jump to navigation

“aNgKa cInTa” October 26, 2007

Posted by "eS@RLi" in Cinta.
trackback

Untuk mencari angka cinta mudah saja caranya.Anda hanya perlu
mengetahui tarikh, bulan dan tahun kelahiran secara lengkap, lalu
menjumlahkanny a secara berterusan hingga tinggal satu angka.
Contoh: anda lahir pada 21 Februari 1968.
2+1+2+1+9+6+8= 29
2+9=11;
1+1=2.

Angka 2 ini adalah angka cinta anda.Apakah yang tersembunyi dalam
angka cinta itu? Terus ikuti paparan berikut ini:

ANGKA CINTA UNTUK WANITA

Angka cinta 1
Anda tidak bergantung pada orang lain dan tak mahu menuruti perintah.
Sebagai pasangan, anda mengharapkan jejaka yang berwajah tampan dan
mempunyai karier yang bagus.Meskipun tidak berharap pada orang lain,
anda tidak boleh bersendirian kerana pada dasarnya anda tak tahan
kesepian.

Seiring dengan usia anda yang semakin meningkat, anda sering tertarik
dengan jejaka yang lebih muda.Hal ini disebabkan perasaan dan cara
berfikir anda yang mudah mengikuti zaman.Pasangan yang sesuai bagi
anda ialah jejaka dengan angka cinta 1, 3, 5 dan 7.

Angka cinta 2
Anda seorang yang sensetif dan mengharapkan hubungan akrab dan romantis.
Fantasia adalah hal penting bagi anda.Dalam bercinta anda menginginkan
pemuda yang bertubuh tinggi dan tampan.

Sampai usia berapa pun, perasaan anda tetap berasa muda dan ini terikat
juga pada sikap dan tingkah laku seharian anda.Pemuda yang sesuai bagi
anda adalah nombor berapa sahaja kecuali dengan pemuda angka cinta 2.

Angka cinta 3
Anda seorang yang berperibadian teguh.anda tertarik pada pemuda yang
suka mengembara.Bagi anda, seks adalah kegiatan yang selalu ada dalam
jadual.

Anda mengidamkan pemuda dengan penampilan yang berparas tampan yang
boleh anda manjakan.Lelaki yang sesuai bagi pasangan anda ialah lelaki
dengan angka manapun kecuali angka cinta 2 dan 4.

Angka cinta 4
Ramai diantara anda yang matang pada usia muda.Anda mencintai kebebasan,
begitu juga dalam masalah seksual.Namun anda juga memerlukan seseorang
untuk mengawal sepak terajang anda.

Lelaki yang agresif mengghairahkan adalah idaman anda.Namun semua ini
tersimpan rapi dalam hati kerana anda pada dasarnya seorang yang suka
menyimpan rahsia.Lelaki yang sesuai dengan anda adalah yang berangka
cinta 1 dan 8

Angka cinta 5
Pada usia muda, catatan kisah cinta anda akan dipenuhi oleh lelaki,
kerana anda suka affair.Anda sulit dikawal dalam hal ini kerana anda
sangat berghairah.Urus an seks memang menjadi salah satu perkara utama
dalam kehidupan anda.

Pasangan yang sesuai untuk anda ialah dengan semua lelaki dalam nombor
cinta kecuali nombor 8.

Angka cinta 6
Anda seorang yang amat emosional dan berpengaruh atau berkuasa terhadap
pasangan anda.Anda mengharapkan kesetiaan sepenuhnya.Seba liknya anda
juga memberikan jaminan yang sama terhadap cinta.

Anda pengagung cinta dan hubungan seksual adalah nombor dua bagi anda.
Kalau anda sampai dikhianati, maka anda boleh bertindak kasar.Pasangan
yang tepat bagi anda adalah semua angka cinta kecuali nombor 7 dan 8.

Angka cinta 7
Anda nampaknya tak boleh hidup tampa kehadiran lelaki.Anda seorang yang
romantik dan mengharapkan lelaki yang selalu bersedia memeluk anda dan
membisikkan kata-kata mesra.

Anda khuatir kalau merasa kesepian dan tak menarik di mata lelaki.Semasa
usia anda muda anda adalah pemberontak.Lel aki yang sesuai dengan anda
ialah lelaki yang mana saja kecuali angka cinta 6 dan 7.

Angka cinta 8
Anda golongan paling romantik dari semua wanita.Anda inginkan kisah cinta
macam kisah dongeng.Pada usia muda, kerap dikecewakan kerana perasaan dan
harapan anda hanya dipermainkan.

Hati anda sangat lembut dan anda tak sampai hati menolak huluran cinta
yang diberikan lelaki.Itu sebabnya, daftar bekas kekasih anda juga cukup
panjang.Lelaki yang sesuai dengan anda adalah lelaki dengan angka cinta
1, 3, 7 dan 9.

Angka cinta 9
Rasa ingin tahu anda sangat tinggi dan itu juga yang membuatkan anda
melakukan pengalaman cinta yang berbeza- beza.Sekadar untuk memenuhi rasa
ingin tahu anda serta untuk memberikan pengalaman dalam hidup anda.

Anda perlukan seks tetapi tidak mengutamakannya .Lelaki yang sesuai dengan
anda dari semua nombor cinta kecuali angka 4 dan 5.

ANGKA CINTA UNTUK PEMUDA

Angka cinta 1
Pasangan anda haruslah seorang yang mampu menyusun dan menguruskan diri
sendiri.Anda tertarik pada hal-hal yang boleh dilihat oleh mata,
keindahan dan kemewahan adalah impian anda.Anda tertarik pada wanita
cerdas dan mempunyai pengertian yang dalam.

Wanita yang sesuai jadi pendamping anda ialah wanita dengan nombor
cinta manapun kecuali nombor 2.

Angka cinta 2
Anda berpenampilan macho dan cenderung menguasai segala apa yang
dilakukan oleh wanita yang anda cintai.Anda golongan suka berkuasa.
Persaingan memang kesukaan anda dan cabaran akan menggairahkan anda.
Sebab itu penampilan anda keras tetapi anda tak tahan dengan hal-hal
yang mengharukan perasaan.

Wanita yang sesuai dengan anda adalah wanita dengan angka cinta manapun
kecuali angka cinta 2.

Angka cinta 3
Anda jenis lelaki yang super romantik dan bergairah.Anda suka wanita
yang berkeperibadian tinggi namun anda benci kalau orang lain melihat
anda berada di bawah kekuasaan wanita.Musuh utama yang boleh menghancurkan
anda ialah alkohol, yang bakal melarut dalam akal sihat anda.

Wanita yang sesuai mendampingi anda ialah wanita dengan angka
cinta manapun.

Angka cinta 4
Anda jenis lelaki yang boleh tertarik pada setiap wanita yang
berpenampilan seksi dan mencabar.Penamp ilan anda macho dan kadangkala
agak kasar, namun jauh di dalam,anda adalah seorang yang lembut hati.

Pasangan anda agak sulit mengikat perhatian anda seratus peratus.Pasanga n
yang sesuai ialah wanita dengan angka cinta mana saja kecuali angka
cinta 8.

Angka cinta 5
Anda memiliki selera yang tinggi terhadap wanita.Anda suka merahsiakan
segala hal, namun tujuan anda yang paling penting ialah membangun
keluarga yang kukuh dan bahagia.

Pada dasarnya anda menuntut pendamping yang berparas cantik sekaligus
cerdas.Anda sesuai dengan semua jenis angka cinta wanita.

Angka cinta 6
Anda termasuk jenis agresif untuk urusan cinta.Namun anda menghargai
kesetiaan dan berusaha memenuhinya.And a juga tak segan untuk mengekspresikan
perasaan kerana pada dasarnya anda seorang yang emosional.

Hati-hati jangan sampai pasangan anda ada affair.Wanita yang sesuai bagi
anda ialah angka cintanya 1, 3, 5, dan 9.

Angka cinta 7
Anda sangat mudah terpesona dengan wanita cantik yang seksi dan
menggairahkan. Anda mahukan hubungan yang mendebarkan.Nam un dalam urusan
memilih pasangan seumur hidup,wanita yang pintar mengurus rumah tangga
menjadi pilihan.

Wanita yang sesuai menjadi pendamping anda ialah wanita dengan angka
cinta 1, 3, 4, 5 dan 9.

Angka cinta 8
Anda mempunyai daya tarikan yang tinggi pada lawan jenis.Namun anda
sendiri mulai memikirkan hal tersebut secara serius saat usia anda cukup
tinggi.Anda mencari wanita yang berkeperibadian kuat yang boleh
mendominasikan anda dan membawa pada pernikahan yang sempurna.

Wanita yang secocok dengan anda adalah wanita dengan angka cinta 3.

Angka cinta 9
Besar kemungkinan terjadi bahawa anda adalah lelaki yang terseksi dari
seluruh angka cinta.Anda matang pada usia yang sangat muda dan segera
tertarik pada gadis-gadis yang cantik.Berbeza dengan wanita angka
cinta 9, anda mencari cinta dan pengalamannya kerana anda memang haus
dan ingin mendapatkannya.

Anda boleh sesuai dengan wanita dengan angka cinta manapun kecuali
wanita dengan angka cinta 4.

p/s: WaKaKaKaAa!!! LeH CaYeR KeR NeH.. HeHeHeE

About these ads

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: