jump to navigation

RaGaM OrG BeRcInTa October 21, 2008

Posted by "eS@RLi" in Cinta.
trackback

Ragam Orang Bercinta 

Dalam melayari dunia percintaan, pelbagai rintangan dan cabaran yang perlu dihadapi. Ia menuntut individu agar sentiasa bersabar dan berfikiran positif dalam menangani segala permasalahan yang timbul. Bukan sahaja percintaan antara pasangan kekasih, malah percintaan antara ibu bapa dan anak-anak, majikan dengan pekerja, guru dan murid, pensyarah dengan pelajar juga tidak dapat lari dari mengalami pasang surut dalam perhubungan. 

i.                    Perasaan rindu 

  Kerinduan adalah intipati kepada sebuah percintaan. Rindu timbul apabila berjauhan dengan orang yang dicintai, atau apabila orang yang dicintai tiada di hadapan mata. Rindu ertinya mendambakan atau menginginkan kehadiran kekasih di sisi supaya segala perasaan indah bersamanya dapat diulangi dan dapat dinikmati sekali lagi. Kadangkala kerinduan yang ditanggung menyebabkan seseorang itu hilang kosentrasi dalam tugasan hariannya, sentiasa termenung dan ada juga yang menangis. Dalam psikologi percintaan menurut Islam, kerinduan tersebut tidak perlu dilayan sehingga tahap ingatan seseorang terhadap kekasihnya melebihi ingatannya kepada Allah. Bagi orang yang beriman doa kepada Allah menjadi penawar dalam menghadapi perasaan rindu tersebut.

 

ii.                  Cemburu 

   Perasaan cemburu menggambarkan seseorang begitu menyayangi pasangannya. Walau bagaimanapun, cemburu yang keterlaluan akan menyebabkan pasangan merasa bosan dan rasa seolah-olah dikongkong. Hal ini boleh menyebabkan keretakan dalam hubungan sesebuah percintaan. Malahan dalam konteks rumahtangga juga perasaan cemburu boleh menjadi punca keruntuhan institusi kekeluargaan. Namun, perasaan cemburu yang berpatutan akan mengeratkan lagi hubungan kasih sayang di antara pasangan yang bercinta dan meningkatkan persefahaman.

 

iii.                Gelisah 

  Pasangan kekasih yang belum berkahwin akan sentiasa diburu rasa rindu, serba salah, risau dan bimbang berlaku perkara yang bertentangan dengan hukum dan batas-batas agama. Rasa sayang terhadap pasangan kadangkala menyebabkan mereka menjadi lalai dan lupa kepada hukum-hukum yang ditetapkan terhadap lelaki dan wanita yang bukan mahram. Oleh itu, kegelisahan timbul apabila mereka melakukan kesilapan sama ada secara sengaja atau tidak sengaja dan tidak menjaga adab dan pergaulan semasa bercinta.   

 

iv.                Memberi dan menerima 

  Sudah menjadi resmi cinta hanya wujud sekiranya berada dalam keadaan berpasangan, maksudnya cinta memerlukan perkongsian dengan pihak yang dicintai. Oleh itu dalam percintaan perlu dipupuk nilai untuk saling berkongsi kasih sayang dan kebahagiaan sesama sendiri. Cinta tidak akan terbina di atas dasar ‘bertepuk sebelah tangan’. Cinta memerlukan persefahaman di antara pasangan, saling kasih mengasihi, sanggup berkorban demi kepentingan bersama dan saling memberi dan menerima.  

v.                  Tidak sabar 

  Orang yang bercinta perlu banyak bersabar kerana hubungan percintaan menuntut pengorbanan, ketabahan dan keimanan. Orang yang bercinta seringkali dilanda perasaan resah kerana rindu dan ingin bertemu dengan kekasihnya. Adakalanya mereka akan diburu ketakutan dan kebimbangan cinta tidak kesampaian atau kekasih berubah hati. Sekiranya orang yang bercinta tidak dapat mengawal kesabarannya pelbagai implikasi buruk akan berlaku dalam hubungan percintaan   

vi.                Benci 

   Benci adalah sifat semulajadi manusia. Ia adalah berlawanan kepada rasa cinta atau suka. Kebencian bukanlah nilai positif dalam percintaan. Kebencian boleh wujud apabila terlalu banyak halangan atau perkara-perkara buruk sepanjang percintaan misalnya hasrat hati yang tidak kesampaian, rasa bosan dan terdetiknya rasa muak terhadap orang yang mulanya amat disayangi atau dicintai. 

 

dead_heart-1782

Comments»

1. nick - October 22, 2008

Ada lagi. Bergayut kat telefon sampai berjam-jam.

2. "eS@RLi" - October 24, 2008

NiCk~~ mIaHaHaHAAa.. tOl gAk tUh.. sAmPaI AyAt yG SaMa jA.. BoSaN TaW.. MuAhAhAaA…

3. ridha - October 30, 2008

lg satu nset 24 jam dalam tangan xpenah berengang…kalo hilang mula gelabah..1 msg msuk muka pun mcm duit brjuta masuk bank………

4. "eS@RLi" - November 3, 2008

hAk3~~ tOl tUh.. lawAk jErK KlU IgT2 BlK..

KlU MsG Or cAlL MaSoK “AlWaYs iGt dIeR Yg cAlL / MsG” HeHeHeE..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: