jump to navigation

4 JeNiS WaNiTa lElAkI ElAkKan September 28, 2007

Posted by "eS@RLi" in Cinta.
trackback

Mulut “Power Amp”

Sebenarnya dari perspektif lelaki, wanita yang yang kuat bercakap
atau `talkative’ bukanlah jenis yang leceh, mengganggu, atau pun
tidak. Itu bukanlah soalnya. Ada persepsi atau pendapat yang
mengatakan dalam sehari, wanita menggunakan beribu lebih banyak
perkataan berbanding lelaki. Apa yang ketara ialah ini bergantung
kepada topik apa yang sedang diperkata atau dibincangkan.

Kalau subjek tentang sukan, kebanyakan lelaki akan bercakap lebih
banyak berbanding wanita. Kalau subjek bertukar pula tentang sesuatu
yang feminin seperti berkenaan bayi rakan yang baru dilahirkan,
wanitalah yang selalunya akan bercakap lebih tentang subjek itu.

Kebanyakan wanita `dituduh’ bercakap banyak, atau kuat bercakap bila
dalam keadaan yang sebenarnya, mereka bercakap lebih hanya
disebabkan mereka berbincang tentang sesuatu subjek yang mereka suka
sangat, bukanlah disebabkan `wanita memang bercakap banyak’.

Kebanyakan lelaki pula tidaklah begitu pandai bercakap sesama mereka
seperti wanita bila berbual bersama rakan-rakan. Dalam dunia wanita,
apa yang selalunya berlaku ialah, seorang bercakap, seorang lagi
bercakap, semua boleh bercakap bersama dalam satu masa. “Join”
sahaja dalam perbualan bila mood rasa nak “join”.

Dalam dunia lelaki, cara seperti ini dianggap tidak sopan kerana
pandangan lelaki tentang perbualan adalah sama seperti `berhujah’.
Dalam kata lain, bila yang seorang sedang bercakap, itu “turn” dia
untuk bercakap dan tidak sepatutnya diganggu atau `disampuk’
sehinggalah dia habis bercakap. Mungkin bunyi macam `lebih’ jer,
tapi yang pastinya lebih kurang macam tu la kebenarannya.

Oleh itu, bila seorang lelaki sedang menjawab soalan yang ditanya
oleh seorang wanita, tiba-tiba wanita itu mula menyampuk
mengutarakan pandangannya selama 10 minit yang seterusnya, lelaki
itu selalunya akan terus diam begitu sahaja.

TIP: Lelaki bukanlah berbeza sangat dengan wanita dalam hal
ini.Bercakap banyak dalam perbualan sebenarnya lebih kepada “circle”
yang sedang kita bersama. Cuma apabila anda bersama lelaki, cuba
jangan mendominasi sesuatu perbualan itu sehingga anda tahu topik
itu adalah kesukaannya.

Permaisuri Kerjaya

Dikatakan lelaki `berasa terancam’ dengan wanita yang berjaya. Ada
juga kebenarannya di sini yang menjadikan ia lebih menarik untuk
kita perhatikan. Ramai juga wanita profesional, berjaya dalam
perniagaan, berjaya dalam kerjaya, menyatakan, “Saya ada pendapatan
yang kukuh, memiliki rumah sendiri, dan juga hidup yang gembira.
Saya tak perlukan lelaki untuk membuatkan saya gembira dan bahagia.”
Jawapan saya, “Kalau macam tu tidak ada sebab untuk mana-mana lelaki
pun ingin bersama dengan wanita seperti ini!.” Kenapa? Sebabnya
ialah lelaki akan merasakan apakah perkara yang boleh dia sumbangkan
dalam hidup wanita tersebut sekiranya dia berasa cukup segalanya?

Betul, lelaki tidak mahu wanita yang 100% bergantung kepadanya,
tetapi adalah satu perkara yang amat mengharukan buat lelaki bila
merasakan wanita yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi
membenarkan dirinya untuk bergantung kepada lelaki, yang pasti
kelihatan wanita itu tidaklah sama sekali langsung tidak memerlukan
lelaki dalam hidupnya.

TIP: Kebanyakan lelaki ingin menjadi tumpuan utama dalam hidup
pasangannya, dan tidak mahu tumpuan wanita itu terhadap kerjayanya
melebihi tumpuan terhadapnya.

Pembenci Lelaki.

Wanita jenis ini berbeza berbanding wanita di dalam kategori lain
dari satu segi. Kebanyakan lelaki akan memberikan wanita kategori
ini lebih peluang dan cuba untuk memenangi hatinya, hanya disebabkan
wanita ini dilihat sebagai satu cabaran.

Disebabkan kekuatannya( kemarahan) , kebanyakan lelaki tidak mahu
sebuah perhubungan yang mempunyai komitmen bersamanya(apatah lagi
berkahwin), tetapi mereka begitu teruja dengan sikap wanita ini dan
melihatnya sebagai cabaran, berusaha untuk mendapatkannya hanya
sebagai “trophy”. Apatah lagi jika sikap dan kehidupan sosial wanita
ini sentiasa membuka peluang kepadanya untuk bertemu lelaki
jenis “buaya” dan berbahaya.

Wanita seperti ini mempunyai sifat persaingan seperti seorang lelaki
dan sensitiviti seorang wanita. Dia mampu berubah dari seorang yang
begitu menarik dan memikat kepada seorang yang sebaliknya
atau “emotionally distant” dalam sekelip mata.

Dalam kata lain, dia menggunakan kebenciannya terhadap lelaki
sebagai perisai untuk mengelakkannya dari terluka….sekali lagi.

TIP: Wanita seperti ini begitu berjaga-jaga supaya dirinya tidak
terluka lagi. Di dalam perhubungan, bila dia menyerahkan hatinya
kepada lelaki, mereka selalunya membenarkan perhubungan tersebut
bergerak dengan terlalu pantas, dan akhirnya akan memeranjatkan,
melemaskan, dan juga manakutkan kebanyakan lelaki.

Perkara yang paling penting wanita ini perlu pelajari ialah
bagaimana untuk secara p-e-r-l-a-h- a-n membenarkan lelaki mencuri
hatinya.

Gadis Kecil Yang Terdesak

Wanita jenis ini ialah mimpi ngeri hampir semua lelaki. Wanita jenis
ini selalu merungut dan kerap menyatakan dengan jelas betapa dia
seolah-olah terdesak untuk berkahwin. Apa yang menakutkan lelaki
tentang wanita jenis ini ialah lelaki selalunya tidak dapat mengenal
pasti sikapnya sehinggalah berada bersama di dalam sebuah
perhubungan.

Pada mulanya, wanita ini kelihatan amat berdikari dan yakin pada
diri sendiri. Walau bagaimanapun, bila dia berada dalam sesuatu
perhubungan dan berasa selamat, sifat `keinginannya yang mendesak’
mula dimanifestasikan.

TIP: Ironiknya, wanita seperti ini kadangkala sebenarnya melakukan
sesuatu yang baik dalam membolehkan lelaki melihat sesetengah
sifatnya dengan cepat pada awal perhubungan, yang mana itu adalah
juga merupakan ciri keterbukaan yang lelaki inginkan. Namun
demikian, terlalu awal secara jelas menampakkan keinginan supaya
lelaki mengisi segala kekosongan dalam hatinya sehingga seolah-olah
mendesak lelaki berkahwin sedangkan perhubungan berada pada
peringkat yang terlalu awal akan menakutkan lelaki.

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: