jump to navigation

KuDa~~~ August 2, 2008

Posted by "eS@RLi" in Lucu.
4 comments
Pada suatu hari yg tenang..seorg suami sedang relaxs sambil duduk membaca suratkhabar. ….tiba2 dtg si isteri membawa tudung periuk….PANG! !….diketuknya atas kepala si suami…..si suami yg terpinga2… ..bertanya. ….

“Aper hal ngan awak nih….kenapa awak ketuk kepala saya??….si isteri pun menjawap…. “nah! awak tengok nih….sambil menunjukkan secebis kertas yg tertulis nama….’Mary’ ….si isteri tentula menyangka si suami mempunyai kekasih lain yg bernama Mary….dgn tenang si suami menjawab…. ooo….itu nama kuda yg saya bertaruh semalam….. namanya Mary…..si isteri pun agak puashati ngan penjelasan suaminya..terus menyambung kerja di dapur…..

Selang seminggu berlaku ketika si suami sedang rehat2 membaca suratkhabar seperti selalu…. PANG!!!….kali ini dengan lebih kuat lagi!….si suami pun bertanya…. aper hal plak awak ketuk kepala saya kali nih???…dengan selamba..si isteri menjawap…. “kuda awak telefon!!”.. …

 

CeRiTa dArI SeOrAnG JuNiOr.. June 26, 2008

Posted by "eS@RLi" in Lucu.
add a comment
Peristiwa nih masa aku belajar dulu….tapi bukan pasal aku
arr…pasal senior aku yg giler pandai cover malu….

Nak dijadikan cerita, kat luar pintu gerbang kampus aku nih aderlah
stesen minyak mini (bebudak kampus kata stesen minyak tuh campur ayaq
dalam minyak..takderlah aku check pulak)kitorang yg takde fulus dan
menggunakan khidmat sewa kete selalunya selalu isi minyak dulu kat
situ dalam 5 hengget sebelum betul2 sampai town. Satu hari tu, kawan
aka senior aku ni menumpanglah kete kawan dia (seingat aku, kete
kancil kaler putih)..masa tu dia menumpang kat seat belakang arr…
sampai je kat stesen minyak tu, masa tu member dia park betul2 kat
tempat isi minyak tu…mamat tu tetiba teringin nak makan pisang
goreng yang gerainya tak jauh dari situ…dia kuar dr kete sementara
kawannya menunggu kereta diisi minyak….

Dekat 10 minit jugak mamat tu kat gerai pisang goreng tanpa
disedarinya kawan2nya dah selesai isi minyak dan kawan2 nya menunggu
dia kat jalan depan sikit dr stesen minyak tu…. KEBETULAN pulak
ader pulak kete kancil lain yang kaler putih jugak ambik alih kete
kawan dia kat tempat isi minyak tu….hehehehe tak silap aku,
penumpang kete tue couple kot…..

Lepas je dapat pisang goreng, dengan yakinnya mamat tadi terus masuk
kete yang disangkanya kete kawannya…tanpa melihat pemandu n
penumpang di hadapan….mamat tu sempat membebel pasal ape
ntah….Tibe2 kedengaran suara pemandu kereta tu: ” Errr……
encik…boleh saya tolong???” Punyalah terkujat mamat tu apabila baru
menyedari dirinya dah tersilap kereta..didepannya sepasang kekasih
yang kelihatan blur dan terperanjat melihat dia dengan penuh suspen.
Ekekekekeke. .punyalah gelabah tapi masih sempat berfikir..mamat ni
pon cakaplah…. ..

“Oooooo…saya baru beli pisang goreng kat kedai makcik tu….saje
nak soh korang rasa..amiklah. ..jangan segan2″ seraya menyuakan
seplastik pisang goreng, mamat tu berkata dengan yakin…. tapi
couple tu menggeleng.. .risau agaknya mamat tu weng…last2 mamat tu
bg alasan…. “takpelah… .terima kasihla sebab korang sudi luangkan
masa” …masa mamat tu cerita balik kat kitorang…dia tahan je
malu… terus je dia kuar…tetiba je baru perasan kete kawan dia kat
depan jalan…..

Dengan covernya, dia jalan pelan2 kat kete kawannya (kalau lari,
nampak sangat dah kantoi)….tapi ghopenya kawan2nya dah bantai gelak
guling2 dalam kete sebab dah ternampak mamat tu masuk silap
kete…kesian kat kawan aku tuh, tapi mujurlah panjang akalnya cover
malu….uhuhuuhuhuu h

bAkAl bInI?? April 2, 2008

Posted by "eS@RLi" in Lucu.
8 comments

Aku yakin, mesti hangpa pernah alami apa yang aku rasa ni….
              Pernah tak suatu hari, anda bangun dari tidur dan
terasa seperti hendak ber’bini’? Ya! Itulah apa yang sedang aku alami
sehingga hari ini. Aku tak boleh nak sisihkan naluri fitrah aku ini.
Tapi apakan daya aku juga insan biasa, punya kehendak yang perlu
dipenuhi, punya impian yang tersendiri. Iri hati aku kepada kawan-
kawan aku yang lain. Hampir semua mereka mempunyai `bini’ masing.
Mana tak jelesnya kehulu-hilir asyik berdua. Berpegangan kedua belah
tangan lagi. Sama-sama bersusah payah meredah ranjau dan berhujan
berpanas.
              Tatkala kaki ini melangkah dipayungi terik matahari
menuju ke kuliyyah, hati nakalku terdetik. Alangkah indahnya
sekiranya `dia’ turut sama menemani aku dikala ini. Tidaklah aku
terasa kepenatan dan peluh berjalan kerana ada teman bicara. Dan
jarak yang jauh pasti terasa dekat. Dan semua orang diperjalanan
kami, pasti ada yang cemburu. Tak kurang juga yang memuji mengatakan
kami pasangan yang ideal. Ahaha… Tapi ini semua hanyalah khayalan
aku yang punya sempadan. Dari kejauhan aku ternampak sahabat karibku
dengan pasangannya. Bukan main asyik dan mesra mereka. Sehingga
mereka lalu melintasi aku, tidak sedar pun mereka yang aku di tepi
jalan ini. Mentang-mentanglah `bini’ dia tu cantik dan mengancam.
Deng! ar khabarnya, `bini’nya keturunan Jepun tapi lahir di sini.
Ke’in-team’an dan keakraban mereka inilah yang membulatkan tekad aku!
Aku mesti cari satu juga!
              Pulang ke kampung pada cuti semester, aku suarakan
hasrat hatiku kepada ayahandaku kerana hanya dia yang arif dalam bab
ini. Risau juga aku takut dibangkang niat suci murni aku ini.
Terkejut aku apabila dia mengatakan memang selama ini dia berhasrat
nak cari jodoh satu untuk aku. Bonda tiada halangan kerana dia tahu
ini untuk kebaikan aku juga. Tapi dengan siapa? Aku belum ada calon
lagi. Terpaksalah aku menyuruh ayahanda merisik sesiapa sahaja yang
dirasakan sesuai. Pada mulanya ayah aku meng’kenen’kan a! ku dengan
seorang `janda’ yang masih lagi muda. Ditinggalkan suaminya, setelah
tak mampu nak bayar nafkah bulanan. Pendapat ayahanda, biarlah
jodohku janda kerana maharnya pasti lebih murah nak dibandingkan anak
dara sunti. Setelah puas membuat pertimbangan, aku menolak dengan
lembut pilihan ayahku. Aku katakan pada ayah, biarlah maharnya mahal
sekalipun, mungkin ini adalah yang pertama dan juga yang terakhir
bagiku. Aku tak akan pasang dua, tiga
 atau empat. Aku akan berlaku jujur dan setia.
              Suatu petang ketika aku bersiar-siar di bandar seorang
diri, di satu sudut ruang legar pasaraya rasanya seperti aku telah
terjumpa pasangan impian aku. Walaupun dia bersama-sama kawan-
kawannya yang lain di situ, tapi hatiku hanya terpaut padanya.
Dengan `body’ yang cukup sempurna, lirikan mata yang menggoda dan
dressing yang mengancam, aku bagaikan terjumpa buraq kayangan.
Setelah berbasa-basi dan berkenalan serba ringkas. Diberinya aku foto
gambarnya yang mempersonakan. Aku pulang ke rumah dengan senang hati
sambil membawa gambarnya untuk ditunjukkan kepada orang tuaku.
              Ayah melihat dengan serius foto gambarnya. “Betui hang
minat kat dia ni?” Tanya ayahku mencari kepastian. Aku mengangguk
dengan yakin bahawa pilihan aku ini pasti tidak silap. Sambil itu,
aku tidak ketinggalan menyulam janji manis yang aku akan menjaganya
dengan baik. Menjaga makan pakainya dan sama sekali tidak berlaku
curang. Bonda tidak kisah kerana nanti dia juga yang senang apabila
dah ada `menantu’ baru nanti. Senang dia nak ajak aku ke mana-mana
nanti. Setelah melihat spesifikasinya dan keupayaannya, akhirnya ayah
aku bersetuju untuk meminangnya untuk aku. Tapi bila? Aku pun tak
tahu. Yang pasti aku akan ada `bini’ baru. Alahai abah, kahwinkan aku
cepat. Elok juga rasanya aku perkenalkan bakal ister! i baru aku ini.
Inilah biodatanya:
Nama Model: Yamaha Lagenda 110cc
Spesifikasi: Enjin empat lejang, silinder tunggal, SOHC, 2 injap
Transmisi: 4 kelajuan
Kapasiti minyak: 8L
Kapasiti gas: 4.5L
Berat kering: 94 kg

CaRi MaKaN December 28, 2007

Posted by "eS@RLi" in Lucu.
9 comments

Cari makan jugak

Pada suatu hari seorang lelaki yang agak berumur bernama Abu merayau-merayau dari satu kedai ke satu kedai. Tujuannya adalah untuk mencari kerja.
Tetapi agak malang kerana disebabkan umurnya yang agak tua, dan waktu tu ekonomi sedang meleset, tidak ada satu tempat pun yang menawarkan kerja untuknya.

Maka Pak Abu yang malang tersebut pulang kerumah menemui isterinya dengan hampa. Isterinya memujuk dan memberi semangat supaya suaminya mencuba lagi tanpa merasa putus asa. Disebabkan terlalu penat suaminya terus melelapkan mata.

Esok paginya, si suami bangun awal-awal pagi, terus keluar rumah untuk mencuba nasib sekali lagi, manalah tahu, kalau kalau hari ni boleh dapat kerja fikirnya. Tetapi ceritanya serupa saja, tak ada siapa yang mahu memberinya kerja.

Walau macamana pun Pak Abu masih tak putus asa, hari seterusnya dia masih lagi pergi dari satu tempat kesatu tempat untuk bertanyakan kerja kosong. Setelah puas mencari tetapi gagal, Pak Abu mengubah taktik dan meminta kerja ditempat lain. Dia pun terus pergi ke zoo.

Pak Abu: Sini ada kerja kosong ke?

Penjaga Zoo: Mana ada kerja kosong sini pakcik.

Pak Abu: Tolonglah dapatkan pakcik apa-apa kerja, pakcik ni orang susah.

Penjaga Zoo: Ginilah pakcik, kalau pakcik nak sangat kerja, sini ada satu kerja, disebabkan banyak sangat binatang disini mati pasal tak cukup makan, nak tak pakcik pakai sarung monyet dan berlakun jadik monyet, tapi kena duduk dalam kandang lah.

Pak Abu: Berapa upahnya?

Penjaga Zoo: Tak berapa mahal pakcik, sehari RM15 je.

Pak Abu: Baiklah nak, daripada tak ada kerja, jadik monyet, monyet lah, janji dapat duit. Asalkan pakcik boleh makan anak beranak.

Penjaga Zoo: Kalau macam tu esok pepagi pakcik kena datang, dekat sini ada sarung monyek, dan pakcik masuk kandang no4, tau!

Pak Abu: Baiklah nak.

Penjaga Zoo: Tapi pakcik kena datang sebelum pukul 7 tau, jangan sampai orang ramai datang dulu dari pakcik.

Pak Abu: Baik nak.

Keesokkan harinya, pagi-pagi lagi dengan penuh semangat Pak Abu pun pergi ke Zoo tersebut. Penjaga zoo telah pun bersedia menunggunya dan memberikan pakaian monyet pada Pak Abu. Inilah hari pertama Pak Abu bekerja sebagai pelakon. Bukan main semangat dia lagi.

Dengan penuh ceria Pak Abu mengenakan pakaian monyet lalu masuk kekandang no 4. Ceria sungguh, lompat sana , lompat sini, bergayut sana , bergayut sini. Tak lama kemudian orang ramai mula berkunjung ke zoo tersebut, lagilah bermangat Pak Abu, lagi galak dia melompat, lagi pun bukannya orang tahu siapa dalam sarong tersebut, apa nak dimalukan fikirnya.

Berjam-jam Pak Abu melompat kesana kemari tanpa mengenal penat, maklumlah hari pertama kerja. Kadang-kadang Pak Abu tersasul jugak, bersalam pada orang yang datang kekandangnya. Tiba-tiba satu tragedi yang sangat menyayat hati telah berlaku. Tragedi yang amat sedih dan telah memasukkan nama Pak Abu di muka akhbar. Berita yang amat menggemparkan.

Pak Abu terlalu galak melompat, terlajak dan termasuk ke kandang harimau. Harimau tersebut merupakan harimau siberia jantan, dan lebih malang pula harimau tersebut sudah beberapa hari tidak makan. Makanan yang selalu diberikan adalah daging lembu sebanyak lima kilo sehari. Harimau itu sangat lapar. Ia merenung tepat ke arah Pak Abu yang memakai topeng monyet itu.

Pak Abu bergegas bangun untuk melompat semula kekandang asalnya. Tetapi kakinya kaku seolah olah tidak bertenaga. Dia cuba berdiri tetapi jatuh semula, mungkin terkena badi harimau agaknya. Harimau mula memandang tepat kearah Pak Abu, kaki hadapannya mengais ngais kebelakang, sambil mengaum, ia menunjukkan gigi taringnya yang tajam dan berkilat,

Pak Abu menggigil dan terkencing. Mula dia terbayang, begini rupa kesudahan hidupnya, diratah harimau pada hari pertama ia bekerja. Wajah isteri mula terbayang, bagaimana nanti fikirnya, bila isterinya mengambil jasadnya yang mungkin tidak sempurna lagi, koyak sana , koyak sini, robek sana , robek sini, mungkin keseluruhannya berlumuran darah.

Pak Abu lemah tidak bermaya. Harimau setapak demi setapak maju untuk menerkam Pak Abu. Sesekali ia menunjukkan taringnya lagi. Kepalanya mula tunduk tanda bersedia untuk menerkam, punggungnya mula terjungkit naik ke atas, ekornya mula bergoyang goyang, kaki hadapannya mula diluruskan kedepan, kaki belakang mula memasang kuda-kuda.

Pak Abu hanya mengigil dan menangis sahaja, tiada daya seorang tua untuk melawan. Ketika ini nasibnya diserah bulat-bulat kepada Tuhan. Harimau itu mula memasang kuda-kuda untuk menerkam, tiba-tiba, sesuatu yang ajaib telah berlaku, harimau itu boleh bersuara, boleh bercakap, katanya “Janganlah takut Pakcik, saya pun macam pakcik jugak, pakai sarung harimau, cari makan pakcik!.”

Bulat mata Pak Abu bila mendengar kata-kata harimau itu.. “La.. orang jugak ke…”

tIdUr sEkAtIl dGn sUaMi oRg.. November 30, 2007

Posted by "eS@RLi" in Lucu.
1 comment so far

Baca Dulu

Teman saya ini (katakanlah namanya Finaas, 28 tahun) bekerja dengan satu
perusahaan konsultan yang tidak terlalu besar sebagai assistant dan salah
seorang partner pada perusahaan konsultan tersebut (Kita sebut saja
namanya Andy).Finaas sangat mengkagumi profil dan karakter Andy. Sebut saja
semua hal yang baik, maka Andy memilikinya. Otak yang cemerlang, sikap
yang profesional dan gentleman, penampilan yang selalu rapi and nice
looking serta usia baru 34 tahun (waktu itu). Finaas pula adalah seorang
wanita yang memilikisegala yang diidamkan oleh seorang lelaki,bentuk tubuh
yang sempurna,paras yang cantik,fikiran matang serta bijak,berpewatakan
ceria & suka tersenyum.

Disebabkan Finaas selalu bertugas bersama Andy maka Finaas akhirnya mulai
menyayangi Andy lebih dari team partner & Finaas membiarkan saja perasaannya
kepada Andy tumbuh tanpa halangan. Semakin hari dia semakin jatuh hati
kepada Andy.

Andy bukannya tidak tahu akan hal itu tetapi sikapnya yang profesional di
pejabat yang tidak membiarkan hal-hal pribadi mencampuri urusan pejabat
membuat Finaas semakin mengkagumi peribadi Andy.

Suatu hari urusan pejabat membuat mereka berdua harus pergi ke beberapa
lokasi di seluruh Negara. Inilah ceritanya.

Untuk memudahkan pergerakan, mereka naik pesawat ke Penang dan menyewa
kereta untuk melakukan perjalanan darat di sekitar B’worth , Perak, Kedah
dan Perlis Dalam rangka melakukan suatu survey khusus untuk kepentingan
klien. Entah bagaimana silapnya mereka, pada waktu malam menginap di
sebuah hotel kecil. Sebenarnya Andy ingin memesan 2 kamar tetapi
keranahanya ada 1 kamar maka dia meminta pendapat Finaas. Kerana memang sudah
sangat penat Finaas setuju untuk sekamar dengan Andy (sebenarnya Finaas agak
“sedikit senang” dengan kondisi darurat tersebut)!

Kerana berasa panas, maka Andy membuka jendela kamar. Masalahnya, kamar
tersbut hanya memiliki 1 ranjang berukuran panjang dan tidak memiliki
kursi panjang. Tidak mungkin bagi Finaas untuk meminta Andy tidur di lantai.
Jadi akhirnya mereka tidur sekatil setelah Andy berjanji bahwa dia tidak
akan melakukan hal yang bukan- bukan.

Sebenarnya Finaas tidak pernah tidur sekatil dengan seorang lelaki apatah
lagi Andy adalah suami orang! Sebagai seorang wanita  jantungnya berdebar
sangat kencang kerana tidur seranjang dengan lelaki sopan yang sangat
diadmirekannnya. Kaki mereka beberapa kali saling bersentuhan kerana
katilnya memang kecil. Setelah setengah jam, angin malam yang masuk
melalui jendela membuat Finaas merasa kedinginan sehingga dia memberanikan
diri bertanya kepada Andy:

“Abang Andy, Finaas kesejukan nih. Boleh tak minta tolong jendelanya ditutup
saja?”

Andy tidak langsung menjawab dan Finaas berpikir Andy sudah tertidur sehingga
dia berkata lagi:

“Abg Andy…”

Kali ini Andy langsung menjawab: “Finaas, kamu kesejukan ya? MAUKAH KAMU
MALAM INI KAMU BERTINDAK SEPERTI ISTERI SAYA?”

Jantung Finaas terasa berhenti berdetik. Jantungnya langsung gemuruh
mendengar pertanyaan Andy. Dengan hati-hati ia bertanya:
“Maksud abg Andy?”

“Maksud saya, bolehkah Finaas tolong tutupkan sendiri tingkap yang terbuka
tu,seperti yang selalu dibuat oleh isteri saya dirumah?!”

Keh keh keh. Tension kan . Boleh imagine muka semua orang. Dah sekarang
boleh balik buat kerja yang patut dibuat.—-

BiLeR OrG PoMpUaN MrAjUk.. pAkWe tUnJuK TeReR.. October 26, 2007

Posted by "eS@RLi" in Lucu.
2 comments

serlahkan kehebatan anda bila menghadapi situasi tegang ketika awek tengah marah!

1. bila awek mula turun tok nenek baling² barang
korang cuba sambot ape yg dorang baling tu. inilah masanyer korang nak tunjuk kepantasan korang menjadi goal keeper.

2. bile awek korang mule menjerit tak pasal² menengking, membebel tanpa henti
korang menyanyilah sekuat hati dengan penoh perasaan mengikut melodi sebenar penyanyi asal. inilah masenyer korang nak tunjok yg sore korang sedap giler!

3. bile awek korang tenong korang cam nak telan (garang arh konon!)
korang senyom jek pandang awek korang tuh! inilah masenyer korang tunjok betapa comelnyer moker korang ketika senyom!

4. bile awek korang hambik sumer barang² dia bungkos ala² nak lari rumah
korang tolong kemaskan barang² dia. hambik semua barang² dia masokkan lam plastik sampah kaler itam tuh. inilah masenyer korang nak tunjok betapa rajinnyer korang, ringan tulang dan suka membantu.

5. bile awek korang menangis akibat terlalu marah dan sakit hati hingga mengalirkan airmata
korang ketawalah berdekah² hingga terguling². inilah masenyer korang nak buktikan bahawa korang berusaha buat awek korang gumbira ketika dia sedang berduka, sedih dan terluka! thehehe…

per gghhh… BaLAk ensem lagik gagah perkase nih pon tak berani buat camnih. kalo korang berani, korang memang hebat giler arh. respek arh.. huH!

pErEMpUaN vS lElAkI October 9, 2007

Posted by "eS@RLi" in Lucu.
add a comment

Message : NAMA

Jika  Noranizah Suhaily NorSuhaila Norhayati dan  Norshida keluar makan tengahari,
mereka akan memanggil sesame sendiri
Noranizah Suhaily NorSuhaila Norhayati dan 
Norshida. Lebih-lebih pon dorang
panggil  Peah Lipo, Sumi atau lilo dan
 kak chik ajer. hehehe 

Tapi Jika Sarifudin, Wan Mokhtar,
Saiful Nizal, Irfan Khairi dan Faizal
Hishams kuar makan tengahari, alamaks
jadik Abe, Songkok, Cak,Atuk dan
Gusdur laks dah? Kenkadang tukar lagik
sampai jadik Konci ler, skoDeng , kantoi  ler,
Hmmm memacam lagik.

Duit’s
Seorang lelaki akan bayar 2 Hinggit
untuk barang berharga 1 Hinggit yang
dia perlukan.

Seorang perempuan akan bayar 1 Hinggit
untuk barang berharga 2 Hinggit yang
dia tak perlukan tapi ada sale….

Bilik Air
Lelaki biasanya ada maksima 5 barang
dalam bilik air iaitu berus gigi, obat
gigi, pisau cukur. Krim Pencukur dan
Sabun (semua tu pon rembat kat Hotel)

Kadar purata barangan wanita dalam
bilik air adalah 37. Barang barang nih
korang tak kenal pon jadik takyah lah
senaraikan kat sini

Berhujah/Berdebat
Seorang pompuan memiliki kata
putus/akhir dalam setiap perdebatan.

Apa apa yang lelaki katakan selepas
itu akan di jadikan bahan permulaan
perdebatan baru.

Kucin
Pompuan suka Kucin.

Lelaki kata dia suka kucin, tapi bila
pompuan tak nampak di sepaknya kucin
tuh ahaksss….

Masa Depan
Seorang pompuan risaukan masa depannya
sehingga dia mendapat suami

Seorang lelaki tak penah kesah
risaukan masa depan dia hinggalah dia
dapat seorang isteri

Berjaya
Seorang lelaki yang berjaya adalah
lelaki yang mampu membuat banyak duit
untuk di belanjakan oleh isterinya

Seorang pompuan yang berjaya adalah
pompuan yang berjaya memikat lelaki
seperti di atas… ahaksss

Perkahwinan
Seorang Perempuan mengahwini seorang
lelaki berharap dia akan berubah tapi
tak gak berubah ubah sampai ke tua…

Seorang lelaki berkahwin dengan
seorang pompuan berharap dia takkan
berubah, malangnya semuanya berubah…
mental dan fizikal .. 

.

uSiA PeRnIkAhAn mEmPeNgArUhI KeMeSrAaN.. bEtUl KeR?? October 6, 2007

Posted by "eS@RLi" in Lucu.
3 comments

Sebelum Tido: 
6 minggu: selamat tido sayaaang, mimpi indah2 ya, mmmuach. 
6 bulan: tolong matikan lampu tu, silau aah. 
6 tahun : Sana sikit lah… tido kalau tak mengepit tak bole 
ker???! 
 
Pakai Toilet: 
6 minggu: tak apa, u masuk ler dulu, i tak kisaaahhhh 
6 bulan: masih lama lagi ke nih? 
6 tahun: brug! brug! brug!(suara pintu digegar), kalau nak 
bertapa pi lah gunung ledang sana !! 
 
Balas SMS: 
6 minggu: iye sayang, jap lagi i sampai rumah, sayang, i belikan 
murtabak favourite u ye sayang.. 
6 bulan:trafik jam aah 
6 tahun:k.. 
 
Dating process: 
6 minggu: I love U, I love U, I love U. 
6 bulan: Of course I love U. 
6 tahun : Iyalah!! kalau i tak cintakan u, buat apa i nikah ngan u?? 
 
Pulang Keje: 
6 minggu: Sayaaang, i dah balik nih… 
6 bulan : I’m BACK!! 
6 tahun:Masak apa hari ini?? 
 
Hadiah (ulang tahun): 
6 minggu :Sayang, i harap u suka cincin yang i beli untuk u ni 
6 bulan :I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah 
6 tahun :Nih duit, u beli sendiri lah apa yg u nak.. 
 
Telefon: 
6 minggu:Baby, ada yang ingin berbual ngan u di telefon nih 
6 bulan :Eh…your call… 
6 tahun :WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH…. ANGKAT AAAAAHHH!!! 
 
Masakan: 
6 minggu:Wah, tak sangka i, pandai u masak. rasa pun sedapppppp…!!! 
6 bulan:Kita makan apa malam ini?? 
6 tahun:HAH!! LAUK INI LAGI? 
 
Memaafkan: 
6 minggu:Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,ye 
6 bulan:Hati-hati! Nanti jatuh tuh. 
6 tahun:Orang dah bilang berkali2 pun tak paham2!! 
 
Baju baru: 
6 minggu:Aduh sayang, u seperti bidadari dengan dress tu 
6 bulan: Lah.. beli baju baru lagi? 
6 tahunAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU??? 
 
Merancangkan Holiday: 
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg u nak, honey? 
6 bulan:Kita ke Bukit Bintang aje ler ….senang sikit tak perlu naik flight… 
6 tahun:JALAN-JALAN?? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JER! 
 
Tonton TV: 
6 minggu:Baby, kita nak tengok cite apa malam ini ? 
6 bulan :Sekejap eh, citer bagus ah. 
6 tahun: JANGAN TUKAR2 CHANNEL BOLE TAK!!

PeRiHaL FiLeM mElAyU, CiNa n iNdIa October 5, 2007

Posted by "eS@RLi" in Lucu.
4 comments

Berikut adalah perbezaan antara filem/drama MELAYU, CINA dan INDIA.

Drama/Filem Melayu

1. 80% jalan cerita berkisar tentang:

  • Cinta.
  • Cinta 3 segi.
  • Cinta 4 segi.
  • Anak-anak rebut harta pusaka.
  • Kalau keluarga kaya, anak2 rebut sapa nak gantikan Tan Sri (ayah) jadi Pengerusi, CEO atau Presiden syarikat.

2. Walau pun cerita pasal awek kilang, rumah awek kilang ni mesti complete furnished. Ada TV 29″, Home Teatre, peti sejuk besar, set sofa mewah. (Director tak buat homework ker? Pegi la tengok umah awek kilang kat Sungei Way tu).

3. Cerita polis lak, dialah pegawai penyiasat, dialah jadi forensic, dialah jadi pathologist, dialah yang gi ambush. Semuanya DIA yang buat. Polis lak dialog pakai bahasa baku. “Saya rasa kita patut siasat dengan lebih terperinci tuan”. ” Betul cadangan awak itu. Kita bertindak sekarang”.

4. Kalau cerita pasal Construction, bawak satu pelan gulung, pakai topi KUNING, tunjuk-tunjuk kat bangunan tengah buat, discuss dengan ‘kepala’ Indon komplen kenapa projek lambat siap kat Indon tadi. ( Topi kuning utk pekerja buruh la bang ).

5. Adegan doktor kat Wad check pesakit. Ambik fail hujung katil, selak-selak. Dialog wajib : “Kesihatan awak bertambah baik. Banyakkan berehat dan jangan lupa makan ubat “. (Woi bang, tengokla cerita ER tu, Dr ada medical terms dia ).

6. Adegan kat umah. Ayah mesti tengah baca paper, Mak mesti tengah menjahit atau lipat baju. Orang gaji tengah basuh pinggan. Orang gaji mesti nama dia Mak Nab atau Mak Jah.

7. Nak panjangkan rakaman filem mesti ada adegan kereta sampai kat umah, bukak pintu kereta, bukak pintu pagar, masuk balik kereta, drive masuk car porch, keluar, tutup pintu pagar.

8. Adegan sembahyang mesti dah salam akhir or adegan mengaji Quran mesti dah sampai part sadakallah hulazim. (Cover line kot ).

9. Gangster atau kuncu orang jahat mesti pakai baju takder lengan, pakai rantai dan pakai bracelet.

10. Nak bagi sedih gila, mesti buat adegan dah tahu nak mati pasal kena barah otak.

Drama/Filem Cina.

1. Cerita Kungfu, hero terror boleh terbang. Tapi sambung pengembaraan mesti jalan kaki. Apsal tak terbang jek. Kan cepat sampai.

2. Hero mesti miskin gila. Tapi mesti ada sekeping or 2 keping duit siling kat celah lengan besar jubah dia.

3. Kalau cerita moden hero boleh lawan dan tewaskan 30 orang penjahat serentak.

4. Biasalah, kalau kena tembak mesti kat bahu or kat kaki. Tak mati.

5. Heroin mesti jadi bini or girlfriend boss penjahat dan jatuh cinta kat hero.

6. Hero mesti menembak pakai 2 pistol, kiri dan kanan. Macam Chow Yuen Fatt dalam filem ‘A Better Tomorrow’. Tapi best ooo…..

7. Pistol hero mesti peluru tak habis2. Tak payah reload.

8. Cerita hantu, hantu dia biasanya pakai bedak muka tebal2 dan hitamkan keliling mata. Kat bibir ada darah meleleh. ( Tak seram pun ).

9. Kalau cerita lucu plak, mesti ada adegan air liur meleleh keluar mulut macam air paip.

10. Cerita Blue dia pun tak best. Awek mengerang jek lebih.

Drama/Filem India/Hindustan.

1. Biasalah, kebanyakan cerita bermula dengan 2 beradik terpisah. Sorang di bela oleh orang jahat dan sorang lagi dibela oleh orang baik. Dah besar, abang jadi Inspektor Sahab dan adik jadi gangster. Nak abih cerita mesti adik kena tembak ngan abang dan waktu nazak baru si abang tahu yang dia tembak tadi adalah adiknya sendiri melalui tanda parut.

2. Orang jahat digambarkan tersangat jahat sampai lembu pun takut.

3. Selalunya depa suka ciplak bulat2 filem barat macam Pretty Woman, Face Off dan Heat.

4. Paling pendek pun jangkamasa tayangan adalah 3 jam.

5. Orang jahat dan hero payah nak mati walaupun kepala dah kena ketuk dengan tukul besi.

6. Hero tak kena tembak walaupun ditembak dari jarak satu kaki.

7. Adegan joget sambil menyanyi akan melibatkan penari iringan seramai satu kampong dan bertukar 7 atau 8 pasang pakaian untuk setiap lokasi hanya untuk satu lagu.

8. Adegan keretapi tak leh tertinggal. Joget reramai sampai atas bumbung keretapi.

9. Kalau cerita moden, dialog mesti bercampur bahasa omputeh dan Hindi. Contoh ‘ I’m sorry. I didn’t know that na pere tomhe cha….bla.. ..bla…. bla…’.

10. Biasanya plot dan jalan cerita da boleh baca apa penyudahnya. Tu yang pelik ramai plak yang tunggu sampai abih.

Sekian laporan ikhlas untuk pedoman tuan2 director filem


SuPeRmAn rEtUrN!! bAcE JgN X BaCe.. :p September 28, 2007

Posted by "eS@RLi" in Lucu.
3 comments

Pagi ni saya tergelak sorang sorang depan pc sbb baca petua ni.. Right-click here to download pictures. To help protect your privacy, Outlook prevented automatic download of this picture from the Internet.———— —— ———— ——— —
Aku datang dari keluarga yg besar… 16 adik beradik, bila sesekali berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis makan besar-besar dan best-best!!!Dalam ramai2 adik beradik, bukan semua yg suka stail aku, apabila aku bawa gaya hidup ” gaya pulang ke pangkal jalan’”… maka adalah yg tak kena sana sini… oh..

Masa makan, aku pun duduk lah cara Nabi..(rujuk ustaz). Lalu ada yg sound:
“Apahal duduk macam nak berlari ajer….”
“Tak baik lutut tinggi pada makanan..” “Ni duduk ke nak berak nie..?”  Oleh sebab aku lelaki beriman, maka aku buat muka seposen… Aku pun basuh tangan. Nota untuk mua’alaf : Sebelum makan sunnah Nabi adalah basuh kedua2 tangan dan berkumur, insyaAllah jika korang amal nie, sebelum korang mati Allah akan mempermudahkan segala urusan hutang piutang korang. - Hutang kereta/rumah/ kahwin/ study/along bla bla bla!!!Sambung balik, aku pun berpikir… ada baiknya juga Nabi tak makan pakai sudu @ garfu. Kalau Nabi makan pakai sudu, susah pulak org miskin macam aku nak ikut sunnah Nabi. Nak pakai sudu material apa? Stainless steel ke inconnel 601? Nak pakai colour camne? Matelic ke cooper? Kan susah tu!!! Tu belum lagi jika Nabi makan pakai kerusi dan meja.. bentuk bulat ke bentuk heksagon?, Oktagon?, Nanagon? Nak kena pergi kedai perabot buat ansuran mudah! Jimat ! Hanya RM 1 dan tunggu 30 hari, kunjungilah kedai perabot terbesar di Malaysia, bla bla bla!!! Oh…Lepas tu makanlah, dengan tiga jari (sunnah Nabi) kemudian, ada pulak suara2 yg sound: “Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari?”

Aku kata : “Huh, anak cina makan dengan dua kayu elok2 habis nasi satu pinggan!!!” Tapi oleh kerana aku sorang jer yg makan dengan tiga jari, org lain makan dengan lima jari, maka aku lihat kadar flow of suapan dan kadar quantity of lauk-pauk diorang lebih laju dan maju, maka aku menukar jariku dari 3 kepada 5… Oh.. tepuk dada tanya iman.. Kemudian aku minum dari tangan kanan yg tidak berbasuh… Diorang tegur : “Essh.. pengotor betullah”.

Aku kata : “Apa pulak kotor, aku makan nasi, bukan tahik!!!” (tapi aku kata dalam hati sebab aku lelaki beriman). “Nie, apahal jilat2 jari nie? Lucah betul!!”- tanya diorang pada aku.. “Makan ayam sedap sampai ke kaki….makan sate sedap sampai ke lidi heheheh”- kataku… Banyak pulak diorang komplen cara aku makan.. err maksud aku cara Nabi makan… Aku tahu tak berguna berdebat ngan mereka lalu aku ubah topik dengan bertanya :
“Tahukah korang kenapa lembu makan rumput dan kambing makan daun?” Abang aku kata sebab tengkuk lembu berat…bla bla bla.. Aku kata : “Salah!!! Lembu makan rumput dan kambing makan daun sebab mereka lapar!!!(tak lawak) ha ha ha!!!”

Aku menyambung : “Penting makan cara Nabi sebab kita hari2 makan, tapi bila tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan kambing makan sajer. Namun bila korang makan macam Nabi saw makan, maka dikira ibadat.. Masa nak makan, niatlah makan kerana perintah Allah, namun kena nafikan makanan yg bagi kenyang.. hakikatnya kenyang datang dari kudrat Allah. “Tiba2 mak aku tercekik tulang ikan.. (bayangkan seorang mak cik sedang tercekik tulang) Kemudian, Mak aku mendapat nasihat secara berperingkat, ada yg sarankan agar makan pisang, minum air dengan cepat, makan nasi kepal dan lain2, tapi masih tak berjaya.. Kesian mak aku…”Huh! Hamka, Takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang tulang tercekik camne?..cakap terer..”(kata abang aku). Aku kata : “Senang sajer… Mak angkat kedua-dua tangan ke atas..”

Mak aku pun buat.. tapi masih tak jadi.. Aku kata: “Lurus mak, tangan mak dua-dua kena lurus… !!!” (bayangkan seorang makcik yg sedang duduk bersila sambil kedua-dua tangan diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa2 nasi, manakala di lengan dan tengkuk di penuhi dengan rantai emas..)

Aku kata : “Sekarang sebut: SUPERMAN RETURN!!!!!! “HA HA HA.. (semua org ketawa)-nasi berhembur-hembur di sana sini. Mak aku juga ketawa.. sehingga tulang yg tercekik itu terkeluar.. Semuanya dari Allah!!! He he he… Selamat mencuba, ni bukan hadith, cuma pengalaman.

p/s : haksss!!! haksss!!! hakssss!!! xleh ler mkn ikan… klu makan ikan jerk kan musti tringat makcik t’cekik tulang nih…!!!!!! ! muahahahahhahaha