jump to navigation

DiAnJuRkAn bErSeLaWaT KePaDa nAbI S.a.W January 26, 2008

Posted by "eS@RLi" in Renungan.
trackback

Di antara hak Nabi s.a.w. yang di syariatkan Allah atas umatnya adalah agar mereka menucapkan selawat dan salam untuk Allah berfirman, إِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat- Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya. (al-Ahzab: 56)

Diriwayatkan bahawa makna selawat Allah kepada Nabi adalah pujian atas beliau di hadapan para malaikat-Nya, sedang selawat malaikat bererti mendoakan manakala selawat umatnya bererti permohonan ampun untuknya. (Demikian seperti disebutkan al-Bukhari dari Abul Aisyah)

Dalam ayat di atas Allah telah menyebutkan tentang kedudukan hamba dan rasul-Nya Muhammad s.a.w. di tempat yang tertinggi, bahawasanya Dia memujinya dihadapan para malaikat yang terdekat, dan bahawa para malaikat mendoakan untuknya, lalu Allah memerintahkan segenap penghuni alam dunia untuk mengucapkan selawat dan salam ke atasnya, sehingga bersatulah pujian untuk beliau di alam yang tertinggi dengan alam terendah (dunia).

Adapun makna wa sallimu taslima (Ucapkanlah salam untuknya) adalah berilah beliau s.a.w. penghormatan dengan penghormatan Islam. Dan jika berselawat kepada Nabi hendaklah seseorang menghimpunnya dengan salam untuk beliau. Kerana itu hendaknya tidak membatasi dengan salah satunya saja. Misalnya dengan mengucapkan sollallahu ‘alaihi (semoga shalawat dilimpahkan untuknya) saja atau hanya mengucapkan ‘alaihi salam (semoga dilimpahkan untuknya keselamatan) saja. Hal itu kerana Allah memerintahkan untuk mengucapkan keduanya. Mengucapkan selawat untuk Nabi s.a.w. diperintahkan oleh syariat pada waktu-waktu yang dipentingkan, sama ada yang hukumnya wajib atau sunnah muakkadah. Dalam kitab lain Jala’ul Afham, lbnul Qayyim rahimahullah menyebutkan ada 41 waktu (tempat). Beliau memulai dengan sesuatu yang paling penting yakni ketika solat di akhir tasyahhud. Di waktu tersebut para ulama sepakat tentang disyariatkannya berselawat untuk Nabi s.a.w., namun mereka berselisih tentang hukum wajibnya. (Rujuk: Jala’ul Afham, hal 222-223) Di antara waktu lain yang beliau sebutkan adalah di akhir qunut, lalu ketika khutbah, seperti khutbah Jumaat, hari raya dan istisqa’, lalu setelah menjawab mu’adzin, ketika (hendak) berdoa, ketika masuk dan keluar dari masjid juga ketika menyebut nama beliau s.a.w.. Setelah itu Ibnul Qayyim rahimahullah menyebutkan beberapa manfaat dari mengucapkan shalawat untuk Nabi s.a.w., di mana beliau menyebutkan ada 40 manfaat. (Jala’ul Afham, hal. 302)

Di antara manfaat itu adalah:

1. Selawat merupakan bentuk kataatan kepada perintah Allah s.w.t.

2. Mendapatkan sepuluh kali selawat dari Allah bagi yang berselawat sekali (1x) untuk beliau s.w.t..

3. Diharapkan dikabulkannya doa apabila didahului dengan selawat tersebut.

4. Selawat merupakan sebab mendapatkan syafaat dari Nabi s.a.w. jika ketika mengucapkan selawat diiringi dengan permohonan wasilah (darjat yang tinggi di syurga) untuk beliau s.a.w..

5. Selawat merupakan sebab diampuninya dosa-dosa. 6. Selawat merupakan sebab sehingga Nabi menjawab orang yang mengucapkan selawat dan salam kepadanya. Semoga Selawat dan salam dilimpahkan oleh Allah s.w.t. kepada Nabi yang mulia ini

Comments»

1. haniey - January 28, 2008

haaaiii….esarli…..
ne dpt artikal ni?

2. "eS@RLi" - January 28, 2008

hAlLu..
kEbYkKaN ARtIkAl eSaRlI ReMbAt dArIk mAiL.. HiKSS..

3. haniey - January 28, 2008

esarli kje kt ne?

4. "eS@RLi" - January 28, 2008

MaI LeW Ym.. kAnG PeCaH ReHsIa.. hIkSs hIksS

5. haniey - January 28, 2008

daaa mail laaa…ok2 cpt ler nktaw nih

6. haniey - January 28, 2008

xleh lepak lame sgt niii…..ade jer sket nk blk kl umh nenek….cian da uzur,,,,

7. "eS@RLi" - January 28, 2008

oWhH.. XpEw.. sEnAnG2 LaWaT La eSaRlI KaT CnI Erkk.. hIkss
nEnEk eSaRlI PoNg dA XsEhAt dA.. ErMm

8. cicak - January 30, 2008

ALLAHUMMA SALLI ALA SAIDINA MUHAMMAD…..

9. "eS@RLi" - February 1, 2008

;P

10. dauh - March 24, 2009

sy syg awk

11. "eS@RLi" - March 30, 2009

syg siape tuh.. ?? ehehe..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: