DiSeBaLiK HaNtArAn~aL-QuRaN
October 19, 2009 at 02:29 p10 | In Renungan | 10 CommentsKepade mreke2 yg nk menghantar dan menerime hantaran..pk2n
“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil..
“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil
Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.
“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.
“ Ala , awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.
“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an..
“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ…
“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.
“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.
“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.
“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.
“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.
“ Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.
“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.
“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.
Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.
Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.
“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.
Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta.. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan.. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.
“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad
“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak… usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.
“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.
Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.
“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.
“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Rad
Surah Ar Ra’d
“Apa benda nih ” detik hati Nabil.
“ Bismillahirrahmaani rrahim..ALL. .MAA… RIII..!! ” berlagu Nabil.
Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.
“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassya itaanirrajim. . Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM… RAA.. ” kedengar suara gemersik Ustaz Sa ’ ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.
Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.
“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa ’ad.
“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..” penutup Ustaz Sa ’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.
Hari semakin cepat berlalu..
Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.
Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.
read dis..
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: ‘When a man dies and his
relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by
his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the
shroud and the chest of the deceased.
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : ‘Bila seseorang lelaki
itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang
betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu
berada di antara kain kapan dan si mati.
Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan
Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya
mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai
ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang
diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah
tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia
dimasukkan ke dalam Syurga.’
Thereafter he turns to his dead companion and says, ‘I am the Qur’an,
which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low
voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will
have no grief.’
Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,’Aku
adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara
yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang.
Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.’
When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from
Al-Mala’ul A’laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.
Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada
Al-Mala’ul A’laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang
dipenuhi bauan kesturi
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: ‘On the Day of Judgement,
before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the
Qur’an, neither a Prophet nor an angel.’
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :’Di hari pengadilan, di
hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran,
mahupun dari nabi atau malaikat.’
Please keep forwarding this ‘Hadith’ to all ….because
Sila sebarkan Hadis ini kepada semua ……kerana
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:
‘Pass on knowledge from me even if it is only one verse’.
‘Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.’
May Allah bestow this favour on all of us.
_._,_.__
ReNuNgAn berKeLuArGa bUaT sEmUa
October 14, 2009 at 02:29 p10 | In Renungan | Leave a CommentBagi yang bujang sesuatu i’tibar
Bagi yang belum / bakal berkeluarga suatu pelajaran
Bagi yang berkeluarga perlu mengajar
Wahai SUAMI renungkanlah
Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah
Tidaklah setaqwa Aisyah
Tidaklah setabah Fatimah
Justeru,
Isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah..
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya
Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya
Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya
Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya
Setika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya
Seandai isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya
Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita, perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t kerana
Memiliki isteri yang tak sehebat mana
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEH.
Amin.
Wahai ISTERI pula renungkanlah
Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad s.a.w.
Tidaklah setaqwa Ibrahim
Tidak setabah Ayyub
Tidak segagah MusaApalagi setampan Yusuf
Justeru
Suamimu hanyalah lelaki akhir zamanyang punya cita-cita membangun keturunan yang soleh
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya
Suami nakhoda kapal, kamu pengemudinya
Suami bagaikan pelakon yang nakal, kamu adalah penonton kenakalannya
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananyaS
ekita suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya
Seandainya suami bengis lagi lancang, sabarlah memperingatkannya
Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t. kerana
Memilik suami yang tak segagah mana..
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga
Bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEHAH
Amin.
Justeru itu wahai SUAMI dan ISTERI
Jangan menuntut terlalu tinggi
Seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya SUAMI dan ISTERI ingatlah:
Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah
Andai diri tidak semulia Rasulullah s.a.w.
Tidak perlu isteri secantik Balqis
Andai diri tidak sehebat Sulaiman
Mengapa mengharapkan suami setampanYusuf
Seandai kasih tak setulus Zulaikha
Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim
Andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.
IsTiKhArAh dAlAm mEmIlIh jOdOh..
October 14, 2009 at 02:29 p10 | In Cinta | 11 CommentsApabila beliau meminta nasihat saya, saya juga menjadi buntu, tetapi saya mencadangkan beliau untuk berikstikharah di tengah malam sunyi.
Pada pagi hari itu, beliau ternanti-nanti petunjuk tuhan, menanti sesuatu untuk berlaku, menanti bisikan suara hati.
“Tak ada apa pun,” kata beliau kepada saya.
“Sabarlah dan buat lagi malam nanti.” Saya menyuruhnya mengulangi istikharahnya.
Di pagi kedua, beliau masih ternanti-nanti. Penantian membawa ke tengahari. Di tengahari beliau masih kebingungan. Kebingungan yang membawa hingga ke petang.
Inisiatif dan kesungguhan beliau memohon petunjuk Ilahi akhirnya mendatangkan ketenangan buat dirinya sendiri. Semua saat-saat memaksa diri untuk melawan kantuk itu berbaloi.
Hanya pada petang itu, barulah kebuntuannya hilang. Beliau mendapat pengakuan daripada jejaka B sendiri, sebenarnya jejaka B sudah berkeluarga.
Ini adalah sebuah kisah kehebatan istikharah..
Wahai pasangan bercinta, kaji selidik lah dahulu jika kamu ada masalah semasa bercinta samada kesalahan sengaja atau tidak sengaja dan kesilapan yang pasangan kamu buat dahulu. Hargailah detik2 manis dan saat kebahagiaan kamu dahulu. Cubalah fahami apa yang berlaku, dengar dengan teliti apa masalah pasangan kamu, dengar penjelasannya. Biarlah salah faham kamu tu diselesaikan. Janganlah buat keputusan terburu untuk berpisah, sanggupkah kamu hadapi perpisahan ini.
Saya telah lalu pengalaman ini, ia amat berat dan menyakiti hati saya. Sebab itulah saya membawa diri ke Mekah untuk mencari ketenangan abadi. Luka di hati saya sukar untuk sembuh. Kekecewaan sesangat.
NOTE: DITERIMA DARI EMAIL
MeNcArI DaMaI Di hAtI..
October 9, 2009 at 02:29 p10 | In My Life | 28 Comments**Sabtu 03.10.2009**
Sehari dua nih tak tahu lah kenapa, hako selalu berada dalam “blues mood”. Sabtu lepas hako lepak dekat “tanjung”. Jarak diantara “tanjung” dengan opis hako teramat lah dekat. Maybe dalam 5 minit dah pon sampai. Cuaca pon agak redup ketika itu. Selalunya hako suka mencari “port” yang ujung-ujung untuk hako bersendirian. Jauh dari manusia… Sunyi dan sepi…
Tapi hari tuh, hako tak lepak lama pon. Coz bila tersedar dari lamunan.. (ceh macam bermimpi di siang hari.. ahahaha) hako lihat kiri dan kanan seolah-olah seperti hako seorang jer manusia yang ada di muka bumi nih. Tak nampak seorang kelibat manusia pon kat situ. Hako tengok jam di tangan baru sejam hako di situ. Namun, oleh kerana tiada seorang pon hamba Allah swt hako pon bergegas bangun, menuju ke kereta, menghidupkan enjin kereta, lalu bergerak pulang ke umah.. (cuak gak kang tah paper plaks yang jadik kan.. Muahaha~)
**Selasa 6.10.2009**
Bekalan elektrik area opis hako terputus pada pukul 2.30pm. (Memang dah dapat notis dah pon dari TNB dimana bekalan elektrik akan terputus daripada pukul 2.00pm-7.00pm. Mungkin untuk kerja-kerja penyelenggaraan). Setelah diberikan kebenaran oleh pegawai atasan. Kitorang dibenarkan pulang. (Opis gelap tak nampak satu benda pon, macamana nak buat kerja.. Lalalala..) Suka giler hako dapat balik awal. Dalam sejarah.. hak3!
Tapi bila dah berada dalam kereta, tengok jam “awal lagi” apa hako nak buat nih?. Dah lah berpuasa hari tuh (ecehhh.. ehemmm) Kang hako balik kang buat aktiviti yang tak berfaedah plaks “tido..tido..dan tido.. uhuk3”. Kadang-kadang hako nih bukannya nak mengikut kata hati. Tapi suka mengikut ke mana kaki melangkah. Giler kan?? Biler dah sampai simpang 4.. Mahu balik terus ke umah atau menyimpang ke kanan lepak kat “tanjung”? Dan akhirnya kaki hako menekan pedal minyak untuk menyimpang.. (dun try it yer anak-anak.. hikss!)
Hari tuh baru lah nampak kelibat-kelibat manusia melepak-lepakkan diri mereka kat situ.. Ada yang bawak cucu.. ada yang berdating.. tak lupa jugak yang kaki pancing.. (aktiviti yang lazimnya boleh dilihat di situ)
Hako “park” kan kereta kat tempat biasa hako melepak. Hari tuh agak panas sket. Merenung lautan terbentang luas.. memberikan kenyaman minda dan fikiran.. ditambah lagi tiupan angin sepoi-sepoi bahasa.. Memandang laut dengan fikiran yang kosong.. Agaknya macam tuh yerk “release tension”? Fikiran kita, jiwa kita.. hati kita.. seolah-olah macam kosong.. tiada roh.. ehehe.. Actually, hako bukan tension sangat pon hari tuh. Sajer pergi untuk melayan “feel” diri sendiri. Ahahahaha..
Nak tahu tak, seperkara? Hurmm.. bila hako dah sensorang kat situ.. mulalah berangan perkara yang indah-indah akan berlaku dalam hidup hako. Contohnya, nak tahu kew? Wahahha.. contohnya.. sedang hako merenung lautan dalam tuh.. kat tetengah laut tuh.. tetiba muncul “Prince charming” hako ker wakakaka.. Hako gurau jer.. Biasanya kalau laut.. “dragon” jerk lah yang akan muncul yerk!! Itu pon kalau kiter masih lagik berada dalam fantasi. Ekekekeek..
Lame jugak hako kat sana. Sampai petang. Kalau tak memikirkan “partime job” hako tuh, maybe sampai senja mau hako berada kat sana. Giler punyer orang~ ;p

NOTE: Wakakakka.. hako gi tgk date bln November la plaks.. bahye tol kalau otak sudah agak mereng nih yerk.. nasib baik der org betolkan otak hako~ wakakakaak!!
OpEn hOuSe
October 5, 2009 at 02:29 p10 | In My Life | 29 CommentsSalam….
Alhamdulillah semalam semuanya berjalan dengan lancar. Actually, semalam hako wat “open house”. Bukan open sangat la pon (hiks) juz makan-makan tengahari jer. Tak plan pon sebenarnya. Sebab hako hanya nak menjemput rakan-rakan di forum jer. Tapi bila fikir-fikir balik, better hako wat sekalik ngan budak-budak kolej hako dulu, budak-budak klinik, opismate lame hako n sahabat handai hako yang lain. Sume-sume lah, sekali masak senang.. (poyo jerk.. hako nih bukan nyer ramai sangat kawan pon.. ehehehe..)
Majlis bermula pada pukul 1 tengahari. Datang lah my 1st tetamu.. Member kolej zaman muder-muder dulu.. Ahahaha.. wif her bopren.. Setahu hako minah nih sokmo jer takder balaks.. tetiba contact dier ri tuh, dier cakap nak memperkenalkan balaks dier.. Okay la orangnya.. good looking jugak.. peramah.. tapi yang tak baper best nyer.. ngan hako-hako sekalik dier dok nyakat.. i nih, dah la gadis “pemalu macam siput” (kuiz dalam facebook yang kata bukan hako kata.. ekeke). Memang sesuai sangat mamat nih ngan kawan baik hako tuh.. Macam pasangan yang sangat-sangat lah sweet.. Dedua suka bergurau..
Then, come my bebudak opis dulu.. Wif him friends.. Lame tak jumpa ngan mamat nih.. Pastuh bebudak klinik.. Then, bebudak forum.. Thanks a lot guys.. sudi datang ke teratak ku.. hikss..
Owhh menu! Luper plaks.. menu-menu nyer adalah nasik impit, nasik ujan panas.. ayam masak merah, rendang ayam, kuah kacang, kuah masalodeh, keropok lekor darik terengganu.. n beberapa lagik juadah sampingan yang lain.. Rugi pulaks rasanya tak snap picture. Tak hingat langsung.. Excited.. berdebar-debar.. ecehh sume ader. Rasa nyer tahun nih lebih meriah dari tahun-tahun yang lepas.. walaupun hako rasa ada kekurangan “sesuatu”. Hurmm.. Bukan hako tak perasan, tapi tak kan hako still nak terhegeh2 lagik. Hako pon punyer ayer muke yang perlu hako jaga. Dah penat rasa nyer mahu terhegeh-hegeh pada “laki-laki” Ohh, mengapa masih terkenang lagik memori yang lampau.. Cukup sampai disini..
Pada guest-guest ku semalam.. Terima kasih sekalik lagik atas kehadiran anda. Sekiranya anda tersesat kew, terlalu kew, terjalan-jalan kew ke Bandar klang.. Tershoping-shoping kew di shoping mall area-area sini.. jemput-jemput lah ke umah.. But make sure ur make a call or temujanji dulu lah.. Maklum lah.. hidup hako nih terlalu bizik ngalahkan menteri.. Keh3~
tAg LaGiK~
October 2, 2009 at 02:29 p10 | In My Life | 13 CommentsTag from Cik Nick N KaK QaSeH n cIk yAtIe… ehehehe
1. Anda rasa anda Hot?
♥ Hot..? hurmm tak kut.. sebab saye dok depan aircond nih.. kui3
2. Upload gambar kesukaan/kesayangan anda…..
♥ ahakss.. nanti-nanti la hako boboh.. mallus~~ ekeke
3. Kenapa anda suka/sayang dengan gambar ini?
♥ ti biler hako dah upload, baru hako dapat menjawab persoalan nih…. kwang3
4. Bila kali terakhir anda tak puasa?
♥ minggu kedua pose ri tuh kut.. tetttttttttt~~
5. Lagu terakhir yang anda dengar?
♥ lagu menatap matamu… best jugak lagu nih.. but i’m not fall in love rite now.. uhuk3
6. Apa yang anda buat sambil selesaikan tag ini?
♥ naip sambil menongkat dagu.. hikss
7. Selain dari nama anda sendiri, anda suka dipanggil dengan nama apa?
♥ emmm…. name esarli.. name esarli budak baik.. name snow.. name snowhite.. name salji puteh.. (kekekeke.. sume tuh nick cyber hako.. ahaks)
8. Tag lagi beberapa orang tanpa rasa kekesalan..
♥ dna
♥ cicak
♥ kantoi
♥ hurmm.. saper lagik yerk..?? saper-saper yang rase dirik nyer rajin menaip tuh.. siler kan.. ehehe
mEnAtAp mAtA Mu~Aril Af7
October 2, 2009 at 02:29 p10 | In Lirik Lagu | 6 CommentsSungguh indahnya hari berlalu
Menunggu kasih tambatan hati
Ingin rasanya selalu berbagi
Bersamanya kala suatu nanti
Andaikan kau jadi milikku
Selaluku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu
Ku ingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Ku ingin dirimu turut merasa
Rasa rindu untuk menatap matamu
Menatap matamu
Bagaikan bintang nun jauh di sana
Terangi malam yang semakin gelap
Jika kau sudi menemaniku
Takkanku lepas walau sedetik pun
Andainya kau jadi milikku
Selaluku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu
Ku ingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Ku ingin dirimu turut merasa
Rasa rindu ‘tuk menatap matamu
Ku ingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Ku ingin dirimu turut merasa
Rasa rindu ‘tuk menatap matamu
Andaikan kau jadi milikku
Selaluku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu
Ku ingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Ku ingin dirimu turut merasa
Rasa rindu ‘tuk menatap matamu
sOlAt iStIkHaRaH~mEnGaPa perLu tUnggU MiMpi?
October 2, 2009 at 02:29 p10 | In Renungan | Leave a Comment
aKu lElAh…
September 30, 2009 at 02:29 p09 | In My Life | 35 CommentsAder sorang mamat nih suke hako. Tapi hako tak suka dia. Hako suka sama orang lain. Orang lain tuh suke hako tapi bila hako cakap pasal komitmen pada orang lain tuh, orang lain tuh seperti bersikap keanak-anakkan. Orang lain tuh tak tahu ker yang hako tengah bersikap serius? Semua yang hako kenal, semuanya macam tuh. Bila hati telah hako berikan, lame kelamaan menjadik suram. Adakah dengan declareration sahaja telah membuktikan mereka yakni kaum adam telah memenangi apa yang mereka hajati sedangkan kami, kaum wanita ini memikirkan step-step yang seterusnya. Kalau lah kamu wahai lelaki memerlukan masa untuk mengukuhkan lagik kewangan kamu, kami kaum wanita akan memberikan suatu tempoh kepada kamu. Kami jugak faham akan tanggungjawab mu yang besar pada masa akan datang. Pinta kami kepada kamu, cuma ingin kamu fahami diri kami ini dimana masa tidak akan menunggu kita kerana tidak kah kamu sedar bahawasanya masa itu amat berharga? Mungkin jua setelah tidak menemui orang yang hako suka, hako akan menamatkan zaman dara ku dengan menerima orang yang menyukai hako seadanya hako. Orang yang tidak pernah sesekali mau mengaku kalah~
bEcInTa!
September 30, 2009 at 02:29 p09 | In My Life | 18 CommentsHako rase macam nak delete ajer sume2 nombor lelaki yang ada dalam handset hako nih! Tak kira lah bekas kekaseh ker, abang opis hako ker, member-member lelaki lama hako ker, abang-abang sepupu hako jer, jiran tetangga lelaki hako ker! Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.. Bengang giler. Boley tak kaum lelaki kat dunia nih jangan muncul-muncul lagik dalam hidop hako! Kecuali my beloved dad and my brother also la. Korang nih poyo ajer kan? Kalau tak bersedia tak perlu la nak tarik perhatian kita. Murah sangat bercakap sayang rindu sume tapi hakikat nyer tak tahu apa maknanya! Meluat! Benci! Nyampah! taw tak?
Blog at WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.