hApPy nEw yEaR 2008!!
December 31, 2007 at 02:29 p12 | In My Life | 2 CommentsI wish for you and my self too, to start this new year with hope and as they say:
T his i s the b eginning of a new day. You have been given this day to use as you will. You can waste it or use it for good. What you do today is important because you are exchanging a day of your life for it. When tomorrow comes, this day will be gone forever; in its place is something that you have left behind…let it be someth ing go od.
As well as what you do the last years gone forever, if you did good things Thanks God & if you don’t pray now and ask for forgiveness, learn from yestrday and try to be good, remember that challenge is good and always let this change go through positive growth by learning and benefiting from our experiences.Well! Dear friends….Co ntinue on the Journey of L ife.
gAtHeRiNg gRoUp lEpAkK 2007 HaKo ^_^
December 31, 2007 at 02:29 p12 | In My Life | 6 CommentsSalam all..
Semalam merupakan ari yg b’sejarah gak la lam idop hako.. Maner tak nyer.. Semalam la we all sume b’jumpa, kenal2 muke, b’sembang, makan reramai.. Slalu kenai nickname lam mail n forum jerk.. Hikss hiksss.. (Lame da x bersosial cenggitu..) hako neh der join 1 forum neh “LEPAKK GROUPS” name nyer.. Hako kire org kuat gak la kat lam tuh.. Selaku admin n moderator.. Muahahaha.. Hako pon xtaw camner hako ley menjawat n d anugerahkan ngn jawatan tersebut.. Hakss.. Actually, da lame da group neh d tubuhkan.. tahun 2005 klu tak silap hako.. Tapi baru la neh mola d kenali ramai.. Muakakaka.. Tak sia2 we all bkerja keras selama neh.. Cuma forum jerk lom aktif sgt.. Kena keja kuat lagik.. Huhuhuu..
Continue gathering semalam.. Rupe nyer2 hako n d geng yg lambat sampai.. (org penting mmg always late) Cehh.. Sume dok nunggu kek yg hako bawak tuh.. Wakakaka.. Maner x nyer.. Malam sblom gath tuh kut (ari esok nyer gath) big bos send msg kat hako soh belikan present tok Farah ( sebagai penghargaan tok farah la tas kesungguhan dia dalam merialisasikan gath kitorg neh wat julung2 kali nyer..) Heheheh..
Udah lew hako keja pg lakss ari tuh.. Pas keja kol 2 hako trus gerak p carik adiah farah ngn girls (member keja hako, same join lepakk gak) hakss.. Tak tau nak carik apa.. X reti benor nyer nak belikan tok org.. (Ntah dier bkenan ker tak ker) merata2 tuh carik.. 1 town hako pusing.. Huhuu.. N biler da betol2 pasti tuh lew barangan nyer n kena plakss nak herge nyer.. (Budget.. hikss..) Hako terus bayor.. Time soping2 tuh farah call la big bos call la.. (kek da beli lom??) huhuuu.. sume settle kalu hako yg handle ekekeke.. Sampai umah nengok jam da kol 4… Gathering tuh start kol 6.. (Patut nyer kol 5 tp kedai makan tuh br nk bukak.. nak kemas2 prepare2 aper2 yg patot tok kedatangan kitorg..) Muahahah.. Kay sambung lik.. Hako membungkus present ja dekat setengah jam.. Hakss.. Biler da sure barang2 yg perlu d bawak sume.. Hako mandi2 (opss senset..) b’siap.. sume2 la senang citer.. Gerak la lam kol 5.. Amik girl kat umah dia.. Pastuh amik kawan hako (sbg pemandu pelancong kitorg.. pasal hako neh slow sket bab2 jalan neh.. tensen hako.. sib baik der penyelamat.. Tenkiu ehh awk.. hakss..) Then b’tolak la.. Huhuuu.. Biler da masok damansara.. Jam lakss.. Der eksiden kat depan tuh.. Hako nengok der 1 guy chinese t’baring kat situ.. Maybe dier naik motor.. eksiden ngn keta.. Huhuuu.. (kuss semangat..) Da la lambat jam lakss.. Hako rase guy tuh x aper2.. Then sampai la kat Nail’is tuh.. berdebar2 hako.. Haksss hakss.. Saat melangkah masok.. Uikss rase cam t’henti 3 minit jerk darah hako.. Hihihiii.. Maner tak nyer.. Org yg slalu jerk nyampok lam mail (hako la tuh..) slalu wat kecohh.. ekekekeke.. Mallu siot.. Thehehehe.. Biler da salam2 kenal2 tuh amik meja.. Tak lame elly pgil hako.. Uikss so ngadap bos lew.. Cehh sempat g kate2 nakal darik kak sheeda mengenakan hako.. muahahaha.. Hako control (darah gemeruh ehh, bkn control ayu..) muakakaka.. G kat meja big bos dok tuh.. Kat situ lew der farah (org kuat gath) hakss.. da kenai2 sume.. Owhh neh rupe nyer big boss.. (Sblom neh penah nengok gambo dah.. hakss..)
Bermula la majlis.. (hako story cepat sket.. kejo mase.. hihiii) sedikit kata2 aluan darik big bos.. bacaan doa selamat.. suai kenal diri memasing.. makan2.. Der lucky draw.. (hako kurang lucky lakss time tuh.. heheh) Tapi banyak present yg hako dapat wehh.. “Moderator yg banyak posting kat LEPAKK” (hako la tuh..) ngn adiah besday.. Hikss hikss.. paling terharu skali.. Dorang soh hako potong kek gath bersempena ngn besday hako.. Mak aii hako rase nak menangis dah time tuh.. Terharu sangat.. Hako neh bkn ley org wat surprise2 cenggitu.. Hiks hiksss.. Nasib hako dapat control.. dorang nyanyikan lagu happy besday tok hako.. waaaa macam nak peluk sorang2 jerkk.. Haksss.. Menggigil hako nak potong kek.. yer lahh.. sume mate tumpu kat hako sorg.. (tuh yg hako pas kat farah tuh.. seram sejuk hako.. hehehe..)
Pastuh sesi b’posing n amik gamba la per agik.. Maner ley kalu x candid 1… X cukup syarat.. hakss hakss.. Banyak gak gambo yg kitorg amik.. Tapi xtaw dapat nengok sume2 ker tak nanti tuh.. Huhuuu.. Majlis bersurai dalam 8 lebeh.. Aper pon mmg best la.. sume nyer bjalan seperti yg d rancangkan.. cuma majlis lambat mula sket jerk.. (pasai hako lambat kot.. hihihii) Mmg best la wa ckp sama lurr.. Rugi korang sume x join.. heheheheh (saje nk kasi panas.. hakss) Itu lah sahaja cerita nyer.. Best best.. Sayonara all..
fIkIr lAa..
December 31, 2007 at 02:29 p12 | In Cinta | 2 Comments.
soalan nyer cam gini… …
ader 5 perkara berlaku serentak… …1.air mendidih kart dapur… .
2.air paip melimpah kart bilik air… .
3.bayi menangis… … .
4.telefon berbunyi… … .
5.ader org ketuk pintu… ..kalo korang … .aper yg korang akan buat terlebih dahulu… . susun
ikut yg korang rasa lebih penting utk dibuat dahulu… .. . semua pon
kena buat… … .. so,susun la elok2… … …fikir… … .
fikir… … .
fikir… … .
fikir… … .
fikir… … .
sekarang semak jawapan anda… ..
kalo anda memilih utk menutup air medidih manandakan anda mementingkan
keselamatan dan kebolehan dia utk membimbing anda… ..kalo anda memilih untuk menutup pili air yg melimpah di bilik air
menandakan anda mementingkan kekayaan,wang ringgit dan harta… ..kalo anda memilih utk memujuk bayi yg menangis menandakan anda
mementingkan kasih sayang… … .kalo anda memilih untuk mengangkat telefon berbunyi menandakan anda
mementingkan budi bahasa dan perlakuan pasangan anda… ..kalo anda memilih utk membuka pint u menandakan anda mementingkan rupa
paras,fizikal dan personaliti pasangan anda… ..sekian… ..wallahualam. .. .
iBu mEnaNgIs…
December 30, 2007 at 02:29 p12 | In Cinta | 4 CommentsKhas untuk Ibu, bakal ibu dan semua orang Islam.
IBU MENANGIS……….
Ibu Menangis….
Ibu Menangis melihat anaknya berjaya ke pusingan kedua Mentor, Akedemi Fantasi, Malaysian Idol dll,
Ibu Menangis melihat anaknya berjaya ke peringkat akhir,
Ibu Menangis melihat anaknya menjadi juara,
Ibu Menagis melihat anaknya memdapat trofi kemenangan,
Ibu Menangis melihat anaknya kian popular,
Ibu Menangis melihat anaknya bergelar artis,
Ibu Menangis melihat anaknya dipinang VIP,
Ibu Menangis melihat anaknya berkahwin dengan VIP,
Ibu Menangis melihat anaknya hidup kaya raya,
Ibu Menangis melihat keluarga anaknya mula goyah,
Ibu Menangis melihat menantunya digosipkan dengan artis lain,
Ibu Menangis melihat anaknya diceraikan,
Ibu Menangis melihat anaknya kini bergelar janda,
Ibu Menangis melihat anaknya hilang arah tuju,
Ibu Menangis mendapat tahu anaknya mengedar dadah,
Ibu Menangis mengetahui anaknya juga menghisap dadah,
Ibu Menangis mengetahui anaknya ditangkap polis,
Ibu Menangis mengetahui anaknya masuk lokap,
Ibu Menangis melihat anaknya sendiri…
Ibu Menangis mengetahui dirinya sudah tidak sihat,
Ibu Menangis mengetahui dirinya sudah diambang maut,
Ibu Menangis mengatahui anaknya tidak dapat menbaca al-Quran untuknya,
Ibu Menangis melihat anaknya tidak dapat membaca al-Fatihah untuknya,
Ibu Menangis melihat anaknya sendiri….
Akhirnya… Ibu Tidak Menangis kerna diri sudah tiada di dunia ini….
Wallahua’alam…
“Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu sehinggalah kita mengubahnya sendiri….”
12 pErKaRa tEnTaNg cInTa ^_^
December 30, 2007 at 02:29 p12 | In Cinta | 3 Comments1. Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan nokhtah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? Cinta seumpama kota kristal indah di penglihatan derita di perasaan.
2. Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tapi bila perasaan menjadi rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang dengan sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa anda telah jatuh cinta.
3. Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata.
4. Cinta yang di semadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan di kecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.
5. Cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan 7 warna memukau saat bayu berlagu riang, tika itulah cintanya hadir. Apabila mata terlihat seseorg yang bakal mewarnai hidupnya.
6. Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari dua perasaan, kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.
7. Persahabatanbiasanya berakhir dengan percintaan tetapi percintaan tidak pernah berakhir dengan persahabatan.
8. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cintabukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.
9. Apakah sebenarnya cinta itu? Cuba katakan. Tak lain tak bukan ialah dua jiwa dlm satu fikiran dan dua hati dlm satu debaran.
10. Cetusan cinta pertama merupakan suatu getaran yg sangat menggoncangkan jiwa.
11. Kadangkala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang, disaat kita sedang kehilangannya. Dan kadangkala kita juga menyedari betapa perlunya cinta seseorg terhadap kita, disaat kita amat memerlukannya.
12. Cinta yang lahir dari pandang pertama adalah cinta suci, manakala perasaan cinta yang lahir dr kemesraan persahabatan adalah cinta sejati. Namun sukar untuk membezakan yg mana lebih abadi, cinta suci atau cinta sejati.
rInTiHaN RoH
December 30, 2007 at 02:29 p12 | In Renungan | Leave a CommentDiriwayatkan: “Jika roh telah keluar dari tubuh manusia dan telah lewat tiga hari, maka roh itu berkata: “Wahai Tuhanku, perkenankanlah aku sehingga aku berjalan dan melihat tubuhku yang dahulu aku berada di dalamnya.” Maka Allah memperkenankan kepadanya. Lalu ia datang ke kuburnya dan melihat kepadanya dari jauh. Kedua lubang hidungnya dan mulutnya mengalir darah. Maka ia menangis dengan suatu tangisan yang cukup lama. Lalu ia merintih, aduuuh hai tubuhku yang miskin, wahai kekasihku. Ingatlah akan hari kehidupanmu. Rumah ini adalah rumah serigala, bala bencana, rumah yang sempit, rumah kesusahan dan penyesalan.
Setelah lewat lima hari roh berkata: “Wahai Tuhanku, perkenankanlah aku untuk melihat tubuhku.” Maka Allah memperkenankannya. Lalu ia datang ke kuburnya dan melihat dari jauh. Dan mengalirlah kedua lubang hidung dan mulutnya berupa air nanah.
“Mereka tidak dapat berbicara pada hari roh (Jibril atau ruhul qudus) dan para malaikat berdiri dengan berbaris.”
( An-Naba’: 38) Disebutkan dalam satu keterangan, bahawa yang dimaksud roh itu adalah rohnya anak Adam (manusia), dan keterangan yang lain mengatakan bahawa roh itu adalah rohnya malaikat Jibril as. Juga ada keterangan yang menyebutkan bahawa roh itu adalah rohnya Nabi Muhammad SAW yang berada di bawah Arasy, ia minta izin dari Allah di malam Lailatul Qadar untuk turun memberikan salam penghormatan kepada seluruh mukminin dan mukminat dan roh itu berjalan melalui mereka.
Ada pula yang menyebutkan bahawa roh itu adalah rohnya para kerabat yang sudah mati, mereka berkata: “Wahai Tuhan kami, semoga Engkau memperkenankan kami untuk turun ke rumah-rumah kami, sehingga kami melihat anak-anak kami dan ahli-ahli kami. Maka roh-roh itu turun pada malam Lailatul Qadar.
Sebagaimana Ibnu Abbas ra mengatakan: “Jika datang Hari Raya, hari Asyura’, hari Jumaat yang pertama dari bulan Rajab, malam Nisfu Sya’ban, Lailatul Qadar, dan malam Jumaat, roh-rohnya para mayat semua keluar dari kubur mereka dan mereka semua berdiri di pintu-pintu rumahnya seraya berkata: “Belas kasihanlah kamu semua kepada kami di malam yang berkah ini dengan sedekah satu suap, sebab kami memberikan sedekah. Jika kalian bakhil dengan sedekah, dan kamu sekalian tidak mahu memberikannya, maka hendaklah kalian mengingat kami dengan bacaan surah Al-Fatihah di malam yang penuh keberkahan ini.
Adakah seorang telah belas kasihan kepada kami, apakah dari salah seorang ada yang mengenangkan ratapan kami wahai orang yang menempati rumah-rumah kami, wahai orang yang menikmati wanita (isteri kami), wahai orang yang berdiri memperluas mahligai kami yang sekarang kami dalam kesempitan kubur kami, wahai orang yang membagi harta benda kami, wahai orang.yang menyiakan anak yatim kami. Adakah salah seorang dari kamu sekalian ada yang mengenang perantauan kami? Buku amal kami dilipat dan kitab amal kalian dibuka. Dan bukanlah bagi mayat yang berada dalam liang kubur melainkan pahalanya. Maka janganlah kalian melupakan kami dengan sebuku rotimu dan doamu, sebab kami orang-orang yang berhajat kepada kamu sekalian, selama-lamanya.
Jika mayat memperoleh sedekah dan doa dari mereka maka ia kembali dengan riang gembira, dan jika ia tidak memperoleh maka ia pulang dengan sedih dan duka serta terhalang, dan putus asa dari mereka.
Telah diterangkan, bahawasanya roh dalam perkumpulan haiwan tidak dalam seluruh tubuh, tapi ia dalam satu bahagian dari beberapa bahagian yang tidak dapat ditentukan dengan dalil. Bahawasanya seorang dilukai dengan luka-luka yang banyak maka ia tidak mati. Dan ia dilukai dengan luka-luka satu maka ia menjadi mati. Sebab luka itu jika menimpa pada tempat di mana roh bertempat di mana roh di dalamnya, dan bahawasanya roh bertempat pada seluruh tubuh dan bahawasanya mati itu dalam seluruh tubuh, maka Firman Allah SWT menunjukkan:
Katakanlah: “la akan dihidupkan oleh Tuhan yang menciptakannya kali yang pertama.”
Jika dikatakan, apakah bedanya antara roh dengan rawan? Maka kita katakan hahwa keduanya adalah satu. Keduanya tidak ada perbedaan, sebagaimana tubuh serta tangan adalah menjadi satu. Cuma kalau tangan dapat bergerak kesana kemari tapi kalau tubuh sama sekali tidak bergerak. Demikian pula rawan kesana kemari tapi sama sekali tidak bergerak. Kemudian mengenai tempatnya roh di dalam tubuh tidak dapat ditentukan. Adapun tempatnya rawan di antara kedua alis. Maka jika roh itu hilang seorang hamba menjadi mati, dan jika rawan hilang ia menjadi tidur. Sebagaimana air yang dituangkan qas’ah dan ditaruh di rumah ada matahari yang sinarnya melalui lubang atap dan qas’ah itu tidak bergerak dari tempatnya.
Maka demikian halnya roh bertempat di dalam tubuh dan pusatnya berada di Arasy. Adapun rawan melihat dikala bermimpi dan ia berada di alam malakut.
Adapun tempatnya roh setelah dicabut, ada diterangkan bahawa tempatnya disengkala yang didalamnya terdapat lubang sejumlah bilangan haiwan-haiwan yang dijadikan sampai hari kiamat. Jika ia mendapat kenikmatan berada di situ dan jika mendapat azab maka di situ pula.
Ada disebutkan bahawa roh-roh para mukminin berada dalam telur burung yang hijau di syurga iliyyin, adapun rohnya orang-orang kafir berada dalam telur burung yang hitam di neraka. Dan ada dikatakan bahawa rohnya para mukminin ketika dicabut, maka para malaikat rahmat sama mengangkat membawa naik roh ke langit yang tujuh dengan memuliakan dan mengagungkan. Kemudian dipanggil Zat pemanggil dari sisi Allah yang Rahman: “Hendaklah kamu semua menulis roh itu dalam Illiyyin lalu kembalikanlah ke bumi.”
Maka mereka mengembalikan roh seorang mukmin ke dalam tubuhnya dan ia dibukakan pintu syurga, ia melihat tempatnya di syurga sampai datangnya hari kiamat.
Dan bahawasanya rohnya orang-orang kafir sewaktu dicabut maka para malaikat azab sama membawa naik roh itu ke langit dunia. Maka ditutuplah pintu-pintu langit yang lain dan ia diperintah mengembalikan ke tempat berbaring tubuhnya, kuburnya disempitkan dan ia dibukakan pintu neraka. Oleh kerananya ia melihat tempat kediamannya kelak sampai datangnya hari kiamat. Dalam hal ini sebagaimana pernah disabdakan Nabi SAW, sehingga bahawasanya mereka mendengar suara sandal-sandal kalian, hanya saja mereka terhalang dari berkata.
Sebahagian Hukama’ ditanya tentang tempat roh-roh setelah mati, maka ia menerangkan sebagai berikut:
- 1. Bahawasanya roh-roh para Nabi berada dalam Syurga Adn, ia berada dalam liang yang menyenangkan tubuhnya. Adapun tubuh bersujud kepada Tuhannya.
2. Roh-roh para Syuhada berada di syurga Firdaus, pada tengahnya syurga itu berada dalam telih burung yang hijau yang terbang di syurga sekehendak hatinya. Kemudian datang keqanadil yang digantungkan di Arasy.
3. Adapun roh-rohnya anak-anak kecil yang Islam berada dalam telih burung pipitnya Syurga.
4. Roh-rohnya para anak-anak musyrik berputar-putar di syurga dan ia tidak punya tempat, sampai hari kiamat. Lalu mereka melayani para mukminin.
5. Roh-rohnya orang-orang mukmin yang mempunyai hutang dan aniaya digantung diangkasa. Ia tidak sampai ke syurga dan tidak pula ke langit sampai ia membayar hutangnya dan penganiayaannya.
6. Roh-rohnya orang-orang Islam yang berdosa diazab dalam kubur beserta tubuhnya.
7. Roh-rohnya orang-orang kafir dan munafik dalam penjara neraka Jahannam dipintakan diwaktu pagi dan petang.
Dan disebutkan, bahawasanya roh adalah merupakan jisim yang halus. Oleh kerana itu tidak dapat dikatakan jika Allah itu mempunyai roh. Sebab mustahil kalau Allah mempunyai tempat seperti jisim-jisim. Dan dikatakan bahawa roh adalah merupakan sifat dan dikatakan pula kalau ia pecah jadi angin, maka kedua perkataan ini adalah perkataannya orang yang mengingkari adanya seksa kubur.
Ada diceritakan, bahawasanya seorang Yahudi datang kepada Nabi SAW, maka mereka bertanya kepada baginda tentang roh dari Ashabi Raqim dan dari Raja Dzil Qarnain. Dengan perdebatan Yahudi itu maka turunlah surah Al-Kahfi.
Dan diturunkan tentang haknya roh adalah Firman Allah SWT.
(Yaa Siin: 79)
TeNsEn sKeT BeB!!
December 29, 2007 at 02:29 p12 | In My Life | 10 CommentsTetiap pagi, hako sampei2 opis ja mesti cekau comp lurr.. Hikss.. hikss.. Bukak mail.. Layan forum jap klu der penghuni LEPAKK yg online.. kehkehkehh.. Ngn bukak “YM” kalu agak2 kije x baper nk banyak.. Ahakss.. Same lew jugak pd pagi ri Sabtu neh.. Huhhhh.. Tadi hako bukak2 “YM” ja nampok lakss nick “dier” (mamat dolu2 tuh..) on9.. (uikss awal on9 ri neh..) kuikuikuii.. Lame benor dier wat dun no jerk.. (xtaw arr xpasan hako on9 ker haper..) then hako p lew tegoq dier.. CESSSS!! nak hako gak.. nyampah tol.. Hako x bg salam x bg haper.. Terus hako betanyer “bz kew” lame x reply lam 5 minit cenggitu.. Hako close lew “x” Maleh nk tunggu2.. wat penoh item kat pc neh ja.. Hihihiiiii.. Then dier masok “sori bz sgt1000″ (sampei seribu kali tuh.. ceh.. kalu setakat nk nulis cenggitu sampei sejuta billion2 plusss2 pong sume leh..) dier suke say sory.. tuh lew salah 1 sikap dier.. hi ntah la.. Xper, x kesah g.. Hako wat jerk lew kije hako.. Then dier “buzz” Hako nengok.. dier tanyer “sehat kew..” tuh lew d antara ayat2 wajib yg dier akan tanyer kalu on9.. (xder modal kut) hako reply.. “x baper nk sehat” naper?? “demam” (padahal hako sehat walafiat ja ri neh.. hikss hikss..) Sajer jerk nk test, best beb!! ako cakap “demam”.. Ekekekeek.. “da mkn obat” dier tanyer.. “Tak” hako jwb.. Naper?? “Malas..” (ayat sajerk jugak) ;p Ntah mende2 g la.. soh jumpa doctor la.. haper laa.. Sampei kuar ayat hako “xper xyah riso” “saye taw jaga diri” dier ckp “mara ker?” “ok bye” trus close.. Tuh yg hako angin satu badan tuh.. Tak pasal2 jerk.. (dier mmg suke cenggitu.. da paham sgt..) hako reply “lew watper nk marah” “isyhh” tak lame tuh.. dier on9 balik.. kehkehkeh.. “dier ckp org tanyer kaba pon nk marah..” lorr, ader ker hako marah?? nampak cam marah kew..? x pon.. ntah per ntah la g.. sampai dier tanya “da brkfast?” nk mandi n stop YM kat situ ja.. HUHUUU..
Benor nyer tadak per pong.. hako bengang yg dier sket2 bye.. sket2 bye.. Tiap kali kalu nk lari dr prob (kitrog.. bye bye bye.. Sampai t’bubbye trus..) Stress tol.. Hako sajer jerk tuhh.. Bukan nyer per2 pon.. Sajer jerk nk tgk reaksi dier.. Nk test.. Cehhh.. Sajer hako ckp cenggitu.. Tak m’harapkan per2 n tak m’harapkan ader per2.. Org da x sudi.. Banyak g yg sudi.. Ekekekeke.. Fuhhhh lega sket.. Da kuarkan sume2 tuh.. Hakss..
Kay lah nk ceria2 blk.. Hako da la sokmo ja ceria.. Ekekekeke.. Potong lakss.. Blog stat hako la neh da mencecah sampai 200 org sehari beb!! Mak oi da maju lew.. Hikss hikss.. hikss.. Der gak org yg sudi menatap blog comot hako neh erkk.. Ahahahaha.. Hope semakin ramei lew pembaca blog yg sudi singgah g.. Nak merapu nk mengoment pong boley ja.. Tak menjadik 1 kesalahan yg besar.. So korang jgn lew takot2 ngn hako.. Ehh bukan, takot2 nk bg komen kat blog hako neh.. At least dgn ada nyer blog hako neh.. Hako ley lupper segala mslh percintaan hako yg dulu.. Layan forum n mail LEPAKK.. Tuh la salah satu pengubat or medium hako n lupper sejenak pada kesah silam.. Prob lain cam xder, mslh cinta jerk yg banyak neh.. Thahahah.. Pada kwn2 cyber hako.. Engkorang la tuh.. Tenkiu also.. ;p ri neh panjang lakss berceloteh erkk.. Hako malu benor nyer nk kasi org bace blog neh lurr.. Pasai malu klu nk citer bab peribadi yg cam datin “diary” tuh.. Tp xper la.. Ehehehehe.. Slamat “TAHUN BARU” tok sume.. Akhir kata “have a nice day.. no tensen2..” Hiksss.. Daaaaaa
CaRi MaKaN
December 28, 2007 at 02:29 p12 | In Lucu | 9 CommentsCari makan jugak
Pada suatu hari seorang lelaki yang agak berumur bernama Abu merayau-merayau dari satu kedai ke satu kedai. Tujuannya adalah untuk mencari kerja.
Tetapi agak malang kerana disebabkan umurnya yang agak tua, dan waktu tu ekonomi sedang meleset, tidak ada satu tempat pun yang menawarkan kerja untuknya.
Maka Pak Abu yang malang tersebut pulang kerumah menemui isterinya dengan hampa. Isterinya memujuk dan memberi semangat supaya suaminya mencuba lagi tanpa merasa putus asa. Disebabkan terlalu penat suaminya terus melelapkan mata.
Esok paginya, si suami bangun awal-awal pagi, terus keluar rumah untuk mencuba nasib sekali lagi, manalah tahu, kalau kalau hari ni boleh dapat kerja fikirnya. Tetapi ceritanya serupa saja, tak ada siapa yang mahu memberinya kerja.
Walau macamana pun Pak Abu masih tak putus asa, hari seterusnya dia masih lagi pergi dari satu tempat kesatu tempat untuk bertanyakan kerja kosong. Setelah puas mencari tetapi gagal, Pak Abu mengubah taktik dan meminta kerja ditempat lain. Dia pun terus pergi ke zoo.
Pak Abu: Sini ada kerja kosong ke?
Penjaga Zoo: Mana ada kerja kosong sini pakcik.
Pak Abu: Tolonglah dapatkan pakcik apa-apa kerja, pakcik ni orang susah.
Penjaga Zoo: Ginilah pakcik, kalau pakcik nak sangat kerja, sini ada satu kerja, disebabkan banyak sangat binatang disini mati pasal tak cukup makan, nak tak pakcik pakai sarung monyet dan berlakun jadik monyet, tapi kena duduk dalam kandang lah.
Pak Abu: Berapa upahnya?
Penjaga Zoo: Tak berapa mahal pakcik, sehari RM15 je.
Pak Abu: Baiklah nak, daripada tak ada kerja, jadik monyet, monyet lah, janji dapat duit. Asalkan pakcik boleh makan anak beranak.
Penjaga Zoo: Kalau macam tu esok pepagi pakcik kena datang, dekat sini ada sarung monyek, dan pakcik masuk kandang no4, tau!
Pak Abu: Baiklah nak.
Penjaga Zoo: Tapi pakcik kena datang sebelum pukul 7 tau, jangan sampai orang ramai datang dulu dari pakcik.
Pak Abu: Baik nak.
Keesokkan harinya, pagi-pagi lagi dengan penuh semangat Pak Abu pun pergi ke Zoo tersebut. Penjaga zoo telah pun bersedia menunggunya dan memberikan pakaian monyet pada Pak Abu. Inilah hari pertama Pak Abu bekerja sebagai pelakon. Bukan main semangat dia lagi.
Dengan penuh ceria Pak Abu mengenakan pakaian monyet lalu masuk kekandang no 4. Ceria sungguh, lompat sana , lompat sini, bergayut sana , bergayut sini. Tak lama kemudian orang ramai mula berkunjung ke zoo tersebut, lagilah bermangat Pak Abu, lagi galak dia melompat, lagi pun bukannya orang tahu siapa dalam sarong tersebut, apa nak dimalukan fikirnya.
Berjam-jam Pak Abu melompat kesana kemari tanpa mengenal penat, maklumlah hari pertama kerja. Kadang-kadang Pak Abu tersasul jugak, bersalam pada orang yang datang kekandangnya. Tiba-tiba satu tragedi yang sangat menyayat hati telah berlaku. Tragedi yang amat sedih dan telah memasukkan nama Pak Abu di muka akhbar. Berita yang amat menggemparkan.
Pak Abu terlalu galak melompat, terlajak dan termasuk ke kandang harimau. Harimau tersebut merupakan harimau siberia jantan, dan lebih malang pula harimau tersebut sudah beberapa hari tidak makan. Makanan yang selalu diberikan adalah daging lembu sebanyak lima kilo sehari. Harimau itu sangat lapar. Ia merenung tepat ke arah Pak Abu yang memakai topeng monyet itu.
Pak Abu bergegas bangun untuk melompat semula kekandang asalnya. Tetapi kakinya kaku seolah olah tidak bertenaga. Dia cuba berdiri tetapi jatuh semula, mungkin terkena badi harimau agaknya. Harimau mula memandang tepat kearah Pak Abu, kaki hadapannya mengais ngais kebelakang, sambil mengaum, ia menunjukkan gigi taringnya yang tajam dan berkilat,
Pak Abu menggigil dan terkencing. Mula dia terbayang, begini rupa kesudahan hidupnya, diratah harimau pada hari pertama ia bekerja. Wajah isteri mula terbayang, bagaimana nanti fikirnya, bila isterinya mengambil jasadnya yang mungkin tidak sempurna lagi, koyak sana , koyak sini, robek sana , robek sini, mungkin keseluruhannya berlumuran darah.
Pak Abu lemah tidak bermaya. Harimau setapak demi setapak maju untuk menerkam Pak Abu. Sesekali ia menunjukkan taringnya lagi. Kepalanya mula tunduk tanda bersedia untuk menerkam, punggungnya mula terjungkit naik ke atas, ekornya mula bergoyang goyang, kaki hadapannya mula diluruskan kedepan, kaki belakang mula memasang kuda-kuda.
Pak Abu hanya mengigil dan menangis sahaja, tiada daya seorang tua untuk melawan. Ketika ini nasibnya diserah bulat-bulat kepada Tuhan. Harimau itu mula memasang kuda-kuda untuk menerkam, tiba-tiba, sesuatu yang ajaib telah berlaku, harimau itu boleh bersuara, boleh bercakap, katanya “Janganlah takut Pakcik, saya pun macam pakcik jugak, pakai sarung harimau, cari makan pakcik!.”
Bulat mata Pak Abu bila mendengar kata-kata harimau itu.. “La.. orang jugak ke…”
AmAlAn tErBaIk dAlAm hIdUp
December 28, 2007 at 02:29 p12 | In Renungan | Leave a Comment
- Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan – Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.
- Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
- Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.
- Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
- ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
- Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.
- Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
- Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.
- Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.
- Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi
- Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.
- Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makandengan 3 jari(ibu jari telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan
- Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi
- Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh
- Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.
- Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah
- Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum
- Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu
- Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman
- Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana
- Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung
- Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalazii m) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
- Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah
- Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan – Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah
- Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA
- Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al- Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) – Bukhari
- Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH
- Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur
- Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan
- Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihatNabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (krn bimbang terdedah aurat) – Bukhari
- Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW
- Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) – Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh
- Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari
- Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalazi im) tiga kali – Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
- Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) – bukhari
- Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang
- Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) – Abu Dawud
- Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya
- Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadakusebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Abu Naim
- Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya – Bukhari
- Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya
- Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya – Muttafaq Alaih
- Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) – Muttafaq Alaih
- Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain
- Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketikaberoleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH – Abu dawud
- Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya
- Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali – Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar
- Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah seban yak 10 kali setiap selesai solat Maghrib
- Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami
- Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.
Sekarang anda mempunyai 2 pilihan : 1. Sekadar Membaca Artikel ini untuk panduan anda.
2. Forward Artikel ini kepada kenalan anda dan Insya ALLAH redha Allah akan dianugerahkan kepada setiap orang yang anda kirim.
Blog at WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.

