jump to navigation

iStErI SeLaLu nAk iKuT December 18, 2007

Posted by "eS@RLi" in Cinta.
trackback

Kita bergegas-gegas nak ke kedai beli barang keperluan yang dipesan oleh isteri kita tadi sedangkan pada waktu yang sama kita ada temujanji dengan rakan sepersatuan / sejamaah. Disebabkan isteri kita tak boleh beli sendiri barang keperluan itu maka kita pun setuju membelinya. Tapi sedang kita dah bersiap nak keluar ke pintu, isteri kita pun dengan lembut dari belakang bersuara, “Abang, nak ikut”. Kita tengok pakaiannya masih lagi pakaian nak masuk tidur kemudian kitapun tengok jam di tangan untuk memberitahu padanya yang kita dah tak ada masa. Ada hal penting selepas ini.

Ada dikalangan kita yang mula naik berang,”Tak payahlah, Abang nak cepat ni”.Dengan melangkah laju ke kereta meluncur keluar ke tempat yang dituju. Maka merajuklah si isteri yang mula-mula nak bermanja tadi. Bagi di kalangan kita yang lembut sedikit, akan berkata, “Siap cepat, Abang dah lambat ni”. Maka si isteri tadi pun bergegaslah dia ke dalam bilik tidur untuk mengambil pakaian dan tudungnya (Boleh dalam 5 minit). Bila anak yang kecil tu nampak, semua pula nak ikut (Boleh dalam 5 minit lagi).. Kita pun dah 10 kali tengok jam ditangan. Mana-mana dikalangan kita yang cepat hot, akan mula meninggi suara dan terus ke kereta dan menghidupkan enjin. Mana yang keras dari ini akan memicit hon dengan air muka mula naik macam cuka.

Bila si isteri masuk duduk disebelah, dia pula naik kecut sebab muka kita dah masam mencuka. Ada dikalangan kita yang membebel-bebel marah sebab lambat.Akhirnya, harapan siisteri menagih belaian kemanjaan dari suami yang dicintainya itu, punah beterbangan bersama-sama habuk jalanan digilis tayar kereta kita yang melaju itu.

Mengapa boleh terjadi demikian? Kita suami-suami ni memang manusia yang sentiasa sibuk. Apabila diminta oleh isteri membuat perkara-perkara “remeh” seperti membeli barang dapur, yang sangkaan kita perkara itu dia pun boleh buat, maka kita pun naik runsing. Mulalah datang persoalan di hati kita, mengapalah isteri kita ni terlalu “bergantung” pada kita.Bertambah runsing lagi, bila “start” saja kereta, dia pun nak ikut.

Tapi kalau kita lihat pula dari perspektif mereka, inilah peluang nak bermanja dengan kita. Terutama sekali jika isteri kita yang full-time-house-wife. Yang paling diminati ialah duduk di kerusi sebelah pemandu. Pandangan masyarakat kita, duduk di sebelah dalam satu kereta adalah satu pengiktirafan sosial menunjukkan yang kedua insan itu sedang bercinta. Sedang dalam ayunan kasih.

Ada juga budaya dikalangan kita yang menyuruh isterinya duduk dibelakang sebelah kiri pemandu. Mungkin dengan alasan agar senang dia menjaga anak dan lebih selamat. Tetapi pernah tak kita tanya isteri kita, kerusi mana pilihannya. Kebanyakan mereka akan memilih, “Kerusi disebelah pemandu tu.”

Kadang-kadang isteri kita tu sanggup berebut dengan anaknya duduk di kerusi itu. Bukan apa, status kerusi tu disisi masyarakat adalah tinggi. Oleh itu, ajaklah dia selalu naik kereta dan kalau dia nak ikut, bawalah. Dia pun faham tugas kita. Dia tak akan kacau kita jika kita betul-betul sibuk.

Selain dari itu, banyak kelebihan isteri duduk disebelah kita semasa kita memandu, sebab, bila kita nak makan kacang, dialah yang akan membuang kulitnya dan menyuap nanti. Masa inilah pula peluang kita bermanja dengannya.

Selamat mencuba dan sertailah dengan doa menaiki kenderaan setiap kali kita menghidupkan enjin kereta kita.

Comments»

1. kantoi - December 18, 2007

nak ikut bleh….!!.ikut gi jln2..ronda2..hehehehe

2. "eS@RLi" - December 18, 2007

SaYe yG KeNa iKuT AwK KeR, AwK Yg kEnA IkUt sAyE.. EhEhEe..

3. cicak - December 19, 2007

Gue pun ndak ikut gak … gi tengok dangdut ker… kehkehkeh..dut..dut..dut.. dangDUT!!!! yehaaaaa !!!

4. "eS@RLi" - December 19, 2007

LoRr.. dAnGdUt kEw?? sUrEnDeR LeW.. HiKsS HiKsS..

5. aji - January 5, 2008

nak ikut awk bleh?? bleh la duk blkg pun jd la..

6. "eS@RLi" - January 5, 2008

cHoIiI.. kLu aWk yG Nk iKuT.. AwK KeNa lA JaDiK DrIvEr sAyE DoK KaT SeBeLaH.. MiAhAhAhAaa..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: