jump to navigation

SuPeRmAn rEtUrN!! bAcE JgN X BaCe.. :p September 28, 2007

Posted by "eS@RLi" in Lucu.
trackback

Pagi ni saya tergelak sorang sorang depan pc sbb baca petua ni.. Right-click here to download pictures. To help protect your privacy, Outlook prevented automatic download of this picture from the Internet.———— —— ———— ——— —
Aku datang dari keluarga yg besar… 16 adik beradik, bila sesekali berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis makan besar-besar dan best-best!!!Dalam ramai2 adik beradik, bukan semua yg suka stail aku, apabila aku bawa gaya hidup ” gaya pulang ke pangkal jalan'”… maka adalah yg tak kena sana sini… oh..

Masa makan, aku pun duduk lah cara Nabi..(rujuk ustaz). Lalu ada yg sound:
“Apahal duduk macam nak berlari ajer….”
“Tak baik lutut tinggi pada makanan..” “Ni duduk ke nak berak nie..?”  Oleh sebab aku lelaki beriman, maka aku buat muka seposen… Aku pun basuh tangan. Nota untuk mua’alaf : Sebelum makan sunnah Nabi adalah basuh kedua2 tangan dan berkumur, insyaAllah jika korang amal nie, sebelum korang mati Allah akan mempermudahkan segala urusan hutang piutang korang. – Hutang kereta/rumah/ kahwin/ study/along bla bla bla!!!Sambung balik, aku pun berpikir… ada baiknya juga Nabi tak makan pakai sudu @ garfu. Kalau Nabi makan pakai sudu, susah pulak org miskin macam aku nak ikut sunnah Nabi. Nak pakai sudu material apa? Stainless steel ke inconnel 601? Nak pakai colour camne? Matelic ke cooper? Kan susah tu!!! Tu belum lagi jika Nabi makan pakai kerusi dan meja.. bentuk bulat ke bentuk heksagon?, Oktagon?, Nanagon? Nak kena pergi kedai perabot buat ansuran mudah! Jimat ! Hanya RM 1 dan tunggu 30 hari, kunjungilah kedai perabot terbesar di Malaysia, bla bla bla!!! Oh…Lepas tu makanlah, dengan tiga jari (sunnah Nabi) kemudian, ada pulak suara2 yg sound: “Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari?”

Aku kata : “Huh, anak cina makan dengan dua kayu elok2 habis nasi satu pinggan!!!” Tapi oleh kerana aku sorang jer yg makan dengan tiga jari, org lain makan dengan lima jari, maka aku lihat kadar flow of suapan dan kadar quantity of lauk-pauk diorang lebih laju dan maju, maka aku menukar jariku dari 3 kepada 5… Oh.. tepuk dada tanya iman.. Kemudian aku minum dari tangan kanan yg tidak berbasuh… Diorang tegur : “Essh.. pengotor betullah”.

Aku kata : “Apa pulak kotor, aku makan nasi, bukan tahik!!!” (tapi aku kata dalam hati sebab aku lelaki beriman). “Nie, apahal jilat2 jari nie? Lucah betul!!”- tanya diorang pada aku.. “Makan ayam sedap sampai ke kaki….makan sate sedap sampai ke lidi heheheh”- kataku… Banyak pulak diorang komplen cara aku makan.. err maksud aku cara Nabi makan… Aku tahu tak berguna berdebat ngan mereka lalu aku ubah topik dengan bertanya :
“Tahukah korang kenapa lembu makan rumput dan kambing makan daun?” Abang aku kata sebab tengkuk lembu berat…bla bla bla.. Aku kata : “Salah!!! Lembu makan rumput dan kambing makan daun sebab mereka lapar!!!(tak lawak) ha ha ha!!!”

Aku menyambung : “Penting makan cara Nabi sebab kita hari2 makan, tapi bila tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan kambing makan sajer. Namun bila korang makan macam Nabi saw makan, maka dikira ibadat.. Masa nak makan, niatlah makan kerana perintah Allah, namun kena nafikan makanan yg bagi kenyang.. hakikatnya kenyang datang dari kudrat Allah. “Tiba2 mak aku tercekik tulang ikan.. (bayangkan seorang mak cik sedang tercekik tulang) Kemudian, Mak aku mendapat nasihat secara berperingkat, ada yg sarankan agar makan pisang, minum air dengan cepat, makan nasi kepal dan lain2, tapi masih tak berjaya.. Kesian mak aku…”Huh! Hamka, Takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang tulang tercekik camne?..cakap terer..”(kata abang aku). Aku kata : “Senang sajer… Mak angkat kedua-dua tangan ke atas..”

Mak aku pun buat.. tapi masih tak jadi.. Aku kata: “Lurus mak, tangan mak dua-dua kena lurus… !!!” (bayangkan seorang makcik yg sedang duduk bersila sambil kedua-dua tangan diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa2 nasi, manakala di lengan dan tengkuk di penuhi dengan rantai emas..)

Aku kata : “Sekarang sebut: SUPERMAN RETURN!!!!!! “HA HA HA.. (semua org ketawa)-nasi berhembur-hembur di sana sini. Mak aku juga ketawa.. sehingga tulang yg tercekik itu terkeluar.. Semuanya dari Allah!!! He he he… Selamat mencuba, ni bukan hadith, cuma pengalaman.

p/s : haksss!!! haksss!!! hakssss!!! xleh ler mkn ikan… klu makan ikan jerk kan musti tringat makcik t’cekik tulang nih…!!!!!! ! muahahahahhahaha  


Comments»

1. citamok - April 7, 2008

klakar r awak ni.
dah saya gelak sorang2.
emmmm…skang sy antara peminat blog awak. menarik!
teruskan…..

p/s: ada gak yg saya cilok untuk blog saya. bleh ea? hehehehe…

2. "eS@RLi" - April 8, 2008

HyE CiTaMoK..
WaKaKaKAAA.. AcTuAlLy tUh bUkAn cItEr dR EsArLi dAaa..
EsArLi cOpY PaStE JeRk.. hEhEhEEE.. PeAcE..

3. syuhada - May 19, 2008

hahaha lawak gler citer ni!!!rse nk terkeluar ank tekak.. best r blog ni truskn usaha ek..😀


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: