jump to navigation

“kEnAlI HaTi, CiNtA LeLaKi” September 28, 2007

Posted by "eS@RLi" in Cinta.
trackback

BENARKAH sukar mengenali hati lelaki? Menelah dan menggauli hati budi mereka sebenarnya tidak semudah yang disangka.
Berikut diperturunkan 14 perkara yang bersangkutan dengan golongan Adam supaya anda lebih peka mengenai beberapa perkara mengenali mereka.
Jika ia sesuai dijadikan panduan, terimalah ia dengan hati terbuka. Jika sebaliknya, anggaplah ia sebagai pengisi bahan bacaan anda di masa terluang.

1. Jika anda bertanya lelaki: “Adakah anda cintakan saya?” selepas setahun perhubungan, mereka akan menjawab “Ya, saya cintakan awak”.
Tetapi hakikatnya, mereka masih ada beberapa jawapan lain untuk soalan itu seperti A. “Ya, rasa-rasanyalah” B. “Mestikah saya berkata begitu supaya anda rasa senang hati?” C. “Bergantunglah apa maksud cinta pada pandangan awak” D. “Penting sangatkah?” dan E. “Siapa, saya?”

2. Anda tidak perlu meminta pendapat jujur mengenai diri anda dan anda tidak payah minta dia memberi pujian anda kekasihnya atau gadis paling menarik di dunia ini. Ini kerana apabila terlihat perempuan cantik di hadapannya, dia mungkin merenung hingga terbeliak biji mata.

3. Ada sesetengah lelaki tidak suka aturan hidupnya dirancang kerana baginya, biarlah takdir yang menentukan. Keadaan jadi lebih teruk jika pasangan cuba merancang segala tindakannya. Jika lelaki pilihan anda tidak gemar kehidupannya ditentukan, kaji dulu tabiatnya sebelum anda mengutarakan sebarang cadangan.

4. Lelaki tidak suka dipaksa atau diubah.

5. Lelaki yang gemar merokok pasti mendapatkan habuannya sebatang dua setiap kali selepas makan.

6. Setiap kali anda marah atau naik angin dengan si dia, dalam fikirannya lebih cenderung memikirkan: “Oh, dia ini pasti datang bulan.” sedangkan lelaki tidak sedar dirinya dimarahi kerana perangai atau tingkah lakunya sendiri yang menyakitkan hati.

7. Lelaki tidak berapa suka membincangkan isu pertengkaran dengan pasangannya. Jika dia mahu duduk berbincang, ia hanya sebentar dan dengan segera mahu menutup perbincangan. Beberapa hari berikutnya, dia akan buat-buat lupa.

8. Ada tiga perkara yang boleh membuat lelaki tertekan iaitu duit, kuasa dan seks.

9. Jangan buat lawak bodoh mengenai lelaki di hadapan kawan atau keluarganya. Ada lelaki cepat tersinggung dan menganggap ia satu penghinaan besar malah mungkin satu percubaan mensabotaj nama baiknya.

10. Lelaki cuma suka lafazkan ‘I love you’ pada peringkat awal perhubungan. Apabila perhubungan sudah menjadi semakin intim lelaki lupa untuk mengucapkannya semula sehingga wanita yang terpaksa memberi 10,000 jenis isyarat supaya dia tidak lupa dia masih dan perlu mencintai si wanita.

11. Lelaki suka jika pasangannya bergaya cantik, popular dan menarik perhatian waktu berjalan bersama. Tetapi jika ada lelaki lain yang tertarik dengan teman wanitanya, dia akan menyalahkan wanita dulu kerana katanya “Awak yang kuat melayan”.

12. Jangan kritik muzik, kereta, pasukan bola, motosikal, topi keledar atau apa saja yang menjadi kegemaran mereka.

13. Jangan kritik cara mereka berpakaian, menyapu gel rambut atau menyikat rambut.

14. Lelaki tidak suka diberikan tekanan pada fasa awal perhubungan. Jika dia melarikan diri apabila terserempak dengan keluarga atau sahabat handai anda, maafkanlah dia kerana dia sebenarnya masih belum yakin sepenuhnya.

Comments»

1. ridha - October 30, 2008

huhuhu…akan aku cuba uk untuk mematuhi segala yang di atas

2. "eS@RLi" - November 3, 2008

cUbA ElAk BeRpAdA2 AjEr.. NaMe pOn lElAkI.. ;p

3. eina - November 14, 2009

errrrmmmm,,yer ker??mcm laki nie x sudi jer berkongsi kasih,,,

4. "E!n@" - November 14, 2009

erm,,rasa2 nyer laki nie mcm main2 jer…ade ker alasan yg lebih munasabah hah??pelik betul dgn perangai die org …x msk dek akal…betul ckp org kat atas nama jugak lelaki,,,cm tue la,,,jeniz laki yg main kan persaan perempuan,,keeeeejjjjjaaaaammmm sngt2

5. "eS@RLi" - November 16, 2009

bAnYaK OrG ByK RaGaM..
kEnA LaH BiJaK MeNiLaI.. bOpReN/hUsBaNd AnDa OrG Yg cAmAnA..🙂

6. DNA - November 18, 2009

untuk pengetahuan Snow la, lelaki ni tak kan tunjukkan perangai sepenuhnya pada pasangannya sebelum berkahwin. kalau la ada yang ngaku dah faham sangat perangai boiprennya, itu semuanya bohong.
.
alam rumahtanga la satu alam yang membolehkan kita faham 100% tentang pasangan kita.
ini tak bermakna DNA tujukan pada lelaki sahaja, tapi untuk perempuan juga.

sata - November 19, 2009

bkn 100% DNA..
90 – 99% kot…
perlu ada sikit rahsia antara dia..(aisyeh)..
terutamanya rahsia bsr yg mungkin mengancam…
keamanan dunia..(perhubungan)….

p/s: iklan dibawakan khas oeh TM…

DNA - November 19, 2009

betul-betul😉

"eS@RLi" - November 19, 2009

HeP MaNeR BoLeY ReHsIa..
SeBeSaR zArAh pOn kEnA KoNgCi2 ArRr..🙂

"eS@RLi" - November 19, 2009

yG NiH sEtUjU..
i tRy mY BeSt.. CoMiNg sooN.. EkEkEkEe..

DNA - November 19, 2009

isnya’Allah!

"eS@RLi" - November 19, 2009

insyaAllah..🙂

7. Norhalifah bte mohamad - January 2, 2010

Apa ek boring


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: