Posted by "eS@RLi" in Renungan.
Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah
dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia.
Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke
masjid.
Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam
bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang
lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.
Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.
“Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?”, Imam tersebut bertanya kepada
dirinya. “Ah… syarikat bas ni dah kaya… setakat 20 sen ni.. nak beli
tosei pun tak cukup”, kata Imam tersebut.
Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas
tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas,
tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke
arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut. “Tadi
kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen”, kata Imam tersebut kepada pemandu
bas tersebut.
“Owh… terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je
nilainya”, pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, “Wang
tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur”.
Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, “Sebenarnya saya sengaja
memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu
wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam”.
Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan.
Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, “Astaghfirullah! !!, Ampunkan
daku Ya Allah… Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20
sen!!!.
Sahabat-sahabatku sekalian… Apa yang anda dapat daripada peristiwa di
atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita
terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai
tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam… Sesungguhnya pada diri
Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.
” DUNIA sebagai ALAT
AKHIRAT sebagai MATLAMAT “
Posted by "eS@RLi" in Renungan.
AMARAN dari ALLAH …DIDALAM MULUT BAYI…. - please read!!!.. TRUE STORY
Message: Begini ceritanya…. Sahabat saya tu seorang
guru
di salah sebuah
sekolah di
Malaysia.
Sahabat saya tu mempunyai
seorang
kawan Cina yang sama
mengajar
macam dia.
Kawan Cinanye kata , dia telah
terbaca berita di akhbar Cina
baru-baru ini yang mengatakan ada seorang
bayi
cina baru saja lahir
dalam
keadaan mulutnye seperti berjahit tapi
takdelah
kesan jahit.
Cuma
mulutnye
tertutup rapat.
Jadi doktor bersepakat untuk
membedah bayi Cina
tersebut.
Ketika dalam pembedahan, mulutnye
berjaya
dibedah tapi ada sesuatu yang
amat
memeranjat yang berada di dalam mulut
bayi
tersebut…………..
Nak tahu ape dia???????? Doktor yang
membedah
bayi tersebut telah
menemui
sehelai kertas kecil yang didalam
kandungannye
bertulis dalam tulisan
cina..nak tahu tak ape kandungannye???
Didalam kertas tersebut telah menyebut
dalam
tulisan cina yang
berbunyi “Ingatlah wahai manusia ,
sesungguhnye
Hari Kiamat akan
menjelma
tidak lama lagi”
Maka terperanjat lah doktor cina tersebut
sebab
bayi tersebut memang
sejak
dilahirkan memang mulutnye tertutup.
Jadi
tiada
bukti mengatakan ada
orang
yang meletakkan kertas kecil tersebut.
Jadi
memanglah terbukti bahawa
kuasa
Allah Yang Maha Besar menciptakan bayi
tersebut
sedemikian rupa untuk
memberi maklumat kepada manusia
tentang
ketibaan hari kiamat..
Sesungguhnye Allah Maha Bekuasa untuk
memberikan agar bertaubat.
Jadi
sesungguhnye Allah sebenarnye masih
sayangkan
kita kerana telah memberi
maklumat tersebut…
Adakah anda percaya ?
Dalam keadaan ini , cuba kita renungkan
pada
zaman Rasullulah s.a.
w
Allah
telah memberikan petunjuk kecil tentang
tanda-
tanda hari kiamat sejak
zaman
nabi-nabi dulu lagi.
Contonhye lelaki kawin
sama
lelaki begitulah
sebaliknye.
Dan didalam Al-Qur’an sendiri telah
mengatakan
bahawa tanda-tanda hari
kiamat ialah apabila orang islam! sendiri
yang
membenci islam dan
menentangnye.
Ini telah terbukti pada zaman
sekarang di negara kita.
Jadi secara amnye… sebenarnye hari kiamat
akan
menjelma tidak
lama lagi tapi kita tak tahu bila.
Cuma
rasullullah
ada menyebut hari
kiamat akan datang pada hari Jumaat tapi
tak
tahu
bila………..Tapi
kita
hairan kenapa akhbar melayu tiada berita
ini.
Ini
adalah disebabkan
pemerintah tak mahu akan menjadi kecoh di
negara ini.
Jadi sama-samalah
kita
renungkan bersama sesungguhnye berita
itu
adalah merupakan satu bonus
daripada Allah terhadap manusia agar
bersiap
sedia…..untuk menanti
ketibaan hari kiamat………………..
Seperkara lagi ialah berkenaan salah satu
tanda
kiamat iaitu akan
berlaku
gempabumi di tiga tempat ….timur tengah,
barat
dan timur.
Waktu itu baru Turki dan Taiwan.
Tup..tup..Mexico
di landa gempabumi
yang
dasyhat juga seminggu.
Dan Allahyarham
Ustaz
Taha pernah berkata
sekitar
lima tahun lepas salah satu tanda kiamat
akan
berlaku kekecohan di
Indonesia
dan Turki.
Sama sama
kita renungkan…buktinya jelas makin nyata
dari
hari ke
hari….sabarlah
menanti…..sekian
ini adalah keratan email yang dihantar oleh
seorang rakan kepada saya..
oleh
itu menjadi tanggungjawab saya untuk
edarkan
pada semua.. sekian..
Notis dlm Mulut Bayi (pernah disiarkan di
sebuah
akhbar berbahasa Cina)
“Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun”
(Sabda Rasulullah SAW)
“Nescaya Allah memperbaiki bagimu
amalan-
amalanmu dan mengampuni bagimu
dosa-dosamu.
Dan barangsiapa mentaati
Allah
dan
Rasul-Nya, maka
sesungguhnya
ia telah mendapat kemenangan yang besar.
“
(Surah Al-Ahzab:71)
copy paste aje..
n x der gmbr..
x der dlm surat khabar kiter..
seperti yg t’nyata di ats..
so renung2 kan..
Posted by "eS@RLi" in Renungan.

———-CARA BACAAN BISMILLAH 6———-
1. Bismillaahis samii’il bashiir, alladzii laisa kamits lihii sya-un wahuwa bikulli syai-in ‘alim.
2. Bismillahil khallaqil’aliim, alladzii laisa kamits lihii syai-un wahuwal fattaahul ‘aliim.
3. Bismillaahil ladzii laisa kamitslihi syai-un wahuwal ‘aliimul khabiir.
4. Bismillaahil ladzii laisa kamitslihi syai-un wahuwal ‘aliimul qadiir.
5. Bismillaahil ‘aziizil kariim, alladzii laisa kamits lihii syai-un wahuwal ‘aziizul kariim.
6. Bismillaahil ghafuurir rohiim, alladzii laisa kamits lihii sya-un wahuwal ghafuurir rohiim.
Fallaahu khairun haafizhan wahuwa arhamar rohimiin.
———-ERTINYA———-
1. Dengan nama Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Allah dengan segala sesuatu itu Maha itu Maha Mengetahui.
2. Dengan nama Allah Yang Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Pembuka rahmat lagi Maha Mengetahui.
3. Dengan nama Allah, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Mengetahui lagi Maha Teliti.
4. Dengan nama Allah, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.
5. Dengan nama Allah Yang Maha Bijak sana lagi Maha Pemurah, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Bijaksana lagi Maha Pemurah.
6. Dengan nama Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, maka Allah itu sebaik baik Tuhan yang memelihara dan Dia-lah Maha Rahim”
ni antara khasiatnya
* Makbul segala hajat dan cita-cita.
* Luas rezkinya.
* Jika ditiup kpd perempuan nescaya kasih ia kepada kita.
* Menang dalam peperangan.
* Penerang hati.
* Diajuhkan dari segala penyakit.
* Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.
* Dibaca ditempat yahng suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.
* Dibaca dimalam jumaat 20 kali boleh melihat orang didalam kubur.
* Aman daripada binatang2 buas.
* Air laut menjadi tawar.
* Terlepas daripada terkena bunuh juka dibaca kepada tubuh badan.
* Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman ****, tikus atau burung.
* Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.
* Terselamat dari karam dilaut.
* Jika dibaca pada minyak malam jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.
* Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selam 7 hari nescaya mendengar.
* Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga tiga kali insyaallah lari iblisnya.
* Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.
* Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.
* Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.
* Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.
Posted by "eS@RLi" in Renungan.
Khutbah Nabi Mengenai Dajjal
Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal.
Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal.
Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir
sedangkan kamu adalahumat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi(angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin.
Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya.Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.
“Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Irak. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu
ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.
“Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku.
Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat
sebelum kamu mati.
Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.
“Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka.
Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas.
Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar
Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.
“Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab:
“Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?” Orang Arab itu akan berkata: “Tentu.” Maka syaitan pun datang menyamar seperti
ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu-bapanya berkata adanya: “Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu.”
“Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: “Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula.
Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: “Siapa Tuhanmu?” Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: “Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah.” Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga.”
Kata Rasulullah s.a.w lagi: “Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian
yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.
“Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi. “Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.
Dalam hadis yang lain, “di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu,
Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia
lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur.”
Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda:
”Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai.”
Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda:
“Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu. Itulah yang dikatakan hari pembersihan.
Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi.”
Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan:
“Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: “Mengapa menangis?”
Saya menjawab: “Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya.” Rasulullah s.a.w berkata: “Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat.”
Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Dajjal muncul pada waktu ora! ng tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa.”
Ada yang bertanya: “Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?”
Rasulullah s.a.w menjawab:
“Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu.” Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: “Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?” Katanya sambil
ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.
Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia: “Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?”
Mereka semua menjawab: “Ya, kami ingin.” Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.
Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas’ud dan kemudian membunuh Dajjal itu.”
Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita.
Posted by "eS@RLi" in Renungan.
NAUDZUBILLAH MINDZALIK . .
Salah satu tanda akhir zaman yang akhir-akhir ini cukup menyedot perhatian adalah kehadiran Dajjal. Rasulullah saw bersabda kepada kami, Dajjal akan keluar dari bumi ini dibagian timur bernama Khurasan (Jamiu at Tirmidzi).
Abû Hurayrah meriwayatkan bahwa Nabi saw. bersabda:”Hari Kiamat tidak akan datang hingga 30 Dajal (pendusta) muncul, mereka semua berdusta tentang Allah dan Rasul-Nya. “
Salah satu dari 30 dajal-dajal kecil akan membuka jalan bagi munculnya al-Masîh al-Dajjâl (Dajjal nantinya akan berperang dengan imam mahdi dan di bunuh oleh nabi Isa as). wallahu al’am..
“Dajjal adalah seorang laki-laki yang gemuk, berkulit merah dan berambut keriting…” (HR.Bukhari dan Muslim)
“Diawal kemunculannya, Dajjal berkata, Aku adalah nabi, padahal tidak ada nabi setelahku. Kemudian ia memuji dirinya sambil berkata, Aku adalah Rabb kalian, padahal kalian tidak dapat melihat Rabb kalian sehingga kalian mati (HR.Ibnu Majah)
Sifat2 DAJJAL
1) Dajjal seorang laki yang berpostur pendek, gempal, berambut kribo, berkaki bengkok (agak pengkor).
2) Dajjal memiliki mata yang buta.
3) Dajjal datang dan bersama ada gunung roti dan sungai air.
4) Dajjal memiliki kemampuan berpindah dari satu tempat ke tempat lain dengan cepat dan kecepatannya seperti hujan badai atau secepat awan yang ditiup angin kencang.
5) Dajjal mempunyai pengikut yang sangat banyak, bahkan di akhir zaman nanti banyak manusia yang berangan-angan untuk berjumpa dengan Dajjal.
6) Dajjal akan muncul dengan mengaku sebagai orang bijak/baik, sehingga banyak sekali orang yang tertarik untuk mengikutinya.
7) Dajjal akan muncul dan sebagai nabi.
8] Dajjal akang menggunakan nama Al-Masih.
9) Dajjal akan mengaku sebagai Tuhan.
10) Dajjal akan mendakwahkan agama Allah.
11) Dajjal mampu menghidupkan orang mati dan menyembuhkan orang sakit.
12) Dajjal dapat menurunkan hujan.
13) Dajjal bisa mengeluarkan perbendaharaan (perhiasan dan harta) dari bangunan yang roboh, lalu perbendaharaan itu akan mengikuti ratunya.
14) Dajjal akan membunuh seseorang dan menghidupkannya kembali.
15) Dajjal bisa berpindah raga dan tempat dari satu bentuk ke bentuk lainnya.
16) Dajjal bisa membesarkan tubuhnya.
17) Dajjal biasa keluar masuk pasar dan makanan.
1
Dajjal bisa memerintahkan bumi untuk mengeluarkan tumbuh2an dan air.
19) Dajjal tidak memliki anak.
20) Dajjal memimpin orang yahudi.
21) Dajjal muncul di zaman pertikaian.
Wahai kaum muslimin, apa lagi yang kita tunggu, marilah segera kita kembali kepada Allah dan rasulnya.
“Jika salah seorang diantara kalian telah menyelesaikan bacaan tasyahhud akhirnya, hendaklah ia meminta perlindungan kepada Allah dari empat hal. Hendaknya ia berkata : ‘Ya Allah, aku memohon perlindungan pada Mu dari siksa Neraka Jahannam, adzab kubur, fitnah (cobaan) hidup dan mati serta dari keburukan fitnah Dajjal.”
Posted by "eS@RLi" in Renungan.
|
Sebuah kisah antara saya dan bomoh….sekadar untuk
menguji sejauh mana syaitan dan kesesatan yang
dilakukan oleh mereka-mereka ini….
Saya telah mendengar kisah seorang bomoh yang handal
dalam mengenakan orang lain (dengan sihirnya) seperti
melingkupkan perniagaan orang lain. Bomoh ini amat
terkenal kerana sering berjaya membuatkan perniagaan
orang lain hancur….nauzubill ah…
Saya terpanggil untuk bertemu dan kononnya ingin
sekali melingkupkan perniagaan seseorang. Maka
terjadilah dialog sebegini antara saya dan bomoh
handal tersebut.
saya: Semenjak perniagaan si polan itu dibuka, saya
lihat hampir setiap hari pelanggannya datang malah
kadangkala jumlahnya terlalu ramai…
bomoh itu mendengar dengan teliti sambil
mengangguk-angguk kepala. (aksinya seperti seorang
profesor sedang berfikir dan kelihatan handal)
saya: Rasa sakit hati dengan perniagaan mereka dan
saya ingin tok bomoh lingkupkan perniagaannya agar
pelanggan berlaih pula ke kedai sekitarnya pula.
bomoh tadi berasa hairan lantas bertanya kepada saya.
‘anak ini berniaga kah?’
saya menjawab: tidak. saya hanya…….
mendengar jawapan saya, bomoh tadi makin hairan.
‘biasanya jika orang berniaga sahaja yang datang untuk
melingkupkan perniagaan saingan tetapi anak ini
mahukan orang lain yang mendapat untung padahal anak
ini tidak berniaga sama. Mengapa pula begitu?’
Saya: Saya kasihan dengan perniagaan kedai makanan
lain. sejak si polan ini berniaga, peniaga kecil di
sekitarnya kurang mendapat pelangan. saya mahu si
polan tadi lingkup dan pastinya pelangan yang lain
akan beralih pula kepada kedai-kedai kecil ini.
bomoh tadi mengangguk. wajahnya nampak serius benar.
‘baiklah. kalau anak mahukan pak cik lingkupkan
perniagaan mereka, anak perlu bawa barang-brang ini’
lalu si bomoh menyebutkan peralatannya untuk
mengenakan sihir terhadap si polan tadi.
’sebelum itu, anak kena dapatkan nama pemiliknya, atau
nama kedai sahaja sudah cukup. biar pak cik ajar
cukup-cukup.
saya: ada…nama pemilik saya kurang pasti tetapi nama
kedainya cukup saya ingat…
‘bagus. senang kerja pak cik. apa nama kedai yang anak
hendak kenakan ini?’ tanya bomoh tadi.
saya: er..Mcdonald dan KFC…..
Serta merta wajah bomoh tadi bertukar merah. marahnya
bukan kepalang dengan saya. katanya saya ingin
mempermainkannya tetapi saya menjawab.
‘Saya benar-benar pakcik. saya mahu membantu golongan
perniagaa kecil di luar sana. Kalau boleh tutup
McDonald dan KFC itu, tentu pelangan akan beralih
angin ke kedai lain….(dalam hati saya tertawa besar)
Kemudian tidak perlu saya terangkan lain dan sekadar
saya katakan bomoh ini belum handal dan syaitannya
juga belum mampu melingkupkan perniagaan besar
sebegitu…. moralnya. ..mereka ini hanya bermain silap
mata. ’sesungguhnya syaitan itu tidak berkuasa ke atas
sesiapa….. hanya mengunakan tipu daya sahaja…dan
bagi mereka yang percaya tentang perkara
ini…kembalilah pada Allah dan atur semula perniagaan
yang pernah anda anggap sebagai dikenakan sihir oleh
si polan dan si polan lain. dengan ilmu kita boleh
maju dan dengan ilmu (jika tidak digunakan dengan
betul) kita boleh lingkup juga….atur startegi
perniagaan dan amanah..InsyaAllah anda semua akan
maju..Wallahualam. …maaf andai ada yang tersinggung
dan saya hanya insan kecil yang tidak mampu untuk
melakukan apa-apa kecuali dengan iznNYa…Allahuakba r! |
|
|
Posted by "eS@RLi" in Renungan.








ReNuNg2kAn.. dAn SElAmAt bErAmAl.. ^_^
Posted by "eS@RLi" in Renungan.
Mawi tak akan dapat membela bangsa kita mahu pun mendidik
anak-anak kita menjadi insan yang soleh..dia sendiri pun hanya dapat gred
3 SPM… hanya media yg berjaya menyeret dia untuk meraih rezki yg
kebenyakan ulama mempertikaikan status halalnya… dari seorang yg
kononnya berakhlak dan beragama dia dibentuk menjadi seorang yg bebas dari
belenggu syariat… namun tangan0tangan kotor telah berjaya menyarungkan
jubah konvo yang hanya layak di pakai oleh insan yang cemerlang dalam
pendidikan… tidak hairan para remaja mula berhujah: ” masuk universiti
tak dapat keje..apa ada pada nilai ilmu?..! . Mawi dpt Gred 3 SPM pun
boleh konvo jugak..lebih kaya dari lulusan universiti”… .sukar untuk
menjawabnya.
Nun di sana..ada seorang insan comel..bernama Adi Putra… punya
kecemerlangan dalam bidang Math yg sukar dicapai oleh walau seorang
siswa… beliau dgn petah memberitahu bahawa dia ingin menjadi seorang
Profesor Mathematic Islam, dia sangat taat dalam agama..tekun dalam
mempelajari syariat Allah… namun tiada pihak “media” dan “pemimpin” kita
ambil peduli… bahkan dicari pula kelemahan Adi yg kononnya hanya terer
dlm satu bidang saja..perlu diingat..profesor universiti pun hanya pakar
dalam satu bidang saja… mana ada pakar doktor perubatan dlm masa yg sama
adalah pakar kejuruteraan?… tapi atas keinginan untuk mengenepikan
Adi… berbagai alasan di buat… akhirnya keluarga Adi terpaksa mencari
arah sendiri dalam menentukan masa depan pelajaran dan cita-cita Islam
Adi…
Muncul pula adik Nor Amiira… yg berjaya menghafal 30 juz Al Quran seusia
10 tahun … dia mula membaca dan menghafalnya ketika usia 5 tahun…
dalam satu pertandingan hafazan dia telah mendapat tempat kedua …
peserta semuanya berusia 15 tahun ke atas… cerita itu terus sepi…
“media” dan “pemimpin” kita tidak berminat mempopularkan tokoh2 kecil
ini… tiada juga bantuan yg diberikan…
tetapi perlu diingat: ada insan seperti amalina yang mendapat 17A SPM
telah diberikan penghormatan yg tinggi dan biasiswa untuk belajar di luar
negara ( sekarang dah tak pakai tudung), tak kurang juga Sophia yg duduk
di London tu mendapat juga penghormatan negara..di jaja ceritanya tak
habis-habis di TV kita suatu masa dulu yg sekarang kabarnya dah murtad. Ok
juga media dan pemimpin kita kan?…
Inilah yg perlu kita cari titik perbezaan dan persamaannya… sama-sama
kita renungkan:
Adi dan Amira membawa cita-cita keislaman dan bakal membawa pembaharuan
jika di beri peluang… maka mereka tidak mendapat apa-apa preveilege.
MAWI membawa bangsa kita leka dan nyanyuk maka dia mendapat tempat dan
penghargaan.
Amalina dah jadi bahan jajaan putri UMNO dan dah pun tak pakai tudung
lagi… sama dgn Mawi..maka dia tidak lagi membawa apa-apa mesej Islam…
soa boleh di sokong.
Sophia ( bukan warga kita) mak melayu ayah org asing juga mendapat layanan
dan kemuliaan sebab tiada membawa apa2 mesej ISlam… so mesti di beri
sokongan.
Dengan itu dapatlah kita faham… .bangsa kita ini hanya akan memuliakan
anak-anak kita yang berjaya dalam “hiburan’ dan ” menolak syariat”. Bagi
anak-anak yg bakal menyedarkan Umat ..awas !! anda adalah musuh bangsa dan
negara ini..
apa pandangan anda?…
Posted by "eS@RLi" in Renungan.
Antara syarat yang dikenakan oleh Mustapha Kamal Attaturk (bekas PM Turki)
1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher
dan topi(sesuai dengan kehendak barat).
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri
pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di
Ankara .
4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya
tidak cenderung kepada pakaian moden.”
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan
membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki.
Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh
bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan
terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan
harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang
barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan
gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir
miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada
huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa
apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan di mana tuhan >
tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah
tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar
itu.
Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan
Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau
sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab
yang Allah berikan di dunia.
Antaranya ialah :
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa
gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa
diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantuny a
juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk
menyejukkan beliau.
Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh
kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit
sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan
mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar
beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan
merasa sejuk.
Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938,
beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu
tetapi beliau hilang ingatan.
Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya
meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi,
mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.
Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau
datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan
menyembahyangkannya . Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan
azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak
ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah
tidak menerimanya) .
Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke
dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15
tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam
semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis
ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan
marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa
yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan
bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal
Atartuk!
Posted by "eS@RLi" in Renungan.
Rupa-rupanya ada cerita
kalau kita lewatkan sembahyang
kita yea ……
Jika berpuasa Amalan kita direct terus padaNya
Tapi Jika ber sembahyang Ada posmen pula Untuk hantar
amalan kita padaNya
Kisahnya?….. ..
Setiap kita ada malaikat
Malaikat yang hantar amalan sembahyang kita Pada Ilahi
Untuk sampaikan amalan kita
Ia melalui tol-tol di setiap lapisan langit
Dimana setiap penjaga tol,
Kroni malaikat juga
Jika sembahyang di awal waktu
Tolnya “free”,
Sekatan tol tiada,
Tiada “jem”,
Malaikat terus sampaikan amalan pada Tuhan Untuk
dinilaikan
Tapi
Jika sembahyang di akhir waktu
Tol free juga,
Tapi sekatannya
MasyaAllah?.
Di langit pertama,
Penjaga tol marahkan posmen kita
Kenapa lewat poskan amalan kita
Merayu-rayu posmen malaikat kita
Minta diberi laluan
Tetapi?
penjaga langit pertama
Tidak heran
Dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi
Maka..
Jatuh berderai?
Dikutip semula oleh Malaikat posmen kita
Satu persatu dikutip
Sambil terus merayu untuk ke lapisan langit ke-dua
Dilangit kedua,
Samalah juga,
Bebelan malaikat kerana lewat hantar amalan
Merayu lagi kawan kita
Tak dipedulinya
Lalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi
Jatuh berderai lagi..
Dikutip satu persatu amalan kita
Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Tuhan
Dilangit ketiga,
La?.
Kena basuh lagi malaikat posmen kita
Kenapa lewat hantar amalan tersebut
Tiada kompromi
Terus dibaling amalan kita
Jatuh berderai amalan kita
Tak ade nilai?.
Dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi
Maka..
Tak sampailah amalan kita kepada Allah
Seolah-olah kita tak sembahyang juga
Maka?
Bersedialah kita menerima pembalasannya
Tak di dunia di akhirat pula..
Hilang duit,
Hati risau,
Tender ditolak,
Ujian bertimpa-timpa
Ish?.
Tak berbaloikan kita buat amal
Tapi tak sampai
Dahlah tu
Tak de nilai
Kena azab lagi nanti
Ya Allah…
Ampunkan kami kerana lalai…
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang
Jadikan hati kami Suka sembahyang di awal waktu
Gawat kanlah / Gegar kanlah
hati kami selagi kami tak segerakan
Biarlah kami gawat di dunia
Agar kami tidak gawat lagi Di hari akhirat kelak.
|
| |
|