jump to navigation

bIlA IsTeRi dAh tAk cAnTiK.. December 26, 2008

Posted by "eS@RLi" in Wanita.
trackback

Sian kaum isteri….

Baca la kalu free…..

Untuk renungan dan perhatian isteri2 dan bakal isteri…
Buat Iktibar kita semua dan para suami / lelaki, renung2 kan lah...


Pembaca Semua,

Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin
puan2 tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan

bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka

tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka

mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain.

Barangkali suami puan2 tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan. Saya
seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak,

Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah

melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan

suami saya berkerja biasa saja.


Kebanyakan belanja rumah seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang
menbayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.


Suami saya bolehlah di katakan menarik jika dibandingkan saya, tinggi,
putih dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya.


Saya mengabdi diri seluruhnya untuk rumah tangga, pagi sebelum pergi
kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri

ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang

menyediakan segala keperluan rumahtangga.


Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakkan
saya. Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja,tetapi dia tidaklah

sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya,

memeluk atau memegang saya,biasa shj kami akan bersama bila waktu malam

apabila dia perlukan saya.


Baru2 ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja
sendiri.  Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30

tahun. Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis

tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah

sampai ke tahap hubungan seks.


Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia
menafikan,tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia

mengaku. Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnya

saya, dia akhir berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang

dengan saya, saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan

rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu shj tiada
rangsanngan lagi bila melihat saya.


Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang di lihat
cantik,menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan

cemburu pada lelaki lain.Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman

wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap,

fashion yang menarik.

Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita
yang sangat biasa saja,kuku saya pendek dan kadang2 rosak kerana

memasak, rambut pulak kadang2 berbau bila balik kerja kerana bertudung

sepanjang hari, Perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya

bert-shirt dan berkain batik.


Hari2 melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya,
bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah, anak2.Tiada topik

menarik separti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik,carreer,

mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang

baru mengaenai fashion, korporat, jadi dia merasakan

seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.

Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertama memang saya di
lahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri,

ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk

kecantikan.


Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga
dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin

bersama wanita menarik yang boleh menbuat dia berasa bangga.


Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi sy tidaklah duduk
meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit

separuh untuk kecantikan bukan untk lelaki tetapi untuk kepuasan

sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam

untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.


Penting di sini kita memahami erti perkahwinan. Perkahwinan adalah
bukan tempat kita untuk
berseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita.
Perkahwinan adalah sebahagian cara utk kita mencari keredhaan Allah. Dan

perkahwinan itu sebahagian dari Iman. Dan perkahwinan juga tempat kita

di uji. Maka, bersabarlah dan bertindak dengan bijak dengan penuh hikmah

. Bagi lelaki yg berfikir utk bertindak spt ini,          fikirkanlah,

btp besarnya pengorbanan seorg isteri demi sebuah keluarga yg sempurna.

Jadikanlah kebaikkan seseorg isteri itu sbg hiasan untuk anda, tetapi

jadikanlah keburukkan seseorg isteri itu sbg t’jawab utk anda

memperbaikinya. …InsyaAllah. …… bagi wanita yang suka menggangu

atau menjalinkan hubungan dengan suami orang berubahla.usahala cari yang

bujang dulu..ingatla satu hari nanti anda mungkin akan merasakan perkara

yang sama sekiranya anda menganiaya wanita lain.janganlah jadikan cinta
sebagai alasan kerana ia boleh dipupuk dan dinyah pergi…lelaki zaman
sekarang ni susah untuk berlaku adil..jadi usah terjebak…tepuk dada
tanyalah selera…

NOtE : bUkAn kIsAh eS@RLi.. sArLi cOpY PaStE JeR SbG rEnUnGaN ToK SuMe..🙂

Comments»

1. uzlah0808 - December 31, 2008

salam…

kalau nak d ikotkan apa yg berlaku… perkara ni termasuk dalam kategori curang…
kengkadang lelaki yg lakukan dan kengkadang wanita juga lakukan…
sy xnak sokong mana2…
sebab bilamana saya sokong wanita, lelaki pula begitu dan juga sebaliknya…
tapi apa yg saya ingin kongsikan disini ialah…
bilamana wanita jujur setia ikhlas… lelaki buat perangai…
bilamana lelaki jujur setia ikhlas…. wanita buat perangai…
bukan d sini saja saya membaca, banyak artikel berkaitan seperti ini…
d radio juga saya pernah mendengar keluhan sang lelaki, bilamana d curangi oleh isteri…
tapi mengapa ya? adakah itu ujian atau kelemahan diri yg tidak mahu kita perbaiki?
kerana itu, perkahwinan bukanlah suatu yg indah semata-mata….
tetapi d sulami dengan tanggunjawab… itulah yg paling utama…
sebab rakan saya ada memberitahu…” kahwin berserta cinta dan kasih sayang…. bakinya tanggungjawab…. sebab apa… sebab bilamana cinta dan kasih sayang hilang, maka tanggungjawab akan ambil alih semuanya… dalam masa itu juga cinta dan kasih sayang mungkn akan bertaut semula ”
itu yg di sampaikan pada saya….
so kepada pasangan d luar sana… sayangilah dan cintailah pasangan anda sebaiknya… terimalah dirinya sebagaimana henjutan penerimaan semasa akad dan hormatilah sang suami selagi tidak melanggar batas syariat…
pengalaman mengajar kita… jangan kita menyesal kemudian hari…

2. "eS@RLi" - January 9, 2009

sEtUjU NGN UlZaH..
tHaNkS 4 D CommEnT.. kOmEn yG MeMbInA~~ ;D

3. en_me - January 17, 2009

me insaf dgn kelemahan n kekurangan diri me yg inih.. salammmmz

4. crazylove - January 20, 2009

huhuhuhu
byk cerita ttg suami isteri la blog ni…

5. noormala ahmed - January 26, 2009

salam,
alhamdullilah anda telah berpisah dgn lelaki yang mementingkan kecantikan sahaja. Baguslah tindakan anda memperbaiki fizikal diri anda. Walaubagaimana pun anda perlu berusaha lagi untuk mendapatkan berat badan yang ideal disamping memperbaiki ilmu pengetahuan anda dengan membaca buku dan majalah yang berpaedah untuk menambahkan pengetahuan anda. sekian

6. "eS@RLi" - February 5, 2009

eN.mE ~~ tOl tUh.. dUlU MaSe mUlA2 b’cInTa.. lEy pLaK TrImA SeGaLa2 nYeR.. X PeR I ReLa.. SkAnG Da 20 30 ThN bR PlAk nAmPaK ItU InI.. UnGkIt sEgAlE.. X KaN Da tUe2 aNk dA BeSo2 nK WaT PaNgAi.. yEr dAk??🙂

cRaZyLoVe ~~ yUp.. NaK SiMpAn n wAt kOlEKsI.. HiHIhIi..

NoOrMaLa ~~ w’sAlAm.. TuH KeSaH OrG.. sAjEr bKoNgSi dGn oRg lAiN.. yG BaIk jAdIkKaN PaNdUaN Yg kUrAnG MoLeK JaDiKaN SeMpAdAn..😉

7. Nur - February 10, 2009

Apa-apa yg berlaku pun adalah ujian dr Allah jika kita dah lakukan yg terbaik utk suami atau isteri kita…tentu ada hikmah disebaliknya…mmg satu keperluan sbg isteri utk menjaga penampilan ketika bersama suami..bukan takut dia cari yg lain..tetapi ramai kaum wanita bila dah berkahwin..terlupa utk jaga diri disebabkan sibuk menguruskan rumahtangga dan bekerja…itulah alasan yg biasa diberikan…banyak perkara yg perlu difikirkan bersama utk bg lebih kebahagian kpd rumahtangga…semoga sesiapa pun yg menghadapi ujian spt ini..tabah menghadapinya….buatlah sesuatu utk menarik perhatian pasangan anda supaya si dia sentiasa rindukan belaian anda…

8. zamhureen - February 20, 2009

jangan marah dia…dia tak salah…marah lah pada aweks dia…dah tau laki orang…janganlah kacau….tapi kalau nak jadi no 2…apa salahnyer….

9. zamhureen - February 20, 2009

OGOS
suka berlawak, mudah tertawan kepadanya, sopan santun dan caring terhadap org lain, berani dan tidak tahu takut. orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan, pandai pujuk org lain terlalu pemurah & bersikap ego, nilai harga diri yg sangat tinggi, dahagakan pujian, semangat juang yg luar biasa. cepat marah & mudah mengamuk, mudah marah apabila cakapnya dilawan. sangat cemburu, daya pemerhatian yg tajam & teliti, cepat berfikir, fikiran yg berdikari, suka memimpin & dipimpin. sifat suka berangan, berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat. sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk. cepat apabila ditimpa penyakit, belajar utk relax, sikap kelam kabut, romantik ,pengasih,penyayang suka mencari kawan

10. tawar - May 27, 2009

..ianya berbalik kpd soal iman.Percaya semuanya atas kehendak Allah, lepas itu baru berusaha dan akhirnya tawakkal.Dewasa ini ramai yg percaya usaha dahulu kemudian bertawakkal.

Percaya dahulu bahawa Allah lah yang tentukan kekal atau putus jodoh suami-isteri.Selepas itu baru kita berusaha untuk menjaga keharmonian rumah tangga.Jangan takbur, konon nya dgn ilmu yg ada , serta keupyaan kita mengekalkan hubungan lalu kita kononya bertawakkal kpd Allah.

Orang kafir berjaya menanam dlm fikiran orang islam , bahawa Allah kurang peranan dlm kehidupan seharian ini.

Sebagai contoh,bila kita sakit kepala, kita makan panadol ( usaha dahulu ), kemudian kita bertakkal kpd Allah( berserah pd Allah yg akan menyembuhkan sakit bukannya panadol tsb)

Sepatutnya bila sakit kepala, kita percaya bahawa Allah telah takdirkan perkara itu berlaku kpd kita atas ketentuan Allah,kitas percaya sembuh atau sakitnya itu atas kehendak Allah.Kita percaya berlakunya sedemikian di atas tindak tanduk kita sendiri yg menyebabkan Allah turunkan penyakit itu.Selepas itu baru kita berusaha untuk menyembuhkan nya dgn memakan ubat .Samada usaha kita itu berjaya atau tidak , semuanya bergantung pd kehendak Allah.Dgn lain perkataan kita mulai dgn Allah dan kita akhiri dgn Allah juga.

Apb kita mendirikan rumahtangga, kita mulai percaya Allah yg menentukan samada kekal atau tidak, lepas itu kita mulai usaha kearah mengekalkannya dan menyerah balik kp Allah samada usaha kita itu berjaya atau tidak.Andai kata kita yakin mengekalkan keharmonian rumahtangga,tetapi Allah telah pun menetapkan takdir sebaliknya, kita hendaklah redahi kerana akhir nya penentu nua di takdirkan oleh Allah.
..Hanya Allah yg mengetahui..

11. "eS@RLi" - May 28, 2009

ThAnKs nUr, ZaMhUreeN N TaWaR..

CoMmEnT2 AnDa mMg aDa bEnArNyA.. qAdA N QaDaR TeLaH D TeNtUkAn allAh SWT. sEtIaP KeJaDiAn DEr hIkMaHnYa..🙂

12. rose - May 28, 2009

sedih membaca cerita ni. saya pun dah punya 2 anak (3thn dan 1thn). saya takut suami saya cari p’puan lain sbb saya tak keje, duk umah jer.cari keje pun lom dpt lg. ntah apa suami buat kat luar pun saya tak tau.saya takut kat dia, dia garang sgt. anak2 pun takut. dia kata, dia kawin ngan saya sbb saya cantik.tp lps kejadian kena air panas kat kaki thn lepas, dia brubah sket. tak suka tgk parut kat kaki tu.skrg ni saya berusaha jmpa pakar kulit utk lesapkn parut tu supaya kembali cantik. saya tak tau nak buat ape dgn kerenah suami ni.dia suka marah2, tp ayah saya kata sabarla.sabar tu besar maknanya.baca quran ,zikir, puasa buat hati tenang.kpd cik es@rli sabarla k.smg brjaya utk kembali cantik.nanti cik es@rli nak kawin lg ke?

13. "eS@RLi" - May 29, 2009

kAk rOsE.. nIh bKn kEsAh eSaRlI LoR.. EsArLi lOm kAwEn lOm pUnYeR AnK PoN.. BeRtUnAnG PoN LoM.. EhEhEeE..

sArLi dPt aRtIcAl Nih dR EmAiL.. SaJeR TePeK KaT CnI.. hIhIhiI..

tOl CkP AyAh aKaK.. D SAAt2 CaMnIh.. kItEr pErLu dEkAtKaN Lg dIrIk KitEr pD IlLaHi.. ALLAH SWT xKaN MeNdUgA HaMbA NyA aNdAi hAmBaNyA iTeW tDk mAmPu mEnAnGGuNg.. sEtIaP OrG PaStI D UjI.. CuMe UjIaN Yg d bErI LaIn2.. ;p

mUnGkIn D SeBaBkAn hUsBaNd aKaK Yg gArAnG.. ALLAH SWT telAh tEmUkAn dIeR DgN AkAk Yg mUnGkIn lEy SArLi cKp sEoRg yG PeNyAbAr.. coOL.. bUkAnKaH ItEw PaSaNgAn yG IdEaL?? PuNyEr pRo n cOnTrA UtK SaLiNg mElEnGkApI..😉

mOgE AkAk TrUs tAbAh.. SaRlI DoAkAn kEbAhGiaaN AkAk..🙂

rose - May 29, 2009

ye ke sory la.jgnla mare,ingatkan kisah cik esarli td,bl mau kawin?, saya dulu kawin umo21. rs cam trlalu awal kan.dah 4thn kami kawin, bru terasa cam kurg ilmu perkahwinan tau.so kpd semua wanita, jgn kawin awal sgt, nnti nyesal, eloklah dptkan pekerjaan dlu, ada duit utk kita kalo suami tak cukup income kan.boleh beli apa je kita nak, tak de ler suami nak bising kan.tp jgn boros la… tul tak?

14. "eS@RLi" - May 30, 2009

x mArA PoN.. EhEhEhEe..
DuLu sArLi bRaNgAn gAk nK KaWeN MuDeR.. bKn nYeR PeR, UnToNg..
LoM TuE AnK Da bEsO2.. tApI, JoDoH KaN.. SaPeR PoN XlEy rAmAl..

SaRlI loM SaMpAi SErU Gi.. dOk mEnuNgGU pUtRa kAyAnGaN.. mUaHaHaA..

zAmAn sKaNg sUsAh kLu wIfE X BeKeRjA.. tApI, KlU DpT HuSbAnD Yg mAmPu.. sArLi iGt nK DoK UmAh jEr.. PeNaT La kEjA.. kEh3~~ (SaRlI WaT PaRtImE JoB)🙂

15. mi - November 13, 2010

kan kewajipan isteri melayan suami…. pandai2lah berhias dirumah tu… ni tak , melawa untuk keluar kerja saje…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: