jump to navigation

sUkArNyA MeMaHaMi hAtI NuRaNi sEoRg wAnItA January 21, 2011

Posted by "eS@RLi" in Cinta, Lucu.
4 comments

Laki talipon,

Yang oii… Abang kat kedai mamak ni… Awak nak pesan apa-apa?

Bini jawab,

Takmau bang, bini awak diet…

Laki pon balik umah, goyang tangan tak beli apa-apa…

Sampai umah, tengok bini tarik muka moncong mcm cencorot

Siap majuk-majuk… Lari tido bilik sebelah….

Bila laki query balik,

Kan tadi awak yang takmau pesan apa-apa yang oiii….

Bini jawab,

memangla orang kata takmau apa-apa…

Tapi belikan jerla apa-apa….

Kalau abang beli apa-apa kita makan jerrr….

Eh, bini akuni… Yang mana satu nih?

—————————————————————–

Laki talipon bini,

Petang ni awak nak masak apa Yang?

Bini jawab,

Alaaahhh…. Hari-hari kena masak, penatlah bang!

Balik keja ni Abang makan siap-siaplah

Laki pon, balik keje.. Singgah kedai mamak

Tibai nasik beriyani kari kamben baekk punya.

Sampai umah, sendawa bau kamben…

Tiba-tiba… Bini jerit panggil suh makan!

Bang, bini awak masak sambal tumis petai, sama sup ayam,

Sama telur bistik, sama ayam goreng kunyit. Jom makan!!

Si laki terkulat-kulat pandang makanan penuh satu meja,

Sedangkan perut dia dah senak, penuh dengan kamben!

Merajuk lagiiii… Tido bilik sebelah lagi…..!!

Yang, awak ni ada kecelaruan mental ke halusinasi nih?

—————————————————————-

Abangni, kalo dok umah asek sepah umah jerlah!

Bini abang penat tau nak kemas umah semedang

Awat abang tak kuar pi mancing ker… Pi main bola ke…

Pegilah! Pegilah! Saya nak rilek-rilek dgn budak-budak nih

Si laki punyala seronok weeiii….

Dan-dan bangun pi tukar baju, capai talipon, capai kunci keta…

Bila dah siap, kuar bilik…

Tengok hanak bini dah siap-siap pakai baju lawa…

Bangggg, bini awak sama hanak-hanak ikut awak eh?

—————————————————————-

Bang, ujung mingguni balik kampung nak?

Abang keja lah yang….

Abang hantar bini abang dgn hanak-hanak dah la bang,

Pastu abang balik la KL balik

Lepas dah hantar hanak bini balik Parit Buntaq,

Esoknya, laki pon start keta… Nak balik KL.

Baru sampai Taiping, talipon berbunyi… Bini dia talipon.

Abang bila nak balik ambik kitorang bang?

—————————————————————-

Abang ni asyik tengok tibi jer dari semalam tau

Abang tak kesian bini abang ker…

Dah kelupas-kelupas kulit jari tau.. Asik basuh kain jer

Abang tulungla lipat banjaran Himalaya dalam bilik rahsia tu bang…

Laki pon, dengan muka rebel…. Masuk bilik rahsia… Lipat kain

Sekali, bini masuk bilik nak usha line… Tetiba jer kena petir

plak..

Apa awak lipat kain mcm ni banggg?

Kenapa sudut kanan tak align dgn sudut kiri nih?

Kenapa kolar baju ni awak lipat ke dalam?

kenapa spender ni awak lipat tiga?

kenapa? kenapa? kenapa?

—————————————————————

Nah hambik anak ni bang… pakaikan pampers, pakaikan baju…

bini abang nak mandikan hanak yang sorang lagi….

Nak bagi pakai baju mana ni Yang…? <— laki tanya

Alah abangni… kan baju anak ada 8 bakul tu…

pakaikan jerlah baju mana-mana pon…

bukan ada org nk tengok ponnn…

Bila bini tengok, anak dah siap pakai baju….

Apa pesen baju abang bagi budak ni pakai bangggg!

Apsal seluar kunin, tapi baju kaler merah?

kalau orang tengok, nanti orang ingat anak kita sami ha…

———————————————————-

Kesian lelaki… otak lurus sgt… xleh bengkang bengkok sket.

HAHAHAHA

Advertisements

suRaT dArI SeOrG WaNiTa uTk fUtUrE hUsBaNd October 21, 2010

Posted by "eS@RLi" in Cinta.
4 comments

Kehadapan bakal suamiku (harap-harap ada satu saja kamu).

 

Oh, Laling (boleh saya call kamu laling kan?)

 

Laling, saya tulis ini bukan sebab saya sangap nak kahwin laling, walaupun biological clock saya dah tik-tok-tik-tok –kesha dah dengan saya ni. Bukan juga untuk menyindir dan meletak syarat tinggi2 ala puteri Gunung Ledang laling, tapi nukilan ini hanya semata luahan hati saya.

 

Oh Laling (chewah geli pulak dah ni)

 

Laling, I hope time I jumpa you nanti, you dah bersedia nak settle down and kahwin. Wah laling, geli you vaca statement I kan? Tapi laling, I tak suke couple-couple. Couple dua tiga empat lima tahun pun, last2 putus jugak. I tau laling, ramai lelaki ni couple sekadar nak melepas kesunyian je. Maklum la kurang kasih sayang dari mak. Tapi tanggungjawab tak ada. Paling tak best kalau yang mau geli-geli aje. Eee tak suka la laling!  Tambah dosa je tau kapel ni.

 

So kalau kita jumpa nanti laling, tapi saya jual mahal, laling jangan marah tau. Kalau saya tak boleh dating, you mesej saya dalam Facebook pun tak pe. Jangan mesej2 gersang sudahla! Saya report sama itu Mark Zuckerberg!

 

Oh laling,

 

Kalau nanti saya first time jumpa laling saya tanya dah Solat Subuh ke belum, laling jangan marah tau. Wajib tau laling saya ni tak tinggal solat. Saya tengok rakan-rakan saya selalu merungut pakwe die tak bangun pagi. Hantar mesej “good morning” pukul enam pagi haram tak balas. Ring-ring telefon die tiga empat minit pun tak angkat. Last-last pukul lapan baru mesej macam orang mamai “sorry sayang, I baru bangun…makan jom.” Ohh!! Tampar laju-laju! Okeh laling, nanti kalau dalam proses mengenal diri saya miscall-miscall pagi-pagi laling tak angkat…siap laling!

 

Pastu laling mesti tau Imam kan solat. Paling tidak surah-surah Juz Amma pun jadilah. Qunut pendek Qunut panjang dua-dua mesti tau.  Ye la, bukan ke kahwin ni macam bina masjid. Mana ada masjid boleh fungsi kalau takde Imam? Laling kata macamlah saya tak pernah tinggal solat? Eh, of cozz la saya tinggal solat, saya kan perempuan. Kikikiki…

 

Oh laling,

 

Kalau awal-awal kahwin nanti saya masak tak sedap laling jangan marah ek. Biasa la, sebelum ni masak untuk mama and papa je. Dah diorg suka garam banyak tu, minyak banyak ni. Tup tap laling kata banyak sangat pulak. Laling, nanti laling tegur la baik-baik. Kata “masakan sayang sedap, lain kali kurang skit garam je.”. penat tau saya masak.

Jangan pulak asik2 makan kat luar sebab saya masak tak sedap. Paling kurang pun bagila buku reispi sebuah dua untuk hari jadi. Takpun periuk nasi Faber atau Elektrolux. Ni tak, asik-asik lupa je tarikh hari jadi dan hari anniversary kita. Sedih tau kita. Time ni la saya tunggu laling balas segala jerit perih saya masak dan jaga anak laling….

 

Oh laling,

 

Tau nanti tak lama lagi bila kahwin laling mesti mau anak. Kalau boleh satu pasukan bolasepak laling nak kan? Ye la, nanti boleh la jemput Chelsea datang KL buat friendly match! Anyway laling, I on je (wah terkejut kau!).

Tapi syaratnye laling kenalah tolong-tolong kemas rumah dulu, handle lampin anak sama-sama, paling kurang tolong hidang apa yang saya masak. Penat laling? Saya pon penat gak. Laling pikir, kerja saya 8-5 hari-hari. Balik rumah terus masak makan malam, tukar lampin anak kemas rumah, cuci pinggan, basuh baju…lepas tu kena layan laling pulak. Heisss…kalau kurang layan laling nak jadikan tu alas an pasang dua pulak!

 

Senang-senang laling, kita upah bibik sorang. Takpe laling, I bayar separuh you bayar separuh. Yang penting kita bahagia…ke laling bahagia?

 

Oh Laling,

 

Kalau nanti you jalan-jalan dengan I (of cozz lepas kahwin ok), laling jangan la malu nak pegang tangan. Ni saya tengok, pasangan suami isteri, suami jalan depan, isteri jalan punyelah kat belakang dengan anak-anak, laling. Paling tak best couple-couple muda remaja lalu sebelah boleh pulak bermesra-mesraan. Tangan tu lekatttt je kat pinggang ok.

Laling, kenapa kita tak boleh macam tu? Malu ke laling? Saya tengok suami Arab boleh je pegang tangan bini dia. Bini kemain purdah lagi.(of coz I taktau camne rupa bini die. Kot rupe cam Salma Hayek tak tau la).

 

Dan laling,

 

Kalau laling tengok awek-awek cun depan mata jangan la laling sweet-sweet jelling-jeling pulak. Kalau laling type yang gatal depan-depan saya laling pi usik dia lagi. Amboi laling, laling suruh saya pakai tutup aurat segala jadi wanita muslimah, tup-tap bila laling keluar dgn saya laling pi tengok yang baju singkat macam Fasha Sendat. Apa laling kata? “dia pakai macam tu laling tengok la?” Laling, dia pakai macam tu dosa dia dengan Allah aje. Tapi bila laling tengok laling pon tumpang dose sekali. Laling nak? Laling kata laling tak boleh tahan diri dari tengok? OK laling, next time kita keluar saya pakaikan blindfold ya. Dapat jugak pahala saya menghalang zina mata. Hihihhiihhi

 

Laling,

 

kalau you betul, betul sedia, I tunggu you lama-lama pun takpe. Maklum la I tau payah nak simpan duit untuk masa depan. Papa I pun makan megi je dulu taw, sebab nak kumpul duit kahwin. Tapi laling, kena la ingat untuk berjimat cermat. Jangan laling merungut sebab kos kahwin tinggi, tup-tap-tup-tap, laling pergi beli iPhone 4. Haa~~ kalau kahwin nanti lagilah. Jangan sengkek kalau anak nak beli coklat Tora Datang Lagi Dengan Mainan Pistol Air tapi laling boleh pulak pergi beli LCD TV. Apa laling kata, itu keperluan kita bersama? Ah, laling sorang je yang akan tengok TV nanti. Mesti laling kongker tengok Chelsea main EPL kan….

 

Laling, kita tak payah hidup kaya raya pun takpe. Kalau gaji laling kecik, kita campur dua jadi besar. Tapi jangan mengada-ngada nak anak ramai pulak kalau gaji kecik. Tak termakan diorg nanti. Bukan apa, saya cuma ingat kat anak je. Saya dapat makan separuh pinggan takpe. Asal anak dapat makan sampai gemuk macam Giant. Kalau tak dapat fulfill syarat tu jangan harap nak kahwin dua laling!

 

Cuma ingat laling, cari rezeki halal. Kalau halal, dengan perancangan rapi insyaallah laling, kita senang.

 

Sekian sajalah laling. Hope to see you soon! ^_^

kEnApA MaSiH BeLuM BeRuMaHtAnGgA? November 4, 2009

Posted by "eS@RLi" in Cinta.
31 comments

Mungkin anda pernah diajukan soalan , “kenapa masih belum berumahtangga lagi?” Jawapan yang lazim diberi adalah, “Tidak ada jodoh lagi..” Mungkin selepas ini anda akan mempunyai jawapan yang lebih sesuai ..

Jodoh, rezeki, ajal dan maut adalah takdir Allah s.w.t. Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah Al-Hadid ayat 22, “Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.”

Di dalam kitab Fathul Bari, Al-Hafiz Ibnu Hajar mencerita bahwa seorang ulama sunni pernah berkata, “Jika Dia menghalangimu atas apa yang menjadi hakmu, beerti Dia telah menzalimimu; tetapi jika Dia menghalangi kerana sesuatu yang ada padaNya, maka sesungguhnya Dia memberikan rahmatNya kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya.”

Jodoh kita telah pun ditentukan oleh tuhan. Apabila tuhan menghalangi sesuatu dari seseorang kerana kehendakNya, sudah tentu halangan tersebut merupakan “sesuatu yang terbaik”, kerana tuhan Maha Mengetahui. Apabila tuhan telah memutuskan “sesuatu yang terbaik” kepada makhlukNya, bermakna tuhan sedang melimpahkan rahmatNya kepada makhluk itu.

Mungkin selepas ini, ketika disoal oleh kaum keluarga dan sahabat-handai, “kenapa masih belum berumahtangga lagi?”, jawapan yang sesuai adalah, “semua ini adalah rahmat Allah.”

Wallahu’alam

IsTiKhArAh dAlAm mEmIlIh jOdOh.. October 14, 2009

Posted by "eS@RLi" in Cinta.
11 comments
Pernah suatu ketika dahulu, seorang berada di dalam dilema dalam membuat satu keputusan besar tentang masa depannya. Beliau pernah berkasih-kasihan dengan seorang jejaka (jejaka A). Kasih mereka berdua tiba-tiba menghadapi situasi salah faham dan berakhir dengan kekecewaan.
Si gadis lalu membawa diri dan mencari kasih baru. Beliau bertemu dengan seorang jejaka (jejaka B) lalu berkenalan, bercinta, bertunang dan merancang saat perkahwinan.Ketika itulah baru si gadis mula sedar segala konflik yang berlaku di antara jejaka A dan dirinya hanyalah berpunca daripada salah faham. Masing-masing mempunyai salah. Masing-masing memohon maaf. Namun bagi si gadis, beliau tidak lagi boleh berbuat apa-apa kerana dirinya telah menjadi tunangan orang.Di dalam hatinya terdetik niat untuk memutuskan pertunangan dengan jejaka B, tetapi apakah salah jejaka B. Jejaka B baik dan telah menunjukkan kesungguhan. Semuanya ibarat kisah cinta di dalam novel-novel yang sering menjadi santapan minda di waktu kesunyian. Tidak beliau sangka situasi rekaan itu menjadi kenyataan di dalam dirinya. Cintanya sebenar pada jejaka A.Apabila ditanya ibu bapa, mereka menyarankan agar meneruskan sahaja dengan jejaka B. Apabila ditanya diri sendiri, beliau ingin memutuskan sahaja. Hati beliau kini telah beralih semula kepada jejaka A. Jika tidak kerana agama dan adat, sudah tentu beliau melakukan apa sahaja yang terlintas di hati.

Apabila beliau meminta nasihat saya, saya juga menjadi buntu, tetapi saya mencadangkan beliau untuk berikstikharah di tengah malam sunyi.

Pada pagi hari itu, beliau ternanti-nanti petunjuk tuhan, menanti sesuatu untuk berlaku, menanti bisikan suara hati.

“Tak ada apa pun,” kata beliau kepada saya.

“Sabarlah dan buat lagi malam nanti.” Saya menyuruhnya mengulangi istikharahnya.
Di pagi kedua, beliau masih ternanti-nanti. Penantian membawa ke tengahari. Di tengahari beliau masih kebingungan. Kebingungan yang membawa hingga ke petang.

Inisiatif dan kesungguhan beliau memohon petunjuk Ilahi akhirnya mendatangkan ketenangan buat dirinya sendiri. Semua saat-saat memaksa diri untuk melawan kantuk itu berbaloi.

Hanya pada petang itu, barulah kebuntuannya hilang. Beliau mendapat pengakuan daripada jejaka B sendiri, sebenarnya jejaka B sudah berkeluarga.

Ini adalah sebuah kisah kehebatan istikharah..

Wahai pasangan bercinta, kaji selidik lah dahulu jika kamu ada masalah semasa bercinta samada kesalahan sengaja atau tidak sengaja dan kesilapan yang pasangan kamu buat dahulu. Hargailah detik2 manis dan saat kebahagiaan kamu dahulu. Cubalah fahami apa yang berlaku, dengar dengan teliti apa masalah pasangan kamu, dengar penjelasannya. Biarlah salah faham kamu tu diselesaikan. Janganlah buat keputusan terburu untuk berpisah, sanggupkah kamu hadapi perpisahan ini.

Saya telah lalu pengalaman ini, ia amat berat dan menyakiti hati saya. Sebab itulah saya membawa diri ke Mekah untuk mencari ketenangan abadi. Luka di hati saya sukar untuk sembuh. Kekecewaan sesangat.

NOTE: DITERIMA DARI EMAIL

dEfInIsI CiNtA August 3, 2009

Posted by "eS@RLi" in Cinta.
add a comment

di lembah subur ini..
telah ku anyam benih – benih aman..
agar ia kan jadi damai kelaknya..

di lembah subur ini..
telah ku semaikan kasih sayang..
agar ia dipenuhi dengan warna bahagia..

di lembah subur ini..
telah ku lontarkan hatiku..
ke lorong – lorong cinta..
agar ia tampak berseri lagi..

di lembah subur ini…
ku mengejar warnanya pelangi..
agar dapat ku miliki..
sebuah penghargaan..

namun… di lembah subur ini..
hatiku telah dihiris
hatiku telah ditikam
hatiku telah diperkosa
oleh kepercayaan aku terhadap cinta…

ada apa dengan cinta itu..
hinggakan ku lihat lembah itu sengsara..
lembah itu sunyi sepi..
lembah itu tak bermaya..
bagai tiada warna lagi..

akhirnya.. dilembah subur ini..
yang bernama dunia..
kulihat segalanya tentang cinta..
manusia cinta mencintai..
luka melukai…
cinta suci, cinta abadi, cinta hakiki…
bermacam definisi cinta

cinta Yang UTAMA hanyalah milik-NYA jua…

NOTE : kiriman darik ika^natasya

cInTa DaN pErAsaaN.. July 16, 2009

Posted by "eS@RLi" in Cinta.
add a comment

“Anda punyai seorang kekasih yang merupakan segala-galanya dalam hidup anda. Suatu hari anda mendapat tahu bahawa ada orang lain telah jatuh cinta terhadap kekasih anda, dan orang itu pun tahu bahawa orang yang dia cintai itu sudah berpunya, dia tahu itu adalah kekasih anda. Malangnya dia tetap berharap agar kekasih anda menerimanya. Saban hari dia memohon kepada kekasih anda agar cintanya diterima. Lebih malang lagi, dia kononnya telah memutuskan perhubungan dengan kekasih lamanya semata-mata ingin mendapatkan kekasih anda. Apa tindakan anda?”

Jika kita memikirkan soal hati..
Cinta selalunya dikaitkan dengan hati. Jangan mempersalahkan seseorang itu jika dia jatuh cinta terhadap pasangan kita. Sebab cinta itu soal hati. Anggaplah bahawa dia sebenarnya tidak ingin berperasaan seperti itu, sebab dia tahu orang yang dia cintai itu telah berpunya. Tapi.. kenapa dia masih mengharap?

Jika kita memikirkan soal perasaan..
Kita sebagai kekasih kepada kekasih kita pasti akan berasa tergugat atas kehadiran orang itu, kita akan berasa cemburu, terluka dan sakit hati kerana kekasih kita kerap kali diganggu. Perasaan ini wujud dengan sendirinya kerana kita takut kebahagiaan yang kita kecapi akan terancam. Seandainya kita tidak pandai mengawal perasaan, tidak pandai menggunakan kewarasan dalam pemikiran kita, segala-galanya akan hancur.

Cinta adalah anugerah yang terindah dari Tuhan yang Maha Pencipta. Kita wajib bersyukur kerana telah dianugerahkan cinta. Setiap orang berhak mencintai dan dicintai, berhak mencintai siapapun tetapi jangan sampai hak itu melukai orang lain. Kita tidak berhak memaksa orang lain untuk membalas cinta kita. Bukankah sesuatu yang dipaksa hanya akan menimbulkan penderitaan dan sakit hati? Bukankah pemaksaan bererti melanggar hak asasi?

Aku bercerita tentang pengalaman..
Biar aku dilukai, jangan orang lain terluka..

eRtI CiNtA? July 13, 2009

Posted by "eS@RLi" in Cinta.
18 comments

Anda Ingin Bercinta?? Zaman remaja adalah zaman untuk mencari dan mengenal diri. Setelah akal semakin mampu untuk berfikir jauh. Sekurang-kurangnya sudah mengenal mana baik dan buruk, halal dan haram, najis dan yang suci, syurga dan neraka. Umur sebegini, orang muda cenderung untuk hidup di dalam perkumpulan. Gemar juga untuk mencari penyelesaian di luar rumah dibandingkan dengan berbincang dengan ibu dan ayah. Dan ketika inilah jiwa sudah menyubur untuk mengenal apa itu cinta (berlainan jenis). Mengapa bercinta? Terkadang bercinta dengan sebab ikut-ikutan (kerana melihat kawan sedang ‘bahagia’). Terkadang ia bercinta supaya ‘pointer’ selalu meningkat naik. Dan katanya agar ada teman yang dapat memberi nasihat. Alamat.. jika salah bercinta, bubur tidak akan kembali menjadi nasi.

Sebelum bercinta fikirkan perkara-perkara ini wahai orang muda :

1 . Sudahkah anda bersedia untuk bercinta? Adakah sudah bersedia menghadapi risiko di dalam percintaan? Adat orang mengatakan cinta itu bersatu, dan ada kalanya ia membutakan mata. Manakala yang tidak nampak jalannya habis hancur masa depan hidupnya. Cinta tidak semestinya bersatu, ada kalanya ia terputus di tengah jalan. Dan ada kalanya ia berjaya sehingga ke jinjang pelamin. Risiko putus cinta selalu membuatkan manusia seolah-olah putus asa. Hilang hala tuju hidupnya. Entah berapa ramai yang sudah menamatkan nyawanya sendiri bila cinta nafsu lebih diharapkan dari cinta kepada Illahi.

2. Apa matlamat Anda bercinta? * Mungkin untuk merosakkan anak gadis atau hati orang lain? * Ikut-ikutan atau suka-suka sahaja? * Untuk mencari pengganti pasangan yang telah pergi? (tetapi sekiranya ia ingin kembali semula suatu hari nanti, anda dengan rela diri meninggalkan pasangan baru anda yang telah diberikan harapan? * Sekadar cinta monyet yang tiada matlamat di masa hadapan? * Untuk mendirikan rumah tangga yang membawa kasih sayang dan rahmat dari ALLah? Orang yang mulanya bercinta – hatinya akan berbunga-bunga. Tidak ia sedar apa yang berlaku di sekelilingnya kerana disibukkan dengan apa yang dicintainya. Segalanya nampak cantik, molek, comel dan sempurna belaka. ‘Pijak semut tidak mati’. Segalanya berjalan dengan penuh optimis dan positif. Lalu mungkin ‘menipu diri sendiri’ sudah menjadi pegangan agar hubungan berlangsung dengan menarik dan dapat dikekalkan. Apabila perhubungan cinta anda mulai ‘berkelap kelip’ – mulalah anda akan berfikir semula akan buruk dan baiknya pasangan anda. Mungkin ketika ini anda akan berusaha mencari solusi. Sekiranya berjaya perhubungan anda akan berjalan seperti biasa. Dan sekiranya dalam bahaya, ia akan membawa kepada ‘putus cinta’. Perkataan inilah yang menjadi penghancur jiwa, rasa kecewa, terhina, rendah diri, sakit hati, dendam, putus asa. Maka istilah-istilah cinta yang dahulunya berkisarkan fantasi, anda akan sedar ia bukanlah realiti. Menjadi hipokrit satu perkara, iaitu masalah yang akan dibawa apabila hidup di dalam sebuah rumah di atas pernikahan yang sah. Segala-galanya yang ‘cantik’, ‘molek’ akan ditunjukkan juga sebagai satu hakikat yang perlu anda terima. Samada anda terima dengan terpaksa atau redha selamanya.

3. Mengapa Anda Bercinta? * Kerana ALLah? * Kerana cantik rupanya? Mancung hidung, kumisnya tebal? Badannya serupa model? – yang pasti semuanya ini tidak kekal lama. Berapa ramai wanita yang menghidapi sakit barah kulit kerana taksubnya kepada yang dinamakan ‘KECANTIKAN’ ? Berapa ramai pula yang sanggup berhutang, mengorbankan identiti seorang Muslimah dan Muslim kerana tertarik dengan namanya KEMODENAN? * Kerana duitnya? Harta yang bertimbun? * Kerana empunya diri itu sendiri? * Kerana Agamanya? Ia akan di bawa di dunia dan akhirat. Tetapi ramai juga yang terjerumus di lembah hina. Kerana yang dibawa rupanya selama ini adalah nafsu tetapi disolek dengan nama Agama. Anda akan dapat apa yang anda niatkan. Ingat perjalanan cinta sesama manusia amat jauh, dan mungkin juga dekat, ataupun ia satu perjalanan yang tidak pasti.

4. Apa Modal Untuk Bercinta? * Adakah dengan modal air liur? Atau jari jemari menulis sms? Sedarkah anda? apabila bercinta dan anda meletakkan sesuatu di dalam hati seseorang. Ini telah memberikan ia pengharapan baru dalam hidupnya. Dan ia akan berusaha untuk mencapainya. Jika cinta anda sekadar cinta monyet, cinta untuk merosakkan anak orang, ikut-ikutan dan hanya menjadikan orang lain sebagai batu galas – CINTA NAFSU. Eloklah lupakan sahaja. Anda hanya akan menjadikan diri anda sendiri bahan fitnah yang akan orang ingat sampai bila-bila. Sedarkah anda? Mahligai perkahwinan itu memerlukan pengorbanan bukan sahaja dari segi jari jemari dan air liur. Tetapi lebih dari itu adalah modal ilmu untuk mendirikan sebuah keluarga yang beragama, cintakan ALLah dan rasul-Nya. Modal harta iaitu pekerjaan dari sumber rezeki yang halal untuk anda berikan kepada isteri, dan anak-anak. Modal hati dan perasaan untuk dikongsi, difahami, kesabaran dan sebagainya.

5. Berapa Lama Anda Ingin Bercinta? * Seminggu? * Sebulan? * Tiga, empat tahun? * Sehingga habis belajar? * Cinta hingga ke akhirat? Apabila anda bercinta, setiap pasangan pastinya ingin mengetahui sampai bilakah mereka akan bercinta? Dan apabila perhubungan itu diketahui oleh sang ibu dan ayah, tentunya mereka akan bertanya bila pula tarikh merisik, pertunangan dan perkahwinan pula akan dijalankan? Dan tentunya kaum kerabat pula akan tertanya-tanya, dengan siapa anda berkawan. Mungkin ada yang sudah diusung ke hulu dan hilir – orang kampung pun sudah mulai berbisikan. Walaupun anda sangkakan di bandar orang bersikap tidak ambil peduli. Tetapi malaikat di kiri dan kanan tetap juga menulis catatan.

6. Kos Cinta * Duit yang anda habiskan semata-mata untuk sidia – telefon (sms, mms, chat etc), bil elektrik, bil internet, * Masa yang anda korbankan untuk sidia * Hati dan perasaan Sikap Matang Dalam Mencari Cinta Wahai pemuda dan pemudi, menyebut perkataan cinta sesama manusia itu mudah, tetapi untuk melaksanakannya amatlah payah. Bercinta bukan menjadi tiket yang menghalalkan anda menyerahkan jasad kehormatan anda. Bukan juga bermakna anda sudah menjadi juara dan normal sebagaimana insan lain yang bercinta (sudah fahamkah erti cinta yang sebenarnya?) . Anda rosak kerana cinta? – ia adalah kesalahan anda sendiri di dalam menterjemahkan cinta yang suci dan abadi. Semaklah semula adatnya bagaimana RasuluLlah menyalurkan perasaan cinta. Jika berbaloi dengan bercinta – anda dapat merasai hidup bahagia serta mendapat keredhaan ALlah kerana matlamat anda jelas, anda sedia redha dengan kemungkinan yang berlaku serta tidak menyalahkan taqdir, perjalanan cinta tidak melanggar batas syarak. Maka silalah untuk bercinta. Fikirkan.. Dalam masa bercinta, bagaimana hubungan kita dengan ALlah dan manusia serta makhluk yang lain? Semakin baik ataupun semakin jauh dan terus menjurang. Adakah ia menjadikan kita hamba ALlah yang bertaqwa ataupun hamba ALlah yang derhaka?

ilud6da8e884732_myspace

kHAS UnTuK MeReKa yAnG PuTuS CiNtA July 13, 2009

Posted by "eS@RLi" in Cinta.
add a comment

Mungkin ade diantara kamu yg ade mengalami kenangan pahit@buruk kn..sebagai contoh putus cinta..memang berat nak lupekan org yg kite syng 2 kn…ape2 hal dlm islam,kite kne redha n trime ngn ujian Allah s.w.t..tp kamu jgn risau dlm islam byk cara yg bleh kite buat…tip ni sy dapat dr dato fadzilah kamsah…seelok2nye kite lakukan b4 kite tdo…

1) kite ingat kembali kenangan pahit@buruk kite 2 pastu kite stop(yakni kite cube tersedar dr khayalan kite) pastu ucaplah innalillah…

2)mohon doa pd Allah..kite berdoa pd Allah spy diberi keredhaan dan kekuatan utk kite…anggaplah ini sebagai ujian n pohon agar kite diketemukan ngn org yg lg baek,lg mulia…

3)mohon pada Allah supaya diberikan hidayah ngn kejadian yg menimpa..

4)maapkan kesalahan semua org samada ibubapa,guru,kwn2,musuh2 kite n yg paling penting kite maapkn kesalahan dia(org yg kite benci itu)

5)doakan untuk dia kebahagiaan..doakn agar ia dapat bertemu jodoh yg lg sesuai..

Dengan cara di atas insyaallah Allah akan memberikan kamu kekuatan n lambat laun kamu akan lupekan sume 2..dalam islam kite xboleh lari dari Allah..ape2 musibah yg menimpa atas diri kite,pohon lah pada Allah yg satu…kite kene yakin bahawa Allah akan menolong umatnye yg dlm kesusahan kerana ia salah satu doa yg dimakbulkan Allah…insyaallah..

one-true-love

tIpS MeNghAdApI pUtUs cInTa July 13, 2009

Posted by "eS@RLi" in Cinta.
add a comment

Cinta memang manis & indah bila diakhiri dgn. ikatan yg. sah. Bagaimana pula dgn. cinta yg. putus di tengah jalan. Tentu perit utk. menghadapinya… apatah lagi bila bekerja di satu pejabat. Mungkin dgn. panduan berikut sedikit sebanyak dapat mengurangkan perasaan gundah gulana, kepedihan & rasa kecewa yg. dialami.

1. Berdamai dgn. diri sendiri. Manjakan diri anda ie mandi sauna, urut aromaterapi dsb. Jgn. ragu-ragu bersikap egois, menangislah sepuasnya jika itu yg. diinginkan. Usah pedulikan komen-komen drpd. org. lain.

2. Hindari dari membuat keputusan2 besar kerana keadaan anda masih dlm. kedukaan dan tentunya masih lagi dipengaruhi emosi.

3. Berbicara dgn. org2 yg. anda percayai. Drpd. mereka anda akan mendapatkan kata-kata bijak yg. boleh menghiburkan hati.

4. Keluarlah dgn kawan2 lama yg dapat membuat anda tersenyum, bahkan tertawa lebar.

5. Perbaiki penampilan diri dgn demikian anda akan lebih mempercayai diri.

6. Jgn melarikan diri dgn org lain. Org yg baru putus cinta cenderung ingin cepat-cepat punya kekasih baru utk menepis kesendirian. Kesilapan besar kerana ‘pelarian’ tersebut bukanlah akan menyembuhkan tapi akan menimbulkan masalah baru.

7. Bermesralah dgn binatang kesayangan spt. kucing, arnab dsb.Sedikit sebanyak akan melupakan kepedihan.

8. Menulis surat. Jika anda membenci bekas kekasih… tulislah semua kebencian anda di sehelai kertas, lalu bakar. Hal ini hanya untuk menyalurkan emosi anda.

9. Jgn. ragu memberi ‘komplimen’ utk. diri sendiri. Misalnya jika anda suka bunga, belilah beberapa kuntum bunga & letakkan di mana anda suka. Ganti beberapa hari kemudian dgn. bunga lain.

10. Makan tepat pada waktunya. Jgn. menjadi kuat makan (emotional eater) kerana berat badan anda akan naik dgn. cepat tapi jgn. pula hilang selera makan krn. anda akan jd. tidak bermaya. Makanlah dgn. tepat dan sihat.

11. Bersukan. Latihan fizikal selain membuat tubuh sihat dan meningkatkan stamina tapi juga terbukti dapat memperbaiki ‘mood’.

12. Lakukan hobi yang anda sukai ie. membaca, menonton tv, berkebun dsb.

13. Jgn. ‘trauma’ oleh cinta. Jatuh cinta tidak datang hanya sekali dlm. hidup. Percayalah pada keajaiban cinta.

Nota: Anggaplah putus cinta itu adalah satu ‘persinggahan’ dalam kehidupan. Berfikiran positif utk. menanganinya. Mungkin dia bukanlah yg. terbaik untuk diri anda. Sesuatu yg. terjadi ada kebaikan di sebaliknya. Sebagai seorg. Islam, kepadaNYA kita mengadu apa yg. tersirat di hati kita. Telah tersurat dia bukan jodoh anda, mohonlah kepada Tuhan agar anda dapat melupakannya. Putus cinta bukan pengakhirnya kehidupan anda, hidup mesti diteruskan.

9837

jIkA KaMu.. July 13, 2009

Posted by "eS@RLi" in Cinta.
add a comment

jika kamu memancing ikan….

Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu….
Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja….
Karena ia akan sakit oleh karena bisanya ketajaman mata kailmu dan
mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang…
Setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya….
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja….
Karena dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat
melupakan segalanya selagi dia mengingatimu….

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada
takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh…. cukuplah
sekadar keperluanmu….
Apabila sekali ia retak…. tentu sukar untuk kamu menampalnya semula….
Akhirnya ia dibuang….
Sedangkan jika kamu coba membaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan
lagi….

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya…. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya
begitu istimewa….
Anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk
menerimanya…. akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan terus
hingga ke akhirnya….

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi… yang kamu pasti baik untuk
dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, coba mencari makanan yang lain..
Terlalu
ingin mengejar kelezatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan….. yang kamu
pasti membawa kebaikan kepada dirimu.
Menyayangimu. Mengasihimu.
Mengapa kamu berlengah, coba membandingkannya dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan menyesal.

9356