jump to navigation

AkU HaMpIr mEnJaDi mAnGsA May 9, 2008

Posted by "eS@RLi" in My Life.
15 comments

Salam sejahtera….

 

Hako baru balik dari menghadiri “MLM” (MULTI LEVEL MARKETING) beberapa ari yg lepas. Sebelum nih hako mmg x amik port sgt pasal nak mendapatkan duit sampingan dengan cara yg cepat. Konon nyer la. Ntah macamana, hati hako tergerak pulak tok ikut dorg. Biler da set date n masa spt yg telah ditetapkan, bertolak la hako 5 org 1 kereta ke ibu kota Kolumpo. Sampai2 jer hako begitu teruja ngn suasana dan opis ‘MLM” nih. Mak aih, beso giler opis nyer, rase bangga lakss biler melangkah masok. Banyak betol manusia. Rata2 nyer sebaya n muder2 cam hako jerk. Hako nengok segak2 sume nyer. Malam2 pon pakai “kot” huhuuuu… Terasa seperti kerdil nyer hako kat sini. Kat tempat parking, kawan hako sebok la memberitahu keta sport nih kepunyaan si polan dan polan.. Keta yg itu sipolan2.. Semua nyer berjaya ngan melibatkan diri dengan bisness nih.. Dalam hati hako, boley tahan jugak.

 

            Hako dibawa untuk meninjau2 opis mereka. Mak aih, lampu yg cam aroma terapi sahaja boley mencecah hingga puluhan2 ribu. Giler betol!! Rekaan yg x seberapa pon paling cikai $1000 ++ lebey. Pergggg.. Gaji hako pon x sampai cenggitu.. huhuu. Hako pandang kiri, pandang kanan, sume nyer dok sebok bercerita pasal bisness nih. Ader banyak meja bulat yg boleh memuatkan makhluk dalam 4 ke 5 org. Hako pon x sabar nak menunggu turn hako gak.. Sementara tuh, kawan hako memberitahu la serba sedikit info pasal company nih. Harga sewaan opis jer puluhan ribu ringgit. SPA mereka sajer jutaan ringgit. Hebat2…

 

Biler tiba turn hako, yg menerangkan kat hako tuh sorg marquis chineese. Biasa la biler nk memulakan bicara, kena melalui proses perkenalan dulu. Tanya duduk mana, anak ke brp, kerja apa, sampai la dier taw haku ader seorg abg yg bekerja kerajaan. Dan2 dier suruh hako bawak abg hako tok dengar mende nih skali. Hako pon heran yg nak join mende nih hako bukan abg hako. Per kena mengena!! Abg hako pon bukan berminat ngn mende camnih. Sesetgh keadaan dier agak serius n akan menggunakan kuasa veto nyer. Arggghhh.. Beria2 dier memujuk hako utk bawa abg haku skali br dier nk cerita. Stress betol hako. Datang jauh2 xnak citer lakss. Nak ajer hako lempang muke dier (kalo berani la) kuikuikuii..

 

~~ Minggu yg lain~~

 

            Abg hako ckp xmo join, dier da penah pegi mcm2 bisness yg sama camnih 1 pon x masok. Siap kate “dier taw org keja gomen, nak soh masok la tuh senang wat loan”. Sume usaha telah hako buat utk mempengaruhi abg hako tok dgr bisness nih. Atlast, terbuka jua ati dia tok join. Kali nih seorg marquis melayu. Setelah selesai penerangan n penjelasan, we all sume rase cam respek jugak la kat brother nih. Timbalan pengarah MBSA pon boley b’henti kerja tok involve lam bisness nih full time. PeRgGGG… Hako sendirik pon terkezut, dan2 abg hako boley “sign” surat perjanjian pinjaman bank. Sblum nih mati2 dier kate xmo. Biar betol abg hako nih!! Kalu sesiapa sahaja mendengar pasti rase teruja dlm bisness nih. Hako sampai umah dulu dari abg hako. Rupa2nya dier melepak dulu ngn kwn2 dier. Balik2 umah jerk dier pgil hako n kate xyah masok bisness nih. Menipu!! Pulak dah. Hako bingung jap.

Sampai la abg hako bukak citer member yg dier jumpa tadik mmg da penah join bisness nih thn lepas. Bisness nih mmg menipu dan x sesuai langsong!! Siap kwn dier kate kalu x percaya cube surf tenet ader blog n forum2 pasal bisness nih. Esok nyer hako semangat la surf. Senang jerk nak carik rupe nyer, byk info pasal bisness nih dr baik hingga la kurang enak didengar. Hako terjumpa 1 forum, mayb yg member kwn abg hako tuh maksudkan. Hako teliti dr 1 page ke 1 page. Ketinggalan sungguh hako nih. Drp komen2 mereka baru hako faham sepenuh nyer perjalanan bisness nih camana. Same jerk ngan bisness yg lain, kena carik org n system pyramid. Tringat waktu mula2 2 marquis tuh kate, xpayah nk risau2 carik org n nih bkn pyramid. Kiter sume same n dlm 1 network. Hampeh tol. Byk lagik tersirat drp tersurat. Yg hako agak musykil kenapa kiter mesti wat loan.?? Sedangkan kalo nak masok kena bayar $250, kwn hako kate kalo nk wat bisness mesti kena modal kan. Kiter xder cash sbb tuh wat loan. Yg tuh xper la lagik. Pastuh abg hako psyco hako. Kalo kiter masok maner pergi nyer duit puluh2 ribu tuh?? Hako pon xtaw. Kalo nk diikutkan, “pendapatan” bergantung ngn hasil carik org so maner pergi duit tuh.

 

            Daripada komen2 budak2 forum, bisness nih bersifat penganiayaan n makan riba. Jelas2 yg tak pernah bhutang memaksa tok bhutang n makan riba daripada org2 yg join. Sedey jugak hako bace, ader yg student n ramai yg nyesal. Hako pon bersimpati ngn kwn hako tuh sbb dier br jerk join n labor byk jugak. Dier tak taw cerita nih. Nasib baik la hako ada abg, buruk2 dier pon der masa2 tertentu sgt b’tggjawab. 2 malam kitorg discuss mende nih. And nasehat yg amat berguna yg hako dapat, sebelum nak join satu2 benda tuh selidik dulu hingga ke akar umbi!! Daaaaa~~~

 

 

           

 

 

tElAdAn dRp kIsAh mUsTaPhA KaMaL AtTAtUrK (bAcE SaMpAi hAbIs) May 9, 2008

Posted by "eS@RLi" in Renungan.
4 comments

Antara syarat yang dikenakan oleh Mustapha Kamal Attaturk (bekas PM Turki)

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher
dan topi(sesuai dengan kehendak barat).

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri
pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di
Ankara .

4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya
tidak cenderung kepada pakaian moden.”

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.

7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan
membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki.
Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh
bandar Turki.

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan
terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan
harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.

12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang
barat.

13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan
gereja.

14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir
miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.

17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada
huruf Latin.

18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa
apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan di mana tuhan >
tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah
tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar
itu.

Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau
sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab
yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah :

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa
gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung.

3. Penyakit darah tinggi.

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa
diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantuny a
juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk
menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh
kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit
sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan
mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar
beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan
merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938,
beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu
tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya
meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi,
mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.

Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau
datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan
menyembahyangkannya . Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan
azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak
ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah
tidak menerimanya) .

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke
dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15
tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam
semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis
ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan
marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa
yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan
bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal
Atartuk!