aLASaN BeRboHoNg
February 10, 2009 at 02:29 p02 | In Cinta | 2 CommentsUmumnya, wanita berbohong bukannya disebabkan mereka tiada arah tuju atau cuba mencipta sesuatu perkara yang tidak masuk fikiran. Terdapat beberapa alasan yang mendorong mereka melakukan hal ini.
1. Balas dendam
Sekiranya kamu berani mengkhianati cintanya, dia juga akan berani membalasnya. Bahkan, dia lebih hebat daripada kamu. Walaupun tindakannya itu telah diketahui, mungkin dia sengaja melakukan sedemikian. Ramai wanita mempunyai cara tersendiri saat menghadapi situasi pembohongan yang dilakukan kekasihnya. Malah, dia juga berani melakukannya dengan secara tersembunyi, tanpa pengetahuan kamu.
2. Urutan kasih
Wanita sememangnya menginginkan dirinya dicintai dan dihargai. Apatah lagi, mengharapkan sebuah percintaan yang tiada titik noktahnya. Lebih-lebih lagi daripada insan tersayang. Mereka ingin menjadi wanita pertama di dalam hidup kamu dan bukannya, berada di tangga kedua atau berikutnya. Sekali kamu menduakan cintanya, dia akan berkali-kali mengkhianati hidup kamu.
3. Kekerasan
Kini, ramai wanita semakin sedar tentang pentingnya penghargaan yang patut diterimanya. Salah satunya ialah bersikap tegas ketika pasangannya melakukan kekerasan (umumnya secara fizikal) kepadanya. Mungkin pada awalnya dia akan cuba bertahan, tetapi apabila kamu kembali mengulangi tindakan tersebut, mereka akan meninggalkan kamu tanpa sebaris nota. Mereka yakin, masih ramai lelaki di luar sana yang dapat menghargai dirinya yang jauh lebih baik daripada kamu.
4. Hambar
Wanita begitu gemar hal-hal yang remeh atau kecil. Misalnya, hari ulang tahunnya, hari jadi kamu berdua atau hal-hal istimewa lainnya. Hati-hati bila kamu menganggap semua ini sebagai hal yang remeh. Apatah lagi apabila selama ini, si dia selalu mengurus hal yang melibatkan pengorbanan demi kekasihnya.
Sekiranya, kamu tidak pernah sesekali menghargai apa yang dia lakukan untuk kamu dan mengabaikan hal-hal yang dianggapnya penting, bersiap sedialah menghadapi pertengkaran yang hebat.
5. Seks
Meskipun kamu tidak memberikan perhatian yang sepenuhnya terhadap si dia, ketidakpuasan dalam urusan seks mampu memberi kesan yang mendalam terhadap perhubungan. Ingat, akibat kurangnya layanan seks, ia akan mendatangkan kesan bahaya dalam perkahwinan. Oleh itu, segeralah mencari jalan penyelesaiannya.
6. Cadangan
Saat putus cinta, biasanya kaum wanita lebih cepat ‘menderita’ ketika menghadapi hari-hari mendatang sebelum mampu bangkit semula untuk hidup gembira.
Ini kerana, sewaktu dia mendapat petunjuk bahawa perhubungan itu tidak dapat dipertahankan lagi, mungkin dia akan mencari pengganti kamu. Jadi, sekiranya kamu benar-benar mencintainya, perbaikilah hubungan kamu dengannya segera.
7. Jejaka bermasalah
Maksudnya, terdapat banyak perkara di sekeliling kamu yang membuatkan pasangan merasakan kamu tidak diperlukan lagi. Sebabnya, selain menjalani hubungan cinta yang sudah tentunya tidak lepas daripada kekangan masalah, kamu juga harus menangani karakter kekasih yang semakin berani. Ingat, dia bersikap sedemikian disebabkan kamu yang memulakannya dahulu.
8. Hubungan tiada kesudahan
Kebiasaannya, saat menjalani hubungan dengan pasangan, wanita menginginkan adanya hubungan yang penuh komitmen, iaitu hubungan yang diakhiri dengan keputusan membanggakan.
Apabila sudah lama menjalin hubungan cinta, tetapi tiada keputusan untuk ke jinjang pelamin, wanita akan berfikir bahawa kamu tidak lagi menginginkan dia dalam hidupnya. Jadi, buat apa menunggu kamu dengan lebih lama?
9. Bosan
Hal ini muncul disebabkan dia terperangkap dalam rutin hariannya sama ada kerja rumah mahupun hubungan yang dijalinkan itu begitu membosankan.
Baginya, jika kamu tidak memberinya perhatian yang diharapkan dan waktu kamu pula lebih banyak dihabiskan untuk urusan lain, biasanya wanita akan mencari jalan penyelesaiannya yang tersendiri. Perlu diingatkan bahawa wanita gemarkan suatu kejutan dan selalu ingin dirinya lebih istimewa.
10. Hubungan tidak diduga
Pada awalnya, dia berasa terlalu selesa saat menjalin hubungan dengan kamu. Tetapi ternyata, dia tidak menikmati kehangatan bersama dan terasa begitu terikat dengan kamu. Tidak hairanlah apabila kamu masih cuba membawanya ke sana dan ke sini, dia mula bersikap dingin kerana sudah menyerahkan seluruh perasaannya kepada insan lain.
bErEhAt sEbEnTaR
February 5, 2009 at 02:29 p02 | In Merepek ajerk | Leave a CommentHye all..
Sowi bebanyak coz blog nih lamo takder pembaharuan. Lamo tak di “update”. Lamo tak dimuatkan ngan info-info, cerita-cerita, story2 n kesah-kesah baru. Huhuuu..
Mase skang agak terbatas. But dun worry, hako lom bersare lagik. Cume berehat seketika. Kui3~~
Thats all, i want tell ur.. Tungguuu~~~
![]()
hAtI KAtE TaKpEr.. :(
February 5, 2009 at 02:29 p02 | In Cinta | 9 CommentsBila kita syg org tu Kita terima je apa yg org tu kata
Tp bila dia kata kita? Ati kata takpe semua manusia tak sempurna…
Bila kita syg org tu Kita tunggu dia lama pun x per
Tp bile dia tunggu kita??? Dia marah2 Ati kata ala…adatlah ada yang menunggu dan ditunggu..
Bila kita syg org tu Kita x tido pun x pe janji layan dia yg tgh bosan,
Tp bila kita bosan Ada dia layan kita??? Ati kata x pe dia busy kot..
Bila kita syg org tu Kita gaduh ngan dia, kita diam je
Tp dia heboh 1 dunia Ati kate x pe, dia tension tuu….
Bila kita syg org tu Kita call nak cakap dgn dia
Tp dia gayut dgn org lain.. Bila jd camtu, Ati kata x pe, dia ada hal nak cakap dgn kwn dia…
Bila kita syg org tu Kita bercerita dgn dia, cerita ngan tunggul lg baik
Tp biler dia bercerita ngan kita.. Kita dgr, sepatah2 kita ingat Ati kata x pe syg katakan..
Bila kita syg org tu Kita n dia lapar
Tp kita bg semua roti kita kat dia Ati kata, ala jagalah hati dia, sian dia…
Bila kita syg org tu Kita sanggup bg dia rest bila dia letih,
Tp bila kita letih, dia nak jugak kita layan dia bila dia bsn.. Adil ke? Ati kata, ala bukan selalu pun..
Bila kita syg org tu Kita jadi macam org gila dgr dia sakit,
Tp bila kita sakit, Dia siap bole kuar ngan kwn2 dia Ati kata, ala x pe, x kn dia nak berkepit ngan kita 24 jam…
Bila kita syg org tu Kita x penah pentingkan diri sendiri
Tp dia hpokrit tahap cipan gaban Ati kata x per, dia mmg camtu kena lah terima..
Bila kita syg org tu Nmpk lalat kat makanan dia, kita halaukan
Tp dia lak kalau Nampak lalat kat makanan kita, dia biarkan je Ati kata, takpelah, takkan dia asik nk buat semua benda utk kita..
Bila kita syg org tu Kita x sanggup tgk dia derita
Tp dia x prnh hargai diri kita, Ati kata, tau x betapa kita syg kan dia?
Bila kita syg org tu Kita sanggup tinggalkn dia selama2nya utk dia bahagia
Tp adakah dia tahu pengorbanan kita?? Ati kata, x pe, janji dia bahagia…
Blog at WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.