jump to navigation

DiSeBaLiK HaNtArAn~aL-QuRaN October 19, 2009

Posted by "eS@RLi" in Renungan.
trackback

Kepade mreke2 yg nk menghantar dan menerime hantaran..pk2n

“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil..

“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.

“ Ala , awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an..

“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ…

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

“ Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta.. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan.. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak… usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Rad


Surah Ar Ra’d

Apa benda nih detik hati Nabil.

Bismillahirrahmaani rrahim..ALL. .MAA… RIII..!! berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : Auzubillahiminnassya itaanirrajim. . Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM… RAA.. kedengar suara gemersik Ustaz Sa ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Saad.

Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.. penutup Ustaz Sa ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu..

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Saad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.

read dis..

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: ‘When a man dies and his
relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by
his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the
shroud and the chest of the deceased.


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : ‘Bila seseorang lelaki
itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya,  berdiri lelaki yang
betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu
berada di antara kain kapan dan si mati.


Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan
Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya
mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai
ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang
diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah
tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia
dimasukkan ke dalam Syurga.’

Thereafter he turns to his dead companion and says, ‘I am the Qur’an,
which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low
voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will
have no grief.’


Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,’Aku
adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara
yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang.
Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.’

When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from
Al-Mala’ul A’laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.


Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada
Al-Mala’ul A’laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang
dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: ‘On the Day of Judgement,
before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the
Qur’an, neither a Prophet nor an angel.’


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :’Di hari pengadilan, di
hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran,
mahupun dari nabi atau malaikat.’

Please keep forwarding this ‘Hadith’ to all ….because

Sila sebarkan Hadis ini kepada semua ……kerana

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:

‘Pass on knowledge from me even if it is only one verse’.

‘Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.’

May Allah bestow this favour on all of us.
_._,_.__


Comments»

1. littledaisypot - October 21, 2009

insaf…ada kebenarannyer…
ye2 wt hantaran pastu simpan
ciap pilih2 lagik, nak yg tecik, cantik, ada tejemahan, tafsir bagai
tp pastu simpan…jgn kata Al-Quran, sejadah telekung pun lom tentu guna

DNA - October 23, 2009

awat disimpan?
bukan ke elok di baca berulang kali dan mana barang yang boleh diguna tu pakai dengan cara yang betul.
.
tak gitu Cik Snow?

"eS@RLi" - October 23, 2009

mMG La cAmTuH HeNdAkNyA..
tP OrG SkG KaN KlU BeLi al-qUrAn nK Yg cAnTiK.. KaLeR EmAs DeR TeRjEmAhAn.. PaStUh x dIbAcA.. Di sImPaN..
cAmTuH JuGaK KlU TeLeKuNg kEr.. BeRsUlAm2.. X GuNaKaN..
biAr bErsEdErHaNa.. N MeMbErI KeBaIKaN..
MoGe d jAdIkAn iKhTiBaR.. :)

2. DNA - October 23, 2009

tu dia! ustazah Snow dah mulakan mukaddimah..
anak murid semua.. dengar ye!

3. littledaisypot - October 23, 2009

toi tu snow…akak cokong….bl bab hantaran tawen kemain lagik brgnyer…sejadah Quran telekung bagai tp wat koleksi…iskhhhh….

4. DNA - October 23, 2009

tiba-tiba je isu ni semakin hangat ni, kenapa yek!
did i miss sometin?

5. "eS@RLi" - October 24, 2009

nOpE La dNa..
BeToL La dNa sAkAp tUh.. BoLeH GuNa lG KiTa gUnA..
tApI LaM BaB HaNtArAn nIh.. BkN MeN LaGiK..
bRg2 nYeR, rEgE nYER MaHaL.. dEsIgN NyEr nK Yg lAwO, tIp tOp SeGaLa..(CtH : bRg hAnTaRaN AL-qUrAn, sEjAdAh, TeLeKuNg)
TaPi lEpAs tUh tAk dIgUnA.. TaK DiBaCa.. SiMpAn wAt kOlEkSi cAm kAk qasEh sAkAp tUh.. IsYh3~

DNA - October 24, 2009

oOo..
macam tu ke!
tapi, setakat ni apa yang DNA perasan, setiap pasangan yang telah berkahwin dan diorang akan guna barang-barang yang disebutkan tu semua, memang la tak sekerap mana, tapi macam sejadah, secara automatik sejadah lama akan berganti dengan sejadah yang baru. (sejadah kawin tu beb! rugi tak guna)
.
dan telekong pulak, tak kan la si suami nak tengok isterinya guna telekong yang lama bila solat berjamaah dengan isteri?
si suami pasti bersuara, ‘aik! kenapa tak pakai telekong baru? bukan ke saya dah beli kan untuk awak’.dan si isteri pulak tak kan la tak nak memikat hati si suami dengan telekong yang baru diterima tu?
mesti excited!!!
(pengantin baru la katakan! :blush)
.
dan Al-Quran pulak..
kita semua dah sedia maklum yang Al-Quran tidak boleh di letak pada sebarang tempat, dan kalau nak memegangnya kena la ada air sembahyang.
so kita tak boleh nak bawak kehulu-kehilir Al-Quran tu.(kononnya nak tunjuk yang kita menghargai nya.)
tak boleh macam tu.
.
apa yang DNA nak tekankan disini ialah tak perlu buat andaian pada sesuatu yang kita tak pasti.. kalau orang lain buat silap, kita tegur dengan cara yang baik. dan kita jadikan kesilapan yang dah lepas sebagai pengajaran.
Insya’Allah..

"eS@RLi" - October 26, 2009

oPSS.. MAAfKaN SaYe tAs kEterLaNjUrAn kAtE Mr.dNa..
SaYe mEnGeRtI KiNi.. hEhEhee..
AdA KeBeNaRaNnYa jUa..
TeRpUlAnG Pd iNdIvIdU UtK MeNiLaI..
aKaL D KuRnIaKaN ToK BeRfIkIr..
Yg bAiK JaDiKaN TaUlAdAn.. yG KuRaNg bUaT SeMpAdAn.. :)

6. DNA - November 10, 2009

:D

7. linda - June 11, 2010

tolong sya……
sya nak buat hantaran gubahan untuk al-quran dan sejadah…..
tetapi sya belum tahu lagi cara2 apa yang sesuai untuk gubahan tersebut…
sya dlm masa yg suntuk sekarang ni……


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: