jump to navigation

KeIsTiMeWaAn wAnItA Yg aLlAh s.W.t KuRnIaKaN RaHiM.. November 22, 2007

Posted by "eS@RLi" in Cinta.
trackback

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan
Tuhan... jadi 'kilang ' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji
penuh... 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi
Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya. Cuti bersalin juga
sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah
beri sebab dia bekerja dengan Allah. Orang lelaki tak ada cuti dari
sembahyang.. . sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis
nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah
sentiasa mengampunkan dosanya, lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak
beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah.

Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid
Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk
Syurga tapi Allah
beri kelonggaran siksa kubur. 

                    
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh
kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami
dia tak tanggung. Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak diaterima diatas segala
kebaikan suaminya yang tak disedarinya. 

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat, dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi
pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. 
                    
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut
selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini. 
                    
Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan
tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. 
                    
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan
syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan juga tidak derhaka kepada suaminya... 

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: