p09 | In Cinta | Leave a Comment
Ramai yang tahu tentang cinta. Ramai yang tahu menyebut perkataan cinta. Ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata cinta. Tetapi adakah anda tahu apa itu cinta yang sebenarnya? Di sini saya ingin berkongsi dengan anda tentang apa itu cinta.
Sifat Cinta
Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.
Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.
Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapk an kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.
Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.
Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan, dari diri yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.
Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk
dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.
Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut
dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.
Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat
cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.
Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.
Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.
Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…memperson akannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.
Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. Mereka percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?
Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.
.
mEnJaGa kEsIhAtAN MaTa
September 28, 2007 at 02:29 p09 | In Renungan | 2 CommentsPetua ni sesuai diamalkan sesiapa shj. terutama pelajar atau individu yg bekerja dlm bidang berkaitan komputer & internet. Tak kiralah anda seorang programer, pereka laman web, pereka grafik, usahawan internet, penulis blog dsb. Ataupun saja suka-suka menghabiskan masa berjam-jam di depan komputer misalnya main games, chatting, baca artikel di blog, cari info dsb.
Petua Menjaga Kesihatan Mata
1. Setiap kali mandi atau berwudhu’ (bagi muslim), pastikan jangan pejamkan mata semasa air melalui mata anda, sebaliknya kelip-kelipkan mata anda beberapa kali, biar air mandian itu mencuci mata anda. Memang mata kita akan terasa pedih sikit. Walaupun tiada kajian saintifik mengenai petua ni, tapi setelah mengamalkannya beberapa lama, alhamdulillah setakat ni mata saya belum rabun lagi biarpun berjam-jam di depan komputer.
2. Untuk menyegarkan mata yg letih atau rasa gatal-gatal akibat sakit mata, ambil beberapa helai daun sirih muda, basuh bersih-bersih. Ramas-ramaskan sampai lumat dan didihkan seketika. Tapis airnya dgn kain bersih ke dlm mangkuk dan biar hingga suam-suam kuku. Lepas tu rendamkan atau jiruskan terus pun boleh, pd mata anda sambil kelip-kelipkan mata berulang kali. Insya Allah mujarab.Tapi yang ni leceh sikit sebab sekarang ni susah nak cari daun sirih.
3. Amalkan senaman utk mata anda. Bukan badan je perlukan senaman, mata pun perlu bersenam juga. Caranya:
a. Pergi ke luar rumah, lihat satu objek berdekatan anda, kemudian beransur-ansur lihat pula objek yg lebih jauh, dan jauh, jauh lagi, sejauh-jauhnya la. Lepas tu balik semula beransur-ansur lihat objek yg berdekatan anda. Ulang proses ini beberapa kali sampai anda naik bosan atau naik menyampah…jangan sampai naik angin dah la ye. Dlm proses tadi sekiranya anda ternampak satu objek menarik(misalnya ada awek cun melintas) bolehlah fokuskan sekejap pd objek tu(kira senaman mata gak tu), tapi jangan tengok lama-lama ye, berdosa…hehe…dan mata anda juga berisiko utk terkena lontaran objek-objek berbahaya.
b. Gerakkan mata anda ke kanan semaksimum mungkin,berhenti sekejap, kemudian ke kiri, berhenti sekejap, seterusnya ke atas, bawah dan tengah (sampai mata naik juling), beransur-ansur lajukan proses ini.
c. Setelah 1-2 jam di depan komputer, berhenti sekejap, lihatlah objek-objek berwarna hijau di luar rumah anda, seperti pokok-pokok dsb, sesungguhnya warna hijau itu menenangkan & merehatkan mata anda. Tapi itu kalau siang, kalau malam camne pulak?? Itu senang jer, lawatlah blog saya ni selalu, ada banyak warna hijau di sini…kuikuikui terkena korang.
4. Amalkan makan makanan yg kaya dgn vitamin A & C- susu, sayur(terutama carrot & brokoli) dan buah2an (terutama aprikot & anggur) dsb.
5. Elakkan melihat benda-benda yg tak sepatutnya dilihat…terutamanya di internet ni macam-macam bahan yg boleh merosakkan mata & minda anda…hehe, faham-faham sendirilah ye.
Ok, setakat ni je, lain kali saya bagi petua lagi.
P/S: Petua-petua ni utk org yg belum rabun lagi, tapi yg dah sedia rabun tu tak dapat dipastikan keberkesanannya, bolehlah cuba2.
..LeLaKi mUdAh mEnDeKaTi wAnItA Yg b’SiFaT KeIbUaN..
September 28, 2007 at 02:29 p09 | In Cinta | 8 CommentsDALAM memilih jodoh, lelaki sering bersandarkan paras rupa atau kecantikan wanita.
Kecantikan sesuatu yang subjektif. Apapun, wanita harus menjadikan diri mereka cantik dalam segala aspek.
Jika ciri yang diperturunkan ini anda miliki, ia mungkin boleh dianggap satu pakej wanita idaman yang diingini lelaki sebagai pasangan hidup satu hari nanti.
* Keibuan. Inilah sikap sebenar wanita yang membuatkan lelaki teruja padanya. Banyak lelaki terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang.
Wajah keibuan sesungguhnya mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang dalam keadaan tertekan, cemas dan gelisah serta senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan anak baru hendak menonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi memiliki sikap keibuan dalam diri masing-masing.
* Keanak-anakan. Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka rasa terhibur dengan keletah anda, tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakan yang melampau dan menyakitkan hati sebaliknya sikap keanak-anakan yang menyenangkan.
Kemanjaan wanita boleh membangkitkan naluri kebapaan dan kelelakian, malah wanita yang ceria membuat lelaki lebih ghairah.
* Penuh pengertian. Pengertian wanita sering membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya seperti perasaan mudah memaafkan dan memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah.
Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang penuh pengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata kasar atau menuduh yang bukan-bukan sebaliknya cuba mengerti duduk perkara sebenar.
* Menghargai. Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan daripada wanita membuat lelaki berasa bangga.
* Menjaga penampilan. Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita itu menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat dan menjaga kesihatan tubuhnya, meningkatkan kualiti hidup serta memberi yang terbaik kepada dirinya.
Dia bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumah tangga, wanita berkenaan terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang kelihatan cantik dan ramping walau sudah punya anak tiga?
* Pandai berbicara. Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walaupun topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita berkenaan dapat mengimbanginya.
Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi memberi tindak balas dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik serta mengalihkan topik agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga gemar wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.
* Pandai bergaul dan menyesuaikan diri. Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana baru, wanita itu cepat menyesuaikan diri.
* Menghormati diri sendiri. Lelaki suka wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan serta tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.
* Simpati dan prihatin. Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib mereka yang susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu.
Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan mempesona.
So sWeEt.. HuHuUu..
Blog at WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.