jump to navigation

eRtI CiNtA? July 13, 2009

Posted by "eS@RLi" in Cinta.
trackback

Anda Ingin Bercinta?? Zaman remaja adalah zaman untuk mencari dan mengenal diri. Setelah akal semakin mampu untuk berfikir jauh. Sekurang-kurangnya sudah mengenal mana baik dan buruk, halal dan haram, najis dan yang suci, syurga dan neraka. Umur sebegini, orang muda cenderung untuk hidup di dalam perkumpulan. Gemar juga untuk mencari penyelesaian di luar rumah dibandingkan dengan berbincang dengan ibu dan ayah. Dan ketika inilah jiwa sudah menyubur untuk mengenal apa itu cinta (berlainan jenis). Mengapa bercinta? Terkadang bercinta dengan sebab ikut-ikutan (kerana melihat kawan sedang ‘bahagia’). Terkadang ia bercinta supaya ‘pointer’ selalu meningkat naik. Dan katanya agar ada teman yang dapat memberi nasihat. Alamat.. jika salah bercinta, bubur tidak akan kembali menjadi nasi.

Sebelum bercinta fikirkan perkara-perkara ini wahai orang muda :

1 . Sudahkah anda bersedia untuk bercinta? Adakah sudah bersedia menghadapi risiko di dalam percintaan? Adat orang mengatakan cinta itu bersatu, dan ada kalanya ia membutakan mata. Manakala yang tidak nampak jalannya habis hancur masa depan hidupnya. Cinta tidak semestinya bersatu, ada kalanya ia terputus di tengah jalan. Dan ada kalanya ia berjaya sehingga ke jinjang pelamin. Risiko putus cinta selalu membuatkan manusia seolah-olah putus asa. Hilang hala tuju hidupnya. Entah berapa ramai yang sudah menamatkan nyawanya sendiri bila cinta nafsu lebih diharapkan dari cinta kepada Illahi.

2. Apa matlamat Anda bercinta? * Mungkin untuk merosakkan anak gadis atau hati orang lain? * Ikut-ikutan atau suka-suka sahaja? * Untuk mencari pengganti pasangan yang telah pergi? (tetapi sekiranya ia ingin kembali semula suatu hari nanti, anda dengan rela diri meninggalkan pasangan baru anda yang telah diberikan harapan? * Sekadar cinta monyet yang tiada matlamat di masa hadapan? * Untuk mendirikan rumah tangga yang membawa kasih sayang dan rahmat dari ALLah? Orang yang mulanya bercinta – hatinya akan berbunga-bunga. Tidak ia sedar apa yang berlaku di sekelilingnya kerana disibukkan dengan apa yang dicintainya. Segalanya nampak cantik, molek, comel dan sempurna belaka. ‘Pijak semut tidak mati’. Segalanya berjalan dengan penuh optimis dan positif. Lalu mungkin ‘menipu diri sendiri’ sudah menjadi pegangan agar hubungan berlangsung dengan menarik dan dapat dikekalkan. Apabila perhubungan cinta anda mulai ‘berkelap kelip’ – mulalah anda akan berfikir semula akan buruk dan baiknya pasangan anda. Mungkin ketika ini anda akan berusaha mencari solusi. Sekiranya berjaya perhubungan anda akan berjalan seperti biasa. Dan sekiranya dalam bahaya, ia akan membawa kepada ‘putus cinta’. Perkataan inilah yang menjadi penghancur jiwa, rasa kecewa, terhina, rendah diri, sakit hati, dendam, putus asa. Maka istilah-istilah cinta yang dahulunya berkisarkan fantasi, anda akan sedar ia bukanlah realiti. Menjadi hipokrit satu perkara, iaitu masalah yang akan dibawa apabila hidup di dalam sebuah rumah di atas pernikahan yang sah. Segala-galanya yang ‘cantik’, ‘molek’ akan ditunjukkan juga sebagai satu hakikat yang perlu anda terima. Samada anda terima dengan terpaksa atau redha selamanya.

3. Mengapa Anda Bercinta? * Kerana ALLah? * Kerana cantik rupanya? Mancung hidung, kumisnya tebal? Badannya serupa model? – yang pasti semuanya ini tidak kekal lama. Berapa ramai wanita yang menghidapi sakit barah kulit kerana taksubnya kepada yang dinamakan ‘KECANTIKAN’ ? Berapa ramai pula yang sanggup berhutang, mengorbankan identiti seorang Muslimah dan Muslim kerana tertarik dengan namanya KEMODENAN? * Kerana duitnya? Harta yang bertimbun? * Kerana empunya diri itu sendiri? * Kerana Agamanya? Ia akan di bawa di dunia dan akhirat. Tetapi ramai juga yang terjerumus di lembah hina. Kerana yang dibawa rupanya selama ini adalah nafsu tetapi disolek dengan nama Agama. Anda akan dapat apa yang anda niatkan. Ingat perjalanan cinta sesama manusia amat jauh, dan mungkin juga dekat, ataupun ia satu perjalanan yang tidak pasti.

4. Apa Modal Untuk Bercinta? * Adakah dengan modal air liur? Atau jari jemari menulis sms? Sedarkah anda? apabila bercinta dan anda meletakkan sesuatu di dalam hati seseorang. Ini telah memberikan ia pengharapan baru dalam hidupnya. Dan ia akan berusaha untuk mencapainya. Jika cinta anda sekadar cinta monyet, cinta untuk merosakkan anak orang, ikut-ikutan dan hanya menjadikan orang lain sebagai batu galas – CINTA NAFSU. Eloklah lupakan sahaja. Anda hanya akan menjadikan diri anda sendiri bahan fitnah yang akan orang ingat sampai bila-bila. Sedarkah anda? Mahligai perkahwinan itu memerlukan pengorbanan bukan sahaja dari segi jari jemari dan air liur. Tetapi lebih dari itu adalah modal ilmu untuk mendirikan sebuah keluarga yang beragama, cintakan ALLah dan rasul-Nya. Modal harta iaitu pekerjaan dari sumber rezeki yang halal untuk anda berikan kepada isteri, dan anak-anak. Modal hati dan perasaan untuk dikongsi, difahami, kesabaran dan sebagainya.

5. Berapa Lama Anda Ingin Bercinta? * Seminggu? * Sebulan? * Tiga, empat tahun? * Sehingga habis belajar? * Cinta hingga ke akhirat? Apabila anda bercinta, setiap pasangan pastinya ingin mengetahui sampai bilakah mereka akan bercinta? Dan apabila perhubungan itu diketahui oleh sang ibu dan ayah, tentunya mereka akan bertanya bila pula tarikh merisik, pertunangan dan perkahwinan pula akan dijalankan? Dan tentunya kaum kerabat pula akan tertanya-tanya, dengan siapa anda berkawan. Mungkin ada yang sudah diusung ke hulu dan hilir – orang kampung pun sudah mulai berbisikan. Walaupun anda sangkakan di bandar orang bersikap tidak ambil peduli. Tetapi malaikat di kiri dan kanan tetap juga menulis catatan.

6. Kos Cinta * Duit yang anda habiskan semata-mata untuk sidia – telefon (sms, mms, chat etc), bil elektrik, bil internet, * Masa yang anda korbankan untuk sidia * Hati dan perasaan Sikap Matang Dalam Mencari Cinta Wahai pemuda dan pemudi, menyebut perkataan cinta sesama manusia itu mudah, tetapi untuk melaksanakannya amatlah payah. Bercinta bukan menjadi tiket yang menghalalkan anda menyerahkan jasad kehormatan anda. Bukan juga bermakna anda sudah menjadi juara dan normal sebagaimana insan lain yang bercinta (sudah fahamkah erti cinta yang sebenarnya?) . Anda rosak kerana cinta? – ia adalah kesalahan anda sendiri di dalam menterjemahkan cinta yang suci dan abadi. Semaklah semula adatnya bagaimana RasuluLlah menyalurkan perasaan cinta. Jika berbaloi dengan bercinta – anda dapat merasai hidup bahagia serta mendapat keredhaan ALlah kerana matlamat anda jelas, anda sedia redha dengan kemungkinan yang berlaku serta tidak menyalahkan taqdir, perjalanan cinta tidak melanggar batas syarak. Maka silalah untuk bercinta. Fikirkan.. Dalam masa bercinta, bagaimana hubungan kita dengan ALlah dan manusia serta makhluk yang lain? Semakin baik ataupun semakin jauh dan terus menjurang. Adakah ia menjadikan kita hamba ALlah yang bertaqwa ataupun hamba ALlah yang derhaka?

ilud6da8e884732_myspace

Comments»

1. asyraf - July 14, 2009

Apabila kita mulai merasakan kehilangan demi kehilangan melanda hidup dan kehidupan – mungkin itu petanda bahawa kita juga sebenarnya telah ’semakin hilang’ daripada kehidupan itu sendiri. Sebagaimana kita sendirian ketika ‘datang’, begitu juga ketika kita ‘pergi’. Sama ada kadang-kadang kita terpaksa menghilangkan diri, atau keadaan yang memaksa kita untuk hilang dari pandangan.

Benarkah, bila sesuatu itu telah hilang baru kita mulai sedar betapa yang hilang itu begitu bernilai? Mengapa, ketika ia berada di depan mata, berada di dalam dakapan kita – ia bagai tak bernilai? Mungkin hampir semua orang merasakan begitu….

Kata orang juga, yang patah kan tumbuh; yang hilang kan berganti… tetapi, yang tumbuh pastinya tak akan sama dengan yang patah; dan yang mengganti tak akan sama dengan yang hilang. Hanya kita yang mampu menilai.

"eS@RLi" - July 15, 2009

aPeR LaH GuNe nYeR mEnAgIh cInTa pD YaNg x sUdI..
aPeR LaH DaYe nYeR BiLeR CiNtA Yg d bErI Tak dIhArGaI..
mUnGkIn bErSeNdIrIaN AdEr hIkMaH NyEr terSeNdIrI..
mUnGkIn “dI SaNa” der sInAr KeBaHgIAAn yG MeNaNtI..
mEmAnG SaKiT BiLeR cInTa d tOlAk tEpI..
mEmAnG LuKe x kAn sEmBuH KeMbAlI..
MoGe CiNtA AkAn hAdIr lAgIk..
WaLaU LaMe PeRlU DI NaNtI..🙂

2. DNA - July 14, 2009

“apa bila kita terasa kegelapan menyelubungi kita,maka berdoa lah semoga diri kita di terangi cahaya keberkatan. dan jika kegelapan masih menyelubungi diri kita maka bayar lah bil elektrik!”

Snow tak bayar bil ye? bil air jangan lupa bayar sekalai.😀

"eS@RLi" - July 15, 2009

dNa..
BiL LeTrik kItEr x pEnAh tErTuNGgaK TaW.. aHaKs!😀

P/s:mEmUlA BaCe iGtKaN KaRaNg sYaIr.. MiAhAhAa

DNA - July 15, 2009

😀😀😀😀😀
DNA mana pandai nak bersyair Snow! :p

ala.. asyik nak layan perasaan jek!! sekali-sekala menceriakan suasana apa salahnya ek..😀

"eS@RLi" - July 16, 2009

X SaLaH.. pAnDaI DnA BuAt lAwAk.. aHaHaHaAa.. 😀

3. DNA - July 16, 2009

kadang-kadang hidup kita akan lebih ceria bila kita lihat orang lain tertawa gembira..
bila kita lihat orang sekeliling bergembira,hari kita akan lebih ceria hari ini.

esok bermula lah hari baru.. so jangan terlalu fikirkan masalah yang datang,takut kelak masalah akan memamah usia.😀

cuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuttttt!!! (wokeh! drama dah abis,pi kemas barang semua)

"eS@RLi" - July 16, 2009

KAdAnG2 RaUt yG CeRiA SeKaDaR “PlAsTiK” Yg d bUaT2..
kAdAnG2 SeNyUm YG TeRuKiR lOm tEnTu iKhLaS bIlA D PaMeR..
kAdAnG2 jErK UjAn tUrUn sKaNg nIh..
kAdAnG2.. ErRR KaDaNg2.. LuPeR LiRiK La pUlAk..😀

4. DNA - July 16, 2009

yang kadang-kadang tu la kita kena anggap ia datang sebagia ujian…

"eS@RLi" - July 16, 2009

Tol TuH BrO!! mEkAsEh yA MaS..😀

5. DNA - July 17, 2009

terima kasih kembali ya mbak!
disini gue mau tambahin sedikit lagi.

aNdai inGin beRcinTa berseDiAlaH uTk diLukai…
aNdai inGiN bErKasiH beRseDiaLaH UtK diBeNci….
aNdai iNgiN meRinDui bersEdiALaH utK di Lupai…..

dunia ini luas…mari kita terokai
hidup ini indah…mari kita warnai
mati itu pasti…mari kita insafi…

Watch your thoughts; they become words.
Watch your words; they become actions.
Watch your actions; they become habits.
Watch your habits; they become character
Watch your character; it becomes your destiny

JiKa KiTa TaK MaMpU MeNcEriAkAn OrAnG LaIn,JaNgAn LaH KiTa MeLeBaRkAn LuKa YaNg SeDiA AdA

6. "eS@RLi" - July 20, 2009

hOhOhOhOhOOO.. I LiKeS!!!

JiKa KiTa TaK MaMpU MeNcEriAkAn OrAnG LaIn,JaNgAn LaH KiTa MeLeBaRkAn LuKa YaNg SeDiA AdA

bEtOl tUh bRo!😦

7. DNA - July 20, 2009

😀

8. "eS@RLi" - July 20, 2009

KwAnG3!!

9. DNA - July 21, 2009

uik!!
ada katak la kat sini!! lari………….
ujan mau tulun!

10. "eS@RLi" - July 21, 2009

mAnEr?? mAnEr?? ItEw bkN KaTaK PaK.. ItEw MuNyIk tRoMpEt.. KuI3

11. DNA - July 23, 2009

wa…
bunyi trompet memang macam tu yek Snow? ini mesti trompet istimewa.. bak mai pinjam sat.

12. "eS@RLi" - July 23, 2009

nAh~~
aMIK La TRuS.. MiAhAhAA


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: