OpIs bArU.. HiKsS
March 30, 2009 at 02:29 p03 | In My Life | 14 CommentsSalam all..
Lame giler hako tak nulis yerk. Actually, hako skang telah memulakan kerjaya di company yang baru. Kuikuikui.. Merata jugak hako gi interbiu ri tuh. At last, rezeki hako kat sekitar sini jugak. Beria hako hingin menjauhkan dirik darik tempat nih (klu boley tak nak dah jejak2kan kaki kat sini lagik keh3). Tapi, “tuah ayam nampak di kaki tuah manusia tiada saper yang taw” J Camtuh jugak la dalam rejeki. Akhirnya, kat sini jua lah tempat hako bekerja.. Lalalalalaa..
Opis baru hako nih so far okay jer. Lebih molek darik company yang lame. Lebih stabil, lebih best, lebih salary.. Ekekeke.. Opismate hako sume baik2. Kat sini hako bekerja dikalangan lelaki jua. Peliks tol hako. (Hako tingin gak nak gi makan2, gi jalan2, window soping ker ngan budak pempuan satu opis tapi tak berpeluang la nampak nyer). By the way, dah baper tahun nih berkecimpung dikalangan guyz hako rasa da boley sesuaikan dirik ngan situasi yang camnih. Sib baik, dorang nih belom berkawen gi. So that, takder lah rase aper2 sangat klu terlebih2 dalam apa jua tindakan.. Haks.. Hako jugak boley diumpamakan sebagai “bunga yang menyerikan lagik opice nih” (bukan hako kate, bos hako yang slalu kate.. wakakaka statement tak boley blah..)
Bos hako seorang wanita. Baik sangat. Muda pon muda. Kamceng giler.. Ahaks!
So far, hako memang gumbira la kije kat sini. Skang sedang menghitung ari tok mendapat 1st salary. thahahah..
aNdAi cInTa hEnDaK DiBeRi
March 30, 2009 at 02:29 p03 | In Cinta | Leave a CommentAndainya sedikit daripada cinta itu hendak diberikan kepada seseorang yang boleh bergelar suami, pilihlah seorang lelaki yang;
1.Kuat Pengamalan Agamanya
Ukuran boleh dibuat apakah dia menjaga sembahyang fardhunya biar sesibuk mana, kerap berjemaah dan sembahyang pada awal waktu.
Ukur juga, apakah dia menjaga auratnya dengan memakai pakaian yang sopan terutama sewaktu bersukan.
Mengutamakan pemuda yang kuat pengamalan agamanya ini adalah sunnah Rasulullah s.a.w. kerana baginda menerima pinangan Sayidina Ali, seorang pemuda paling miskin tetapi paling bertakwa untuk menjadi suami anaknya, Siti Fatimah.
2. Baik Akhlaknya
Ketegasannya nyata tetapi sebenarnya dia seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Dia bertutur dengan sopan kerana melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia. Rasulullah s.a.w. bersabda;
3. Tegas Mempertahankan Maruah
Ukur, apakah dia pernah pergi ke tempat-tempat yang bleh menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya seperti ke tempat-tempat hiburan yang penuh dengan maksiat.
4. Amanah
Selidiki, apakah dia seorang yang tidak pernah mengabaikan tugas yang diberikan kepadanya atau apakah dia pernah menyalahgunakan kedudukannya.
5. Tidak Boros
Dia bukanlah kedekut tetapi seorang yang tahu membelanjakan wangnya dengan bijaksana. Nikmat yang ada padanya seperti makanan boleh dikongsi sama dengan orang-orang lain yang berhak.
6. Tidak Mengelingas Matanya
Perhatikan apakah matanya kerap mengelingas ke arah perempuan lain yang lalu-lalang sewaktu berbicara. Jika begitu, dia seorang yang bermata keranjang dan berbahaya untuk disenaraikan calon suami.
7. Terbatas Pergaulan
Dia tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah menjadi fitnah orang.
8. Siapakah Rakan Pergaulannya
Rakan-rakan pergaulan adalah yang sama sepertinya.
9. Bertanggungjawab
Rasa bertanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh manakah dia menguntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika dia seorang yang agak berada tetapi keluarganya hidup susah,dia bukanlah seorang yang bertanggungjawab.
10. Tenang wajahnya
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang-kadang terpancar pada air muka. Perhatikan, apakah wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Andainya dia seorang yang kelam-kelibut dia bukanlah calon suami yang anda cari-cari.
- Berbahagialah anda jika dicintai calon suami yang demikian sifatnya. Semoga berbahagia di dunia dan akhirat.
- Cinta seorang wanita bukan untuk ‘buaya-fren‘ tetapi untuk suaminya yang sah.

Blog at WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.