jump to navigation

hArGa sEbUaH ImAn August 2, 2008

Posted by "eS@RLi" in Renungan.
trackback

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah
dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia.
Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke
masjid.
Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam
bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang
lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.
Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.
“Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?”, Imam tersebut bertanya kepada
dirinya. “Ah… syarikat bas ni dah kaya… setakat 20 sen ni.. nak beli
tosei pun tak cukup”, kata Imam tersebut.
Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas
tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas,
tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke
arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut. “Tadi
kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen”, kata Imam tersebut kepada pemandu
bas tersebut.
“Owh… terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je
nilainya”, pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, “Wang
tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur”.

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, “Sebenarnya saya sengaja
memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu
wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam”.
Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan.
Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, “Astaghfirullah! !!, Ampunkan
daku Ya Allah… Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20
sen!!!.
Sahabat-sahabatku sekalian… Apa yang anda dapat daripada peristiwa di
atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita
terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai
tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam… Sesungguhnya pada diri
Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.

” DUNIA sebagai ALAT
AKHIRAT sebagai MATLAMAT “

Comments»

1. kantoi - August 9, 2008

ooo…kesah nya..

2. "eS@RLi" - August 9, 2008

eHeHeHEE.. pEnGaJaRaN NyEr..
pUlAnGkAn hAk oRg, kLu BKn kItEr pUnYeR~~ ^.^


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: