MaSiH CiNtA ~~ kOtAk
June 29, 2009 at 02:29 p06 | In Lirik Lagu | Leave a CommentTik tik tik waktu berdetik
Tak mungkin bisa kuhentikan
Maumu jadi mauku
Pahit pun itu ku tersenyum
Kamu tak tahu rasanya hatiku
Saat berhadapan kamu
Tik tik tik air mataku
Biar terjatuh dalam hati
Mauku tak penting lagi
Biar kubuat bahagiamu
Kamu tak tahu rasanya hatiku
Saat berhadapan kamu
Kamu tak bisa bayangkan rasanya
Jadi diriku yang masih cinta
Kamu tak tahu hancurnya hatiku
Saat berhadapan kamu
Kamu tak bisa bayangkan rasanya
Jadi diriku yang masih cinta
Ladies Gath
June 22, 2009 at 02:29 p06 | In My Life | 11 CommentsHari Sabtu yang lepas (hari Sabtu lagik! kebanyakkan citer hako nih ari Sabtu jerk yerk. cam ari lain takder citer jerk.. ahaks), hako gi “ladies gath” budak2 forum nyer planing kat Sogo. Kire nih 1st time la nih nak berjumpa ngan geng2 hako (eceh ader geng tuh.. kekeke). Dah berapa abad dok plan, asik tak menjadik jerk. Finally, tercapai jua impian dan citer hako and de geng. Kwang3. Actually, 1st plan kitorang nak buat kat Mid Valley alih2 setelah ditolak ditambah bahgi darab punca kose 2 sume. Tukar plan buat kat Sogo plak. Orait gak, coz kat Mid Valley hako terpakse tuko tren. Leceh la sket. Naper hako tak drive jerk? Isyh tak reti la hako, kang sesat laks nak mencarik keta sport ku. Caper yang susah? hako jugak.. ekeke.
Mase hako dok nunggu komuter kat stesen **** nak bertolak ke Bank Negara tuh, hako der dengar orang swit2 (bkn gule2 taw) switt yang ngorat gatal tuh. Ceh. Time tuh hako sorang jerk coz tren baru jerk berlepas (senang citer hako tertinggal tren la tuh). Memula tuh hako ignore jerk ( jual mahal! kekeke statement tak boley bla ehehe). Elok hako minum ngan makan roti (waktu tuh da tengahari pas keja bertolak, lapo giler hako beli ler ayer ngan roti sekadar mengalas perot tak makan sedarik pagik) makin galak laks munyik orang swit tuh. Mengganggu betol konsentrasi hako ketika itu yang sedang menikmati roti cokelat. Ngee. Carik2 rupe nyer mamat endon kat seberang sinun. (Ceh der hati nk ngorat hako.. bluwek.. keh3) sib baik tak lame stesen tuh dipenuhi ngan orang ramai. Huhuu. Sengal tol~~ ngee!!
Dalam 15 minit nunggu tren, akhir nyer sampai jugak tren nak ke Bank Negara. Hako nih kalau dalam tren suke dok nengok orang. Sajer usha2 tabiat orang di tempat awam. Ngeh3. Kadang2 tuh suke nengok couple2 coz couple2 nih kalau dah berdua bukan nyer sedar orang pandang dier ker tak. Terase dunia bagai diorang yang empunye kut. Kah3.
Darik umah hako (stesen kat area umah hako) ker Bank Negara ada lah dalam sejam 15 minit camtuh. Elok tak lame hako sampai kat stesen lrt coz der janji ngan sowang kawan (Cik N) yang join sekalik, Cik N pon sampai. (Budak pantai timur memang cun2 belaka).
Then hako ngan Cik N meneruskan perjalanan ke Sogo tok berjumpa ngan seorang lagik Cik Q di tempat yang telah dijanjikan. Awal Cik Q kiter sampai. Pusing2 sat sekitar Sogo, then Cik Q ajak kitorang makan kat Secret Recipe. (cam taw2 ajer tengah lapo giler.. keh3)
Macam2 yang kitorang bualkan, mesyuarat tingkap tak putus2 ngan topik dan isu panas. (hako tak buley luper isu “A Famosa” hanya hako dan teman2 hako jerk yang taw Wakakaka~~ Lame pastuh datang la Cik B n Cik S. Cun giler Cik S nih (Orang Malacca). Tapi yang tak besh nyer, Cik B dan Cik S join sekejap ajerk. Ada hal lain kata nyer. Alahai!. Pas makan2 sembang2 pusing2 Sogo, kitorang temankan Cik Q gi kedai munga. Bukan nak belikan munga tok hako eceh tapi nak mencarik reben untuk gubahan hantaran kawan abang beliau. Ehehehe. Pastuh, kitorang gi pasar malam kat jalan TAR yerk? (if hako tak silap la.. ahahaha). Bersurai lam kol 7 lebih camtuh. Hako yang tengah bulan nih pon (sengkek tuh) nak gak shoping! Ades~~ (nih la salah 1 masalah hako. I think, masalah sume kaum wanita kut. Pantang tgk sale! Wakaka)
Sebenarnya, hako ader citer time balik (situasi dimana hako berada di dalam komuter). Tapi terase segan tahap “rabbit” plaks nak menceritakan. (Kang korang kater hako minah perasan plaks). Muahahaha. Itu jerk la, serba sedikit kejadian yang telah berlaku pada ri Sabtu yang lepas. Trima kasih diucapkan atas pembacaan kalian. Sehingga ke temu lagik. Miahahaha~~

5 perKaRa pEnTiNg dAlAm hIdUp
June 19, 2009 at 02:29 p06 | In Renungan | Leave a Comment|
1-وجه جميل 2- فلوس بالملاين 3- صحة قوية 4- اولاد شاطرين وفالحين مثلنا 5- نوم عميق من دون مهدئات و أدوية
سهلة جدا و بوصفة سحرية و سهلة تستغرق 15 دقيقة يومياً ! كيف؟؟؟؟؟ قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم : من ترك صلاة الصبح فليس في وجهه نور و من ترك صلاة الظهر فليس في رزقه siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezeki yang berkat
أولاده ثمرة و من ترك صلاة العشاء فليس في نومه راحة dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang
بلغ عن الرسول (صلى الله عليه وآله وسلم ) ولو آية |
TeStInG 1.. 2.. 3..
June 19, 2009 at 02:29 p06 | In Merepek ajerk | 8 CommentsSalam all..
Apa kabar tek? ;p Harap sehat-sehat jak. Ari nih, kamek sik da keja. Boring juak tuk. Sik tauk nak molah apa. Tengahari nih, bos kamek nak banjerk kamek makan kfc. Muahahaha. Kamek suka sangat. Bos kamek manah ndak? Ehehehe.
Okay sik kamek klakar Srawak nyer nih? Kalau orang Srawak baca, mesti ketawa ya. Ekekeke. Kamek baru beberapa ari jak blajar klakar Srawak ngan kawan kamek nih. Kamek suka kelakar Serawaknya nih. Ada ndak siapa-siapa yang mau ngajar kamek lagik? Kamek sudi belajar. Ahaks!
Hurmm.. Nanti kamek nulis kelakar Serawak nyer lagik auk. Kamek mau makan ayam. Sudah sampai ya. Daaaa~~
p/S: oKAY kEr tUh?? hEnTaM SaJa la lAbU.. kUi3..
DoA
June 18, 2009 at 02:29 p06 | In My Life | Leave a Comment“Ya Allah (SWT), kurniakanlah kepada kami Cinta terhadapMu dan Cinta kepada mereka yang mencintaiMu, dan apa sahaja yang mendekatkan kami kepada CintaMu, dan jadikanlah CintaMu itu lebih berharga bagi kami daripada air yang sejuk bagi orang yang dahaga”.
cUtI-CuTi mesIa
June 18, 2009 at 02:29 p06 | In My Life | Leave a CommentHari Sabtu yang lepas, hako gi Sungai Klah Hot Springs Park kat Sungkai, Perak. Nih pon company nyer vacation 2 ari 1 malam (klu tak, takder nyer hako sampai kat situ.. hukhuk). Yang seronoknya sume nyer disupport. Ahaks! (best giler). Tak sangka 2nd bos HQ pon turut join sekalik. Kitorang bertolak dalam tghari. Sampai sana around 5 lebey camtuh. Sepanjang perjalanan hujan (lebat plaks tuh). Budak-budak opis hako risau jerk rosak program tak dapat mandi-manda (coz dah excited nk berendam dalam ayer panas.. hak3). Tapi mujur, sampai-sampai hujan mulai reda. Bos hako tempah villa tok penginapan kitorang. Memang cantik giler villa tuh. Amat sesuai sekalik klu nak bawak parents datang bercuti kat sini. Korang pernah pegi tak? Kalau belum pernah, expecially yg telah berkeluarga coba lah try tempat nih. Kalau datang just utk mandi, tiket nyer RM10 tok dewasa dan RM8.00 tok kanak-kanak.
Petang tuh around kol 6, kitorang sume gi mandi-manda. Nak gak melepaskan hajat ari tuh jugak. Miahaha. Malam tuh, pas dinner. Dalam kol 9.00 mlm, kitorang memulakan operasi bbq. Kerja orang laki dok panggang-panggang. Hako ngan bos hako dok sediakan apa yg patut kat dapor. (Tak banyak pon yang hako membantu sebenor nyer, kebanyakkan nyer bos hako yang buat.. ehehee). Pandai jugak bos hako memasak. Ahaks!
Makan mase 3 jam baru settle sume nyer (lame giler kan..wakakaka). Kol 12-1 baru makan. kenapa lame giler?? Sbb manyak giler menu. Nak taw menu-menu nyer? Ahak. Kang korang tangkap leley plaks. Ada ikan, ayam, ketam, kambing, kentang, coslow, nasik goreng cina, ahahaha.. banyakkan?? Bersama ayer lemon tok meneutralkan dan melancarkan segala kerja-kerja penghadaman dijalankan.. ekekeke.
Dekat kol 2 pagi kut baru hako masok tidur. Esok nyer pas breakfast kitorang gi mandi manda lagik utk kali terakhir. Check out patut nyer kol 12. Tapi terpostpone sampai kol 1. Hahahha. Sepanjang percutian nih, memang seronok sangat-sangat rase cam tanak balik jerk. (1st experience hako gi holiday ngan member2 opis) Ngeh3…
Diam tak diam, masok 3 month hako keja kat sini. Nak taw tak 2nd bos hako nih masih lagik bujang trang tang tang.. ahahaha.. Mase hako br start keja dolu2, hako igtkan 2nd bos hako nih bujang dua kew bujang tiga kew (time opismate perkenalkan sambil gurau2) Rupa-rupanya mmg bujang lagik.. ehem.. (yang kurang best nyer orang k******n) hikss.. Umo sekitar 30-an kut. Dulu, hako selalu terfikir lelaki semakin pupus. Spesis makin terancam. Kalau ada pon dah menjadik hak orang. Tunang orang husband owang.. ahahaha. Tapi biler hako fikir2kan balik, masih ramai lagik rupe2 nyer org laki lam dunia nih yg masih bujang dan yg masih boleh diharap (maaf la yerk atas statement hako nih. haks!. Kumbang kat opis hako yang 2 nih pon still bujang n available. Kui3.. and abang hako sendirik pon blm lagik berumah tangga. So gurls2 xperlu la risau andai blm ketemu jodoh. Biar lambat sket asalkan kiter berjumpa ngan mr.right kiter J
Korang igt lagik tak kes kucin kecik yang terperangkap kat keta hako ri tuh? Yang slamatkan nyer member opis hako yang bernama Mr. A. mamat nih orang nyer memang suke bergurau, pandai berjenaka. Now hako nak menceritakan sket jejaka kedua lam opis hako nih. Umo lingkungan 30-an Mr. Z. Dier nih orang nyer agak pendiam Tapi biler dah kenal tuh, okay la takder la diam sangat. Ahaks. Mungkin umo dier menampakkan dier seorang yang matang. Hurmm. Hako tertarik satu sifat mamat nih, yang dier nih pandai memasak and biase ngan kerja2 dapur. Sungguh tak ku sangka 1 sifat yang tidak hako ketahui selama nih. keh3. (nih pon hako taw time cuti2 mesia rituh, mamat nih ringan tulang kat dapor.. ;p)
tIgA CaHaYa dI HaRi kIaMaT
June 18, 2009 at 02:29 p06 | In Renungan | Leave a Comment
|
bIlA PaDeRi terPaKsA BuKa rAhSiA bEsAr
June 18, 2009 at 02:29 p06 | In Renungan | Leave a CommentHayati kandungannya
Bismillahirrahmanir rahim.
Artikel ni agak panjang, tapi banyak pengetahuan dan manfaat untuk kita, insya Allah…
Bila Paderi Terpaksa Buka Rahsia
Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.
Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.
Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, ‘Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.’ Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, ‘Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya.’ Barulah pemuda ini beranjak keluar.
Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, ‘Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?’Paderi itu menjawab, ‘Dari tanda yang terdapat di wajahmu.’
Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.
Paderi berkata, ‘Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat. ‘ Si pemuda tersenyum dan berkata, ‘Silakan!’
Sang paderi pun mulai bertanya, ‘Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya.’
‘Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!’
‘Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?’
‘Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?’
Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.
Setelah membaca ‘Bismillah…’ dia berkata,
-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..
-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, ‘Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).’
(Al-Isra’: 12).
-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.
-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur’an.
- Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.
-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.
-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, ‘Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.’ (Al-Mulk: 3).
-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, ‘Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung ‘Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.’ (Al-Haqah: 17).
-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu’jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*
-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, ‘Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.’ (Al-An’am: 160).
-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .
-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu’jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, ‘Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, ‘Pukullah batu itu dengan tongkatmu.’ Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air.’ (Al-Baqarah: 60).
-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.
-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. berfirman, ‘Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing.’ (At-Takwir: 18).
-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.
-Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, ‘Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala.’ Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, ‘Tak ada cercaan terhadap kamu semua.’ Dan ayah mereka Ya’qub berkata, ‘Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’ (Yusuf:98)
-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, ‘Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai.’ (Luqman: 19).
-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.
-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, ‘Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim.’ (Al-Anbiya’:69).
-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).
-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. ‘Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.’ (Yusuf: 28).
-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam
hari dan Dua di siang hari.
Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.
Pemuda ini berkata, ‘Apakah kunci surga itu?’
Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.
Mereka berkata, ‘Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!’
Paderi tersebut berkata, ‘Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.’
Mereka menjawab, ‘Kami akan jamin keselamatan anda. ‘
Paderi pun berkata, ‘Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah , Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. ‘
Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa .**
NOTA:
Ini adalah artikel sulung dari qasha dan merupakan sebuah artikel yang cukup bagus. Ia dapat menyedarkan kita agar membaca dan memahami isi kandungan Al-Qur’an bagi membolehkan kita menangkis tohmahan dan menjawab pertanyaan orang-orang kafir.
Saya pernah membaca dari satu buku bahawa sebenarnya paderi Kristian tahu bahawa Kunci Syurga itu adalah Dua Kalimah Syahadah. Kerana itu (kononnya) apabila nazak seorang Kristian, maka paderi akan datang membisikkan kalimah itu ke telinganya dengan harapan dia akan mati dalam Islam. Saya tidak pasti sama ada dakwaan ini (membisikkan ke telinga orang nazak) benar atau tidak. Namun saya pasti ahli kitab Kristian tahu bahawa Kunci Syurga adalah Dua Kalimah Syahadah. Cuma, mereka tidak mahu mengaku (kebenaran Islam) kerana bimbang akan kehilangan pangkat dan kedudukan duniawi..
Wallahua’lam
semana kaya atau besar…tetap Allahuakbar! !!! ittaqullah!!
TiPs kEnAl rApAt dEnGaN PeReMpUaN
June 18, 2009 at 02:29 p06 | In Cinta | Leave a CommentJangan Terburu-buru..
Kebanyakan yang saya jumpa, ramai yang terburu-buru bila dia dah syok pada seseorang perempuan. Kalau boleh, masa tu la dia nak no phone, masa tu la dia nak mesej-mesej, masa tu la dia nak tanya macam-macam.
Rileks… Bertenang… Jangan kelam-kabut. Kita mesti cool… Kalau nak mintak no phone pun ada cara dia. Jangan main terjah terus. Perkenalkan diri dulu dan bagitau niat kita nak berkenalan.
Kalau dia sombong atau tak nak layan tu, maksudnya, dia sudah berpunya atau dia ada masalah lain yang dia tidak dapat nak terima kita.
????: Komuniti – sepaku.net http://www.sepaku.net/sepaku-cinta/13317-tips-kenal-rapat-dgn-pompuan-cubalah.html
Be Gentleman…
Yup! Be gentleman… Tunjukkan siapa diri kita. Kita lelaki, dan dia perempuan. Sudah pasti kita lagi kuat dari mereka. Sekiranya kita tengok dia perlukan bantuan, berikanlah pertolongan. Offerkan diri kita untuk tolong dia. Takkan nak tunggu si dia yang panggil kot. Tu ngada-ngada namanya…
Usik-usik la sikit…
Kadang-kadang kita perlu menggatai sikit… Puji la pasal tudung baru dia ke, kasut baru dia ke, make-up dia ke… Puji je apa-apa yang patut. Saja nak mengusik dia. Biar dia tersenyum malu gitu…
Kalau takde idea nak usik dia, cuba ceritakan something yang kelakar atau kisah kehidupan awak. Mesti dia tertarik untuk ambil tahu. Lagi-lagi kalau tambah adengan yang suspen siap ada ‘to be continued’ macam tu. Confirm dia akan tertanya-tanya dan suruh kita cerita lagi.
Mulut kena manis…
Kebanyakan lelaki kantoi dekat sini. Mereka tak tahu nak cerita pasal apa bila bertemu dengan perempuan. Bila terserempak je, mula la lidah kelu, otak jammed. Semuanya tak jalan.
Dekat sini kita kena pandai mencari idea untuk mulakan perbualan. Takkan nak dua-dua senyap membisu je. Dia pun akan berasa bosan nanti. Jadi, kita kena kreatif dalam berbicara. Lihat sekeliling dan ceritakan apa yang berlaku pada ketika itu.
Kalau masa tu korang dekat taman permainan, cakap la, “E…pandainya kontraktor ni buat buaian kan? Siap kaler biru lagi. Mesti masa kecik-kecik dia suka main buaian kan? Awak masa kecik-kecik suka main buaian tak?” Walaupun ianya tidak seberapa menarik, tetapi atleast dari situ kita akan mewujudkan daya untuk berbual.
Biar dia rindu…
Ha…ni tips yang menarik. Biar dia rindu pada kita. Bagaimana nak buat tu? Semasa korang asyik berSMS, cuba ambil satu masa atau satu hari tu, korang tak SMS dia langsung. Cuba lihat reaksi dia.
Adakah si dia akan SMS korang atau dia pun senyap je. Kalau dia SMS, maksudnya, bagus la tu. Mesti dia tengah sunyi dan rindu pada korang. Tetapi…kalau dia pun tak SMS, bahaya gak la. Maksudnya, kita hanyalah seorang insan yang biasa di hati dia lagi. Kena banyakkan usaha lagi.
PS: Harap2 korang berjaya lah…

lOvE StORY~~tAyLoR SwIfT
June 1, 2009 at 02:29 p06 | In Lirik Lagu | 10 CommentsWe were both young when I first saw you
I closed my eyes and the flashback starts
I’m standing there
On a balcony in summer air
See the lights, see the party, the ball gowns
I see you make your way through the crowd
And say hello
Little did I know
That you were Romeo, you were throwing pebbles
And my daddy said, “stay away from Juliet”
And I was crying on the staircase
Begging you, please don’t go
And I said
Romeo, take me somewhere we can be alone
I’ll be waiting, all there’s left to do is run
You’ll be the prince and I’ll be the princess
It’s a love story
Baby, just say yes
So, I sneak out to the garden to see you
We keep quiet cause we’re dead if they knew
So close your eyes
Escape this town for a little while
Oh oh
Cause you were Romeo, I was the scarlet letter
And my daddy said, “stay away from Juliet”
But you were my everything to me
I was begging you, please don’t go
And I said
Romeo, take me somewhere we can be alone
I’ll be waiting, all there’s left to do is run
You’ll be the prince and I’ll be the princess
It’s a love story
Baby, just say yes
Romeo, save me
They try to tell me how I feel
This love is difficult, but it’s real
Don’t be afraid, we’ll make it out of this mess
It’s a love story
Baby, just say yes
Oh oh
I got tired of waiting
Wondering if you were ever coming around
My faith in you is fading
When I met you on the outskirts of town
And I said
Romeo, save me
I’ve been feeling so alone
I keep waiting for you, but you never come
Is this in my head
I don’t know what to think
He knelt to the ground and pulled out a ring
And said
Marry me, Juliet, you’ll never have to be alone
I love you and that’s all I really know
I talked to your dad
Go pick out a white dress
It’s a love story
Baby, just say yes
Oh oh oh
Oh oh oh oh
‘Cause we were both young when I first saw you

Blog at WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.