jump to navigation

BiCaRa sOaL CiNtA November 4, 2007

Posted by "eS@RLi" in Cinta.
trackback

1. CINTA PERTAMA

Kadang-kadang ianya boleh berubah seiring dengan waktu. Jadi, pandai-pandailah bagaimana kita hendak merawatnya supaya cinta pertama tetap segar… First love never dies…Yang pertama belum tentu yang terbaik… tetapi yang terakhir biasanya adalah yang terbaik..

2. CINTA PEMBIMBING

Hmm… yang ini pula biasanya dialami oleh sebahagian besar wanita. Kebanyakan daripada kita ingin mendapatkan pasangan yang boleh memberi pengetahuan tentang segalanya. Pasangan yang juga boleh menjadi ‘guru’, seseorang yang boleh kita jadikan idola dan yang dapat menolong mengembangkan bakat atau kemampuan diri kita.

3. CINTA MENGGODA

Seseorang yang terlalu mencintai kekasihnya, walaupun telah ditinggalkan pergi, tetap yakin bahawa si dia tetap akan kembali kepadanya. Cinta jenis ni memerlukan ‘kepakaran’ untuk ‘menawan’ kembali kekasihnya yang telah pergi; dengan sedaya-upaya serta kemampuannya diri.

4. CINTA BERBEZA STATUS

Hal ini tidak jadi masalah andainya kedua-dua belah pihak aman bahagia. Tapi perbezaan status sosial yang terlalu jauh kadangkala boleh membuatkan salah satu pihak akan merana… Bila ikatan emosi di antara keduanya kurang kuat, berbagai dugaan mendatang akan menjadi halangan terbesar untuk perhubungan itu berterusan. Ini macam kisah cinta Kassim Selamat si peniup saksofon dengan Sabariah anak Nyonya Mansor tu la…

5. CINTA 3 SEGI

Tak kurang juga ada wanita yang tertarik kepada lelaki yang sudah ‘terikat’ atau sebaliknya ada juga wanita yang gemar bermain-main cinta, walaupun sudah terikat. Dalam hal ini, ‘terikat’ itu telah menimbulkan cabaran dan dugaan yang cukup sukar hendak ditepis. Kadang-kala, orang lain pula menjadi mangsa, menahan getaran seksanya perasaan kerana kesalahan pasangannya yang curang.

6. CINTA SI PENYELAMAT

Ini kisah cinta apabila kita selalu menolong si dia setiap waktu, setiap masa. Si dia menganggap bantuan kita ikhlas, sedangkan kita pula menunggu balasannya. Jadi, berikanlah cinta yg tulus kepadanya, jangan mengharapkan balasan semata-mata. Think positive ya!

7. CINTA DAN USAHA

Cinta itu perlukan usaha juga. Mana boleh kita duduk dalam rumah, menunggu saja orang masuk meminang. Usaha kena ada juga. Oleh itu… berusahalah kita untuk mendapatkan cinta yang kita inginkan…

Apa yang pasti… Cinta yang Agung itulah yg kekal abadi… Kasih manusia sering bermusim… Sayang manusia tiada abadi… Kasih Tuhan tiada bertepi.. Sayang Tuhan janjiNya pasti…Renung-renungkanlah… mana satu kisah cinta kita antara yang tujuh ini?

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: