jump to navigation

IsTiKhArAh dAlAm mEmIlIh jOdOh.. October 14, 2009

Posted by "eS@RLi" in Cinta.
trackback
Pernah suatu ketika dahulu, seorang berada di dalam dilema dalam membuat satu keputusan besar tentang masa depannya. Beliau pernah berkasih-kasihan dengan seorang jejaka (jejaka A). Kasih mereka berdua tiba-tiba menghadapi situasi salah faham dan berakhir dengan kekecewaan.
Si gadis lalu membawa diri dan mencari kasih baru. Beliau bertemu dengan seorang jejaka (jejaka B) lalu berkenalan, bercinta, bertunang dan merancang saat perkahwinan.Ketika itulah baru si gadis mula sedar segala konflik yang berlaku di antara jejaka A dan dirinya hanyalah berpunca daripada salah faham. Masing-masing mempunyai salah. Masing-masing memohon maaf. Namun bagi si gadis, beliau tidak lagi boleh berbuat apa-apa kerana dirinya telah menjadi tunangan orang.Di dalam hatinya terdetik niat untuk memutuskan pertunangan dengan jejaka B, tetapi apakah salah jejaka B. Jejaka B baik dan telah menunjukkan kesungguhan. Semuanya ibarat kisah cinta di dalam novel-novel yang sering menjadi santapan minda di waktu kesunyian. Tidak beliau sangka situasi rekaan itu menjadi kenyataan di dalam dirinya. Cintanya sebenar pada jejaka A.Apabila ditanya ibu bapa, mereka menyarankan agar meneruskan sahaja dengan jejaka B. Apabila ditanya diri sendiri, beliau ingin memutuskan sahaja. Hati beliau kini telah beralih semula kepada jejaka A. Jika tidak kerana agama dan adat, sudah tentu beliau melakukan apa sahaja yang terlintas di hati.

Apabila beliau meminta nasihat saya, saya juga menjadi buntu, tetapi saya mencadangkan beliau untuk berikstikharah di tengah malam sunyi.

Pada pagi hari itu, beliau ternanti-nanti petunjuk tuhan, menanti sesuatu untuk berlaku, menanti bisikan suara hati.

“Tak ada apa pun,” kata beliau kepada saya.

“Sabarlah dan buat lagi malam nanti.” Saya menyuruhnya mengulangi istikharahnya.
Di pagi kedua, beliau masih ternanti-nanti. Penantian membawa ke tengahari. Di tengahari beliau masih kebingungan. Kebingungan yang membawa hingga ke petang.

Inisiatif dan kesungguhan beliau memohon petunjuk Ilahi akhirnya mendatangkan ketenangan buat dirinya sendiri. Semua saat-saat memaksa diri untuk melawan kantuk itu berbaloi.

Hanya pada petang itu, barulah kebuntuannya hilang. Beliau mendapat pengakuan daripada jejaka B sendiri, sebenarnya jejaka B sudah berkeluarga.

Ini adalah sebuah kisah kehebatan istikharah..

Wahai pasangan bercinta, kaji selidik lah dahulu jika kamu ada masalah semasa bercinta samada kesalahan sengaja atau tidak sengaja dan kesilapan yang pasangan kamu buat dahulu. Hargailah detik2 manis dan saat kebahagiaan kamu dahulu. Cubalah fahami apa yang berlaku, dengar dengan teliti apa masalah pasangan kamu, dengar penjelasannya. Biarlah salah faham kamu tu diselesaikan. Janganlah buat keputusan terburu untuk berpisah, sanggupkah kamu hadapi perpisahan ini.

Saya telah lalu pengalaman ini, ia amat berat dan menyakiti hati saya. Sebab itulah saya membawa diri ke Mekah untuk mencari ketenangan abadi. Luka di hati saya sukar untuk sembuh. Kekecewaan sesangat.

NOTE: DITERIMA DARI EMAIL

Comments»

1. b - October 16, 2009

salam.. saya juga terjerat dalam keadaan yang sama.. secara ringkasnya saya ‘berkawan’ dengannya sewaktu dia sedang bermasalah dengan kekasihnya..

namun, akhirnya dia terpaksa buat pilihan. akhirnya dia memilih untuk terus bersama kekasihnya. malah bakal berkahwin..
sakit, tp daripada mendatangkan masalah di kemudian hari, x mengapalah

"eS@RLi" - October 19, 2009

WsAlAm..
CiK B DaH WaT SoLaT IsTiKhArAh lAlU DiBERiKaN PeTuNjUk yEr..🙂
SuMe yG BeRlAkU AdA HiKmAhNyA TuH.. bEtOl tUh.. BeTtEr sAkIt sEkArAnG dR D SaKiTi kEmUdIaN HaRi..
ReDhA N Be sTrOnG KaY..😀

2. DNA - October 21, 2009

soba jo la yoOo…😀

"eS@RLi" - October 21, 2009

sAbAr iTu sEpArUh dArIpAdA ImAn..
ErRr yG SePaRuH Lg cAmNeR YeRk dNa? ;p

3. DNA - October 21, 2009

ini Snow nak test DNA yek!!
wokeh, baca ni..
.
Iman itu:
– Tasdiq (yaqin) pada hati bahawa ALLAH itu tuhan, Muhammad itu rasul dan percaya kepada segala ajarannya
– Iqrar (ucap dengan lidah / lisan)
– Amal dengan anggota.
.
Rukun Iman pula,
– Beriman kepada Allah.
– Beriman kepada malaikat.
– Beriman kepada kitab.
– Beriman kepada nabi dan rasul.
– Beriman kepada hari kiamat.
– Beriman kepada qada’ dan qadar.
.
.
dan ada tambahan sikit..
.
Maksudnya: Kebersihan itu separuh daripada iman.
“kebersihan itu menyeru kepada keimanan”.
Sedangkan maksud hadis itu yang sebenar menurut kata para pengkaji hadis dalam buku-buku mereka ialah: “Bersuci dari hadas adalah separuh daripada solat”.
.
.
.
.
.
.
so yang separuh lagi DNA nak letak kan pada yang mana ye? :p

"eS@RLi" - October 23, 2009

wAh cOmPlEtE.. cAm usTaZ DnA ArI NiH.. AlHaMdUlIlLaH..

DNA - October 23, 2009

‘ikon blush’
jangan la kata macam tu, DNA segan la..

muahahahha……
(ketawa guling-guling)

"eS@RLi" - October 23, 2009

iKhLaS SnOw pUjI NiH..
mIaHaHAAa :blush:

4. DNA - October 23, 2009

kuang, kuang, kuaaaaang……
(e’eh! apasal bakul ni tiba-tiba terapung ni!! tolong! tolong!)

"eS@RLi" - October 24, 2009

aHaHaHaAAAaa…
X DaPeK Nk nOlOnG NiH HAAa.. *tawa guling2*

DNA - October 24, 2009

:p


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: