jump to navigation

tEoRi cInTa October 5, 2007

Posted by "eS@RLi" in Cinta.
trackback

Bayangkan yang pada suatu hari, kita bangun dari tidur dan mendapati katil yang kita baring semalam dah tak ada.

Bilik yang kita berada semalam juga sudah tak ada. Semua benda yang boleh kita lihat dan kita rasa pun dah tak ada.

Bayangkan kita sekarang bangun dari tidur dan mendapati yang kita kini berada di dalam sebuah tempat yang tiada apa-apa. Tiada apa yang boleh kita lihat dan rasa walau secebis cahaya sekalipun dan sejasad zarah. Perkataan fizikal tidak wujud langsung dalam tempat itu. Hambar, kosong, tandus, suram, kaku, gelap dan hampagas (vacuum).

Apa perasaan kita ketika itu?

Sekarang, bayangkan dari suatu arah tiba-tiba kita nampak katil yang kita baring semalam. Kita hanya boleh nampak tetapi kita tak tahu macam mana nak pergi ke katil tersebut. Kita berusaha? dan berusaha? dan terus berusaha tetapi masih juga tak dapat nak sampai ke katil itu. Akhirnya katil itu terus pergi dan hilang dari pandangan.

Adakah kita yang semakin hanyut dan menjauhi katil itu atau sebenarnya katil itu yang bergerak meninggalkan kita jauh-jauh dan semakin jauh atau masing-masing menjauhi diri antara satu sama lain. Dapatkah kita tahu?

Sebenarnya kita tak akan dapat tahu samada katil itu yang hayut menjauhi atau kita yang meninggalkan katil itu jauh; kita tak akan tahu. Apa yang kita tahu sekarang ialah katil itu dan kita dah semakin menjauh. Tak kisahlah siapa pun yang mula-mula menjauhi siapa. Yang pastinya masing-masing sudah menjauhi dari diri masing-masing; itu yang pastinya. Isaac Newton mengatakan itu dalam teori gravitinya.

Dan pada aku teori itu padan dengan kisah cinta dan kita. Cinta itu umpama graviti yang membuatkan kita terus kekal berada pada kewarasan. Tanpa cinta hidup jadi macam tak ada apa-apa makna. Berdiri dalam ruang gelap yang kosong sekosong-kosongnya. Jika ada pun objek yang berada disekeliling, kita tak mungkin tahu atau tahu bagaimana untuk mendekati atau menjauhi; bagaimana untuk merasai dan bagaimana pula untuk mencapainya kerana tanpa cinta, tarikan antara dua insan tak mungkin berlaku dan tarikan pen’dekat‘an atau pen’jauh‘an juga tak mungkin akan terjadi. Begitulah peliknya mengenai cinta.

Memetik kata-kata oleh seorang ahli matematik Perancis, Blaise Pascal: “The heart has its reason whereof reason knows nothing.” Tetapi kita mahukan alasan untuk menerangkan perasaan, terutama sekali mengenai cinta.

Apa yang aku nak tulis nanti mungkin satu alasan untuk memahami cinta tapi bukanlah satu definasi tepat bagaimana cinta harus diterjemahkan kerana pada aku cinta tidak mungkin boleh diterjemahkan, hanya digambarkan.

Bulan lepas aku menziarahi mak saudara aku di Shah Alam. Di rumahnya ada Astro. Aku mengelongsori saluran-saluran yang dilangganinya sehinggalah aku berhenti di saluran National Geographic. Dokumentari hari itu mengenai seorang ahli saintis paling terkenal di dunia, Albert Einstein dengan kisah teori relativitinya.

Teori relativiti menyatakan: “Matter and energy are relative and light are constant.” Dia menerangkan: Jika sebuah kenderaan bergerak pada kelajuan 50 km/j ke satu arah, manakala sebuah kenderaan lagi bergerak pada kelajuan 30 km/j ke arah sama, kedua-dua kenderaan sebenarnya bergerak dalam kelajuan hanya 20 km/j lebih laju dan lebih perlahan antara satu sama lain. Dan jika kita menyuluhkan cahaya ke arah kedua-dua kenderaan tersebut, cahaya akan sampai kepada mereka dengan kelajuan yang sama dan tetap dan dalam masa yang juga sama tanpa mengambil kira jarak dan kelajuan kenderaan itu berada sekarang.

Apa yang aku nak cuba katakan, cinta dan cahaya sebenarnya berkongsi sifat yang serupa dan kita seperti matter and energy adalah relative. Andai teori Einstein itu diambil sebagai rujukan, kita akan mendapati persamaan antara cinta dan cahaya dan diri kita sendiri.

Cahaya bergerak pada kelajuan yang sama dan tetap ke semua arah. Tak kira di mana ia dipancarkan, sifat cahaya sentiasa akan memenuhi ruang dan terus bergerak. Dan cahaya juga akan sentiasa sampai kepada sesuatu dalam masa yang sama tanpa mengambil kira jarak sesuatu itu berada.

Begitu jugalah dengan cinta. Cinta bersifat memenuhi ruang dan terus bergerak tanpa boleh disekat atau dikurangkan. Seperti, jika kita sedang menyintai kekasih kita, dalam masa yang sama kita juga sedang menyintai ibu bapa, binatang peliharaan, kawan-kawan dan juga kepada Tuhan. Segalanya dalam masa yang sama tanpa mengira di mana orang yang kita sedang cintai itu berada.

Jadi, jika ada orang yang datang kepada kamu dan berkata, “Kita hanya boleh menyintai satu-satu orang dalam satu-satu masa” maka katakan saja apa yang aku katakan tadi berdasarkan teori relativiti.

Cahaya tidak boleh disekat atau dikurangkan. Al-Khawarismy berkata: “Tenaga tidak boleh dimusnahkan tetapi boleh diubah.” Begitu juga dengan cahaya. Cahaya tidak dapat disekat kerana sifat cahaya yang sentiasa ingin bergerak. Cahaya samada akan dipantulkan semula ke arah yang berlainan atau ia akan diserap dan kemudian memberi satu sumber tenaga baru kepada objek yang menyerapnya.

Bukankah cinta juga begitu?

Kita menyintai seseorang tetapi orang yang kita cintai tidak membalas cinta kita, ini bukan bermakna cinta kita akan terhenti bergerak selepas cinta kita tidak berbalas, tapi sebenarnya orang itu akan memantulkan semula cinta kita kepada orang lain yang berada disekelilingnya dan ia akan terus bergerak sehingga cinta kita sampai kepada seseorang yang sudi untuk menyerap cinta kita. Dan bila cinta itu diserap oleh orang yang sudi menyerapnya, ia akan memberi satu kuasa baru kepada orang tersebut. Sebagaimana cahaya matahari diserap oleh kulit untuk menghasilkan vitamin D kepada tubuh kita.

Kepada mereka yang putus cinta, cinta sebenarnya tidak pernah putus cuma dipantulkan semula oleh orang yang kita harap akan menyerap cinta kita. Masa saja yang akan menentukan bila dan siapakah yang akan sudi menyerap kuasa cinta kita untuk dijadikan sebagai sumber tenaga bagi dirinya untuk memancarkan semula cinta kita kepada diri kita. Bukankah cinta sentiasa mengenai memberi dan bukan sekadar menerima sahaja.

Comments»

1. eko - October 8, 2007

Bagaimana dengan cinta yang terbit karena nafsu?

2. "eS@RLi" - October 8, 2007

cInTa yG TeRbIt kErAnA NaFsU..?? dAh tErAnG2 LaH, iTu bKn cInTa tP SeMaTa2 UtK MeMeNuHi nAfSu.. cInTa nEh kItEr mJaGa pAsAnGaN M’hOrMaTi pAsAnGaN MeMeLiHaRa pAsAnGaN.. bKn uTk mErOsAkKaN Or mEmUsNaHkAn.. jUz rEmEmBeR.. ” lElAkI Yg bAiK D JaDiKaN UtK PeReMpUaN Yg bAiK n pErEmPuAn yG BaIk d jAdIkAn uTk lElAkI Yg bAiK”πŸ˜‰

3. koko - October 9, 2007

Bukankah nafsu tu menjana kehidupan? Kalau bukan kerana nafsu, makan pun kita tak nak, pergi kerja pun tak nak, hatta sembahyang sekali pun kita tak nak.. Jadi cinta nih ape sebenarnye? Keperluan? Hakikat hidup? atau Kemahuan?

4. "eS@RLi" - October 10, 2007

NaFsU CaMaNa aWk cKp?? SuSaH La nK DeScRiBe cInTa nEh cAmAnA.. sAyE PoN TgH M’CaRi cInTa sAyE..πŸ˜‰ eHeHeE

5. client - October 10, 2007

Cinta ni satu perasaan yang sukar digambarkan, ia mampu membuat orang bercinta berasa sangat bahagia dan dia juga mampu membuat orang yang gagah perkasa menangis.Cinta bukan nafsu kerana nafsu mampu dihilangkan.Contoh nafsu makan,apabila kita makan maka ia akan hilang.Tetapi tidak bagi cinta, selagi kita mencintai,maka kita akan terus mencintai tanpa batasan.

6. "eS@RLi" - October 10, 2007

Tp bIlEr dIeR MeNiNgGaLkAn….. sAkIt wOoOoOooO..😦

7. koko - October 12, 2007

Jadi cinta itu rasa?

8. koko - October 12, 2007

Anyhow, selamat hari raya..maaf zahir dan batin.. πŸ™‚

9. "eS@RLi" - October 22, 2007

slAmAt hArI RaYa jUgAk wAt aWk kOkO.. sAlAm aIdIlFiTrI mAaF ZaHiR BaTiN..

10. koko - November 1, 2007

Betul jugak apa yg dicakapkan oleh en/cik client.. Nafsu buleh ditundukkan, tapi mcm mana pulak kalau rasa cinta itu pudar?

11. "eS@RLi" - November 2, 2007

CiNtA ItU PuDaR?? ErMmM MaKnE NyEr PrAsaAn cInTa iTu mUlE iLaNg eHh?? mUlE X M’CiNtAi lAgIk… hAdUi PeNiN BiLeR CkP PaSaL CInTa2 nEh… pAs kAt cLiEnT La tLg jWB kAn eHeHeEee.. cUmE 1 jErK La sAyE Nk pEsAn eRk.. bIlEr AwK X BsEdIa uTk bCiNtA JgN SeSeKaLi B’CiNtA… CoZ KeSaN NyEr aKn bBeKaS SaMpAi bIlEr2..😦 sLaGi kEdUa2 pIhAk p’cAyA N mEnGiNgInKaN CiNtA.. SlAgI TuH JuGe cInTa aKn wUjUd.. n bIlEr sAlAh sOrG M’kHiAnAtI NyEr.. uTk oRg Yg fRuSt tUh nK TrImA CiNtA kEmBaLi MmG PaYaH.. MAyB MeNgAmBiL MaSe yG LaMe.. “HiDuP X SlAlU nYeR InDaH, Tp yG iNdAh tUh TeTaP IdUp dLm kEnAnGaN”..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: