jump to navigation

mAsIh sEtIa dGn sI dIa wAlAuPuN SuDaH TiAdA CiNtA? April 15, 2009

Posted by "eS@RLi" in Cinta.
trackback

Cetusan chemistry, mabuk cinta dan perasaan asyik memang lazim bagi mereka yang baru melanglah ke alam percintaan. Segalanya tentang pasangan anda indah belaka. Kekurangan si dia tentu sekali tidak ada kerana cinta itu buta. Apabila melihat dia, anda ceria dan jika dia tiada anda berduka. Namun begitu, bagaimana pula dengan pasangan yang sudah bertahun-tahun bercinta tetapi masih belum berumahtangga? Adakah perasaan-perasaan indah ini masih wujud atau anda sudah semakin nampak kecacatan pasangan anda? Ada juga mereka yang sudah benci dengan perangai si dia tetapi tidak tahu bagaimana untuk menamatkan hubungan yang sudah menjangkau ulangtahun jubli perak. Di saat ini apabila melihat si dia anda rasa biasa, jika dia tiada, ada terasa sedikit suka. Disebabkan sudah begitu lama mengenali antara satu sama lain dengan tiada ikatan yang sah, anda meneruskan sahaja perhubungan walaupun semuanya sudah hambar, sudah tiada rasa lagi.

Ramai pasangan yang terjerat di dalam situasi ini dan tidak tahu bagaimana untuk melepaskan diri. Walaupun hati sudah tidak cinta atas alasan alang-alang dah lama bersama, ku teruskan sahaja dan akan ku tempuh segala buruk baik yang mendatang.

Disebabkan perkara ini juga, orang-orang tua sering ingin mempercepatkan perkahwinan apabila si teruna dan dara sudah mula memadu asmara kerana mereka tahu apa akibatnya apabila bercinta kosong lama-lama. Mereka makan garam dulu dari kita dan mereka sudah arif tentang perhubungan Uda dan Dara. Mula-mula bercinta, berjumpa itu indah; lama kelamaan, sudah tidak tahu ke mana arah tuju, semuanya jadi biasa dan masing-masing meneruskan perhubungan kerana terpaksa. Satu lagi sebab ialah mereka takut apabila sudah lama bercinta, banyak territory larangan yang akan dijelajahi pasangan ini.

Pasangan hambar begini tidak harus meneruskan perhubungan atas alasan sudah lama bercinta kerana apabila mereka mengambil keputusan untuk berumahtangga, adalah sukar untuk mengukir bahagia. Perkahwinan seharusnya dibina atas dasar kasih sayang, hormat menghormati dan rasa cinta yang tidak berbelah bagi. Apabila pasangan sudah mula bosan antara satu sama lain, bagaimana untuk meneruskan perkahwinan yang sepatutnya kekal sehingga ke akhir hayat. Hati-hati yang hambar ini akan senang teruja apabila ada insan-insan baru yang menunjukkan minat untuk mengenali mereka dengan lebih dekat lagi. Lantas, ada yang mengadakan affair di luar sana walaupun sudah ada suami dan isteri kerana dengan pasangan baru perasaan indahnya percintaan akan muncul semula. Oleh kerana itu, sering kita dengar pasangan yang sudah bertahun-tahun bercinta bercerai hanya selepas sebentar berumahtangga.

Untuk pasangan yang sudah lama bercinta dan merasakan antara kamu berdua sudah tiada rasa, cubalah hidupkan kembali bibit-bibit cinta dan nilai kembali sejauh mana rasa cinta kamu berdua terhadap satu sama lain. Jangan jadikan tempoh percintaan sebagai beban yang terpaksa ditanggung walaupun hatimu sudah tawar untuk si pasangan dan mata anda sering meninjau-ninjau prospek baru yang berdekatan. Jujurlah kepada hati sendiri kerana jika tidak, anda hanya akan mengecewakan diri anda dan juga dirinya, dan sekiranya anda memilih untuk mendirikan mahligai perkahwinan dengan si dia, anda juga akan melibatkan keluarga dan ibubapa kamu berdua.

Rasa dalam bercinta itu penting kerana ia merupakan talian kasih antara kau dan si dia. Jangan tidak diambil indah perihal rasa, buruk padahnya nanti. Di zaman dahulu, walaupun banyak perkahwinan yang diatur keluarga, ianya kekal lama kerana pasangan bercinta dan mengenali satu sama lain selepas berumahtangga. Namun di zaman ini terbalik ceritanya dan apabila sudah mengenali satu sama lain dengan begitu lama tanpa ikatan perkahwinan, sukar untuk melayari bahtera rumahtangga apabila rasa telah tiada. Sebagai nasihat, apabila sudah suka janganlah bercinta lama-lama. Jangan bercinta kosong tanpa tujuan, tidak baik untuk masa depan

25

Comments»

1. jakun - May 2, 2009

bagi saya..ia depend camne kita feel perasaan kepadanya..kekadang..kita takleh ikut hati sangat kerana itu adalah seseuatu yang berubah2….apa2pun kita kena ikut agama dalam hal begini…

2. "eS@RLi" - May 2, 2009

hUrmM.. MuNgKiN JuGa..

JoDoH PeRtEmUaN D TgN TuHaN Kan.🙂


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: