jump to navigation

rAhSiA BaJu lElAkI May 28, 2009

Posted by "eS@RLi" in Lelaki.
2 comments

Merah
Melambangkan sikap dominant, kuasa dan pehatian. Lelaki yg berbaju meah tak takut untuk menonjolkan dirinya dikalayak ramai. Juga turut dikatakan mempunyai sexual energy yg tinggi.

Merah Jambu
Mat jambu?..hehehehhe.. mane ade lelaki yg suka digelar cam tu. Kalo ade le pasangan korang yg pakai kaler nih, mungkin dia nak mencerminkan attitude nye yg bagus, tenang dan kesihatan dia yg bagus.. (pink of health). Tapi tak semua nyer tepat!

Hitam
Em, warna yg paling popular dlm ape gaya skali pun. Biase nyer lelaki yg suke pakai keler nih, nak kasi tau kat korang yg dia nih mahu dilihat bergaya elegen, mempunyai kuasa dan mempunyai sokongan org disekelling dia. Kalo kaler ni dikenakan kemas, ia membayangkan imej yg rapi, simple tapi…………….. versatile! Tapi, lelaki yg memakai kaler ni jugak dikatakan amat mementingkan dirinyer sendiri dan tak suke decontrol oleh teman nyer! Tapi,,,,kalo serba hitam sepanjang masa…. berkabung la kot!

Putih
Pakaian putih memberi maksud bersih, suci dan tidak tercemar! (Extrmely clean appearance). Dengan syarat,
pakaia tadi tidak kotor, tidak bercapuk2 @ bertompok2. ade juga yg mengatakan kaler nih mencerminkan si
pemakai mempunyai status sosial yg tinggi, keran ia nampak mahal mungkin juga sebab kaler putih yg sukar
dijaga.

Biru
Menegaskan sikap pemakainya yg boleh dipercayai dan mudah mesra. Kaler ini juga boleh mengubah penampilan
si pemakai kepada lebih serius, matang serta menyerlahkan sisi intelektualnyer!. Lelaki yg suka pakai kaler ni pun, dikatekan berjiwa lembut, mudah mengalah, tidak perbalahan dan sanggup buat ape saje untuk pasangannyer! (bertuah badan dapat pakwe yg nih)

Kuning
Amat merangsang visual dan pemikiran! Lelaki yg suke pakai kaler nih dikatekan cuba memaparkan sikap optimistic, yakin terhadap kerjaya dan masa depan.

Burgundy(Kaler Maroon)
Dikaitkan dengan “passion” dan semangat yg tinggi. Turut dianggap warna yg mewakili status tinggi dan lambang kemewahan

Hijau
Lelaki yg pakai kaler nih, dikatekan selalu bersikap tenang dan relaks dlm ape jua keadaan. Mereka tidak mudah melatah, marah malah dikatakan bijak
megendalikan hal2 kewangan!

Coklat
Kaler ni suatu mase dulu pernah dikaitkan ngan gaya tidak formal, tapi sekarang tidak lagi! Ianyer menjadi
kaler alternative untuk ke office selain kaler hitam, putih @ kelabu. Lelaki yg suker pakai kaler ni, dipercayai selalu bersikap penyabar, tidak suke cakap besar, matang dan bertanggungjawab disamping selalu merendah diri.

Kelabu
A touch of class. Warna kelabu mudah di suaipadan dgn sebarang kaler lain. Ia memperlihatkan personality lelaki yg efisyen, bijak dan tegas! Tapi, lelaki yg berpakaian kelabu turut dikatakan amtlah perlahan dlm membuat keputusan!

aNtArA KuCiNg dAn lElAkI ^_^ November 20, 2008

Posted by "eS@RLi" in Lelaki.
add a comment
Morning all.. Ahaks pagi nih hako dapat mail. Tajuk nyer “Antara Kucing dan Lelaki” Boleh ker lelaki diibaratkan sebagai seekor kucing?? Atau disamakan dengan seekor kucing?? Atau kenapa tidak haiwan lain?? Lelaki suke kucing ker??  Hikss..
Wo Wooo.. Sebelum tuh, jangan nak marah hako ehh.. Try bace dulu fakta2 ini adakah sama dan boleh disamakan. Miahahaha~~
Check it out!!
Jika anda mahu MEMAHAMI lelaki, cuba lah baca sampai habis…
Lelaki ini boleh diibaratkan seperti seekor KUCING JANTAN. Mengapa?

1) Kucing jantan suka dibelai

 ~ Ya, memang lelaki suka sangat dibelai oleh perempuan, tak kira la
awek ke, isteri ke, ibu ke…
Memang mereka suka dibelai tetapi AWAS, mereka mungkin akan
mencakar anda jika anda mengasarinya. Jadi
berlembut la dengan lelaki. Mereka tak suka yang wanita kasar.

 

2) Kucing jantan kuat makan & cepat lapar
~ Kucing memang kuat makan & akan mudah menjadi cepat lapar. Jadi,
paham ajelah, bukan setakat makanan
sehariannya aje yang perlu dijaga, “makanan” batinnya juga perlu
dicukupkan. Jadi, jagalah makan minumnya.
Seorang suami suka masakan isterinya. Kepada yang bertitle
Girlfriend, belajarlah masak dari sekarang. Yang
bertitle isteri, masak lah untuk suami jika tidak mahu dia
mencari lain. Jika tak tahu, belajarlah. Tak sia-sia kalau
tambah ilmu rumahtangga ni.
3) Kucing jantan kuat tidur
 ~ Lelaki memang kuat tidur (tp ada juga yang jenis tak kuat sngt,
tp bilangannya amat sikit). Dan kerana itu,
bagilah peluang kepada lelaki untuk tidur secukupnya, jika
tidak, ada yang akan mengamuk lebih teruk lagi jadi
seperti kucing, dia tidak akan mengamuk tetapi akan beralih
tempat tidur. Anda mahu suami anda beralih
tempat tidurnya ka???? Jadi, jangan kacau time dia tidur.

4) Kucing jantan kuat merayap

~ Lelaki juga sama seperti kucing (selalunya lah). Mereka gemar
merayap & melepak, selalunya dengan kawan2 (ni
tak sama dengan kucing). tetapi sebagai penjaga kucing,
selalunya kita akan melepaskan kucing kita keluar,
kerana kita tahu dia akan pulang sendiri. Begitu jugak lelaki.
Agak sama kan???
TETAPI, jika kucing mahal/baka baik, selalunya kita akan
mengurungnya di dalam sangkar kan. Cuba kita
lepaskan dia, confirm dia akan lari sebab dah jumpa kebebasan.
Kesimpulannya, janganlah “kurung” lelaki.

 

5) Kucing jantan mahal/baka baik makan Friskies, kucing jantan kampung
makan ikan lauk nasik

 ~ Sama cam lelaki, ada lelaki tastenya camni, ada lelaki tastenya
camtu. Kita kena faham taste lelaki itu dahulu,
sebelum kita buat satu relationship dengan dia. Kite kena saling
memahami.

6) Kucing jantan tak suka dipaksa

~ Ermmm, ni memang sangat2 betul. Sama cam lelaki, lelaki ni amat
pantang dipaksa. Dia paksa tak ape, (tengok
kucing, dia akan mengiow kat tuannya selagi tak dapat makanan).
Macam kucing, kita takleh paksa dia tidur,
takleh paksa dia makan & takleh peluk dia dengan paksa. Nanti
kena cakar babe!!! Janganlah memaksa lelaki.
Bagi dia space dia tp dalam masa yang sama pantau. Jangan sampai
dia main kayu 3 plak.

 

7) Kucing jantan ada perasaan ingin tahu (curiosity)
~ Kalau kucing suka melihat benda-benda pelik dan lari untuk
memegangnya, samalah dengan lelaki. Mereka suka
mencuba benda yang baru dan benda yang tak pernah mereka rasa.
Tengok sahaja Mat Gian, lebih 85% adalah
org lelaki. Lelaki ni kan ada otak kan…. Lu pikirlah sendiri
mana yang baik dgn yang buruk kan.
8) Kucing jantan akan merebut kawasan mereka

~ Ini selalu dalam kes lelaki samseng la ataupun Along. Nak rebut2
kawasan. Mereka nak tunjuk ego mereka. Biasa
lah lelaki ni mesti nak tunjuk ego mereka. Layan!!!!
9) Kucing jantan ada yang ego/buat bolayan kat tuannya/org sekeliling

~ Kucing juga ada ego mereka. Tengok kalau kita panggil ia, “miow,
miow mari sini”, (kalau time ia tak lapar),
mampus ia nak datang kat kita. (lainlah kalau memang kucing tu
dengar kata/educated). Kalu kita kejar, ia akan
lari. Macam lelaki jugak, makin dikejar, makin dia nak lari dari
kita. Nama pun lelaki, mereka takkan nak tunduk,
lebih2 lagi kepada perempuan. For sure anda kenal lelaki anda,
guna la bermacam cara untuk lembutkan hati
mereka. Tapi bukan minta mereka tunduk dengan kita ya.. Mereka
perlu dihormati.

 

 

10) Kucing jantan takkan pernah setia kat seekor kucing betina
~ Kalau diikutkan ini tak berapa sama, tp ada persamaannya. Ikut
kajian, hampir 78% (berdasarkan majalah Cleo
keluaran bila ntah), lelaki takkan akan kahwin dengan girlfriend
pertama dia (pls note: secara specificnya bukan
cinta pertama tp first girlfriend pertama dia). Begitu juga
dengan lelaki yg modern (of coz) dan bkn yang
conservative, selalunya tidak akan berkahwin dgn first
girlfriend dia. Tetapi ada juga la species lelaki yang
memang setia pada yang satu dari girlfriend pertama & jenis
taknak tukar-tukar girlfriend/isteri (yang tu tak
ikut perangai kucing la)

** FIKIR-FIKIRKANLAH YE…….. Jangan marah ye org lelaki…. Benda
ni nampak cam suka-suka tp ada faktanya juga…

 ♥♥~~ Luu pikirr laa
sendiri…Wah…wah..kah.kah..kah..”Meowwwww….- “..ahaks!
 cat457a13185952_myspace