~TaG fRoM QiS~

November 19, 2009 at 02:29 p11 | In My Life | 4 Comments

Salam.

Tadik hako sajer jer bukak mail. Bukan nak baca sangat pon mail tuh. Tapi sajer jer nak usha saper yang sedang on9.. miahahaha. Tengok punyer tengok, berderet-deret comment blog yang masok. Lalu hako membuka blog, membalas komen, sehingga melawat blog-blog teman sehingga menemui tag ini di blog Cik Qis. Huwaa sangat susah mo menjawab. Namun disebabkan Qis yang cumel itew yang tag, hako jawab jugak la.. Ahahaha..  Tag untuk hari ini adalah “Tag 9 ttg aku SEDANG..”

1- Aku SEDANG online facebook.. hari-hari hako online untuk bermain “game” di sana.. ahahaha..

2- Aku SEDANG berasa kesejukkan akibat daripada aircond yang dipasang pada suhu yang agak melampau.. huhuuu

3- Aku SEDANG lihat mamat kat sebelah meja hako yang darik pagi tadik busy.. pendek kate tetiap hari lah busy nyer.. Hako jugak yang pree sentiasa.. Lalalalalalla~~

4-Aku SEDANG keletihan menaip dan memikirkan apa yang perlu hako jawab dalam tag ini.. help me.. Huwaaa…

5-Aku SEDANG melihat jam.. owhh baru pukul 5 suku.. lagi 15 minit utk pulang.. sangat lambat.. huhhh~~

6-Aku SEDANG menanti server okay kembalik.. selalu betol buat hal!! sungguh stress~

7-Aku SEDANG usha2 enset.. kot-kot lah ada msg masuk.. tetapi tiada.. huwaaa sungguh kuciwaaa.. sob3

8-Aku SEDANG hampir menjawab kesemua soalan.. yes2!!

9- Aku SEDANG menaip dan memikirkan mangsa untuk Tag ini.. rasakan kalian! ahahhaa~


TAG ini dipanjang kan kepada..

- Cik Qaseh-

-Cik Nick-

-Cik Yatie –

-En. DNA-

-En. Sata –

-Pn. M –

YaNg tErLEWaTkAn~ShEiLa On 7

November 12, 2009 at 02:29 p11 | In Lirik Lagu | Leave a Comment
dimana kau selama ini
bidadari yang ku nanti
kenapa baru sekarang
kita dipertemukan
sesal kan tiada arti
karna semua tlah terjadi
kini kau tlah menjalani, du du du du du
sisa hidup dengannya

reff:
mungkin salahku melewatkanmu
tak mencarimu sepenuh hati
maafkan aku

kesalahanku melewatkanmu
hingga kau kini dengan yang lain
maafkan aku

tak berulang kembali
kau tak akan terlewati
segenap hati ku cari, du du du du du
dimana kau berada

repeat reff

walau ku terlambat
kau tetap yang terhebat
melihatmu, mendengarmu
kau lah yang terhebat

~MaLacCa~

November 10, 2009 at 02:29 p11 | In My Life | 10 Comments

Ahahaha rasanya macam agak basi untuk diceritakan. Namun untuk tidak menghampakan pembaca (ekekekeke.. pasan der peminat) hako story-story jugak lah yerk hikss. Pas keja half day Sabtu ri tuh, hako ngan cik Nick berjanji untuk berjumpa di KL Sentral sebelum ke opis cik Baby. Dalam pukul 2 lebey rasanya kitorang sampai di opis cik Baby. Bertolak dalam pukul 3 cenggitew meneruskan perjalanan ke bandar yang bersejarah. Dalam perjalanan tuh, we all sempat menjamu selera di RNR Seremban dan sempat singgah di umah cik Sky kerana beliau ada mengirimkan “barang” untuk adek beliau.

Dalam pukul 6 lebey i guess bergerak dari umah cik Sky, kitorang meneruskan perjalanan ke Melaka Sentral untuk membuat tinjaun dan servey-survey hotel mana yang akan kitorang diami selama 2 ari berada di sana. Dan akhirnya, kitorang menemui juga sebuah hotel yang masih lagik available untuk kitorang berempat setelah puas cik Baby membuat panggilan fon dari satu hotel ke satu hotel.  “The Trend Hotel” namanya. ehehe..

Malam tuh lepas kitorang mandi dan merehat-rehatkan diri sebentar, kitorang keluar berjalan-jalan menghayati panorama malam di sekitar bandaraya Melaka. Namun, cuaca agak tidak mengizinkan ketika itu dimana ujan renyai-renyai mulai turun membasahi bumi. Kitorang sempat melihat upacara apa ntah bagi orang-orang Cina disepanjang jalan yang ketika itu bagai merayakan “sesuatu”.

Agak janggal di bandar Melaka kerana kedai makan diorang kebanyakannya telah pon ditutup walaupon jam pada ketika itu baru mencecah pukul 11 malam berbanding ngan area KL dan lembah Klang dimana kita masih boley lagi menjamu selera walaupon jam sudah menunjukkan pukul 5 pagi. Ehehehe.. (Sempat makan nasik ayam jer sebab gerai tuh jerk satu-satunya yang bukak dan rasanya kitorang pelanggan yang terakhir… miahaha).

Pulang ke hotel dalam pukul 1. Hako kalau kat tempat “baru” memang agak sukar untuk melelapkan mata. Kalau kat umah kebarangkalian hako terjaga malam adalah dalam setahun nisbah 3 kali kut. Muahahaha.. memang jarang giler. Tapi malam tuh terlalu lah sukarnya. Bila hako dah hampir terlelap dikejutkan pulak ngan suara gelak ketawa dari bilik sebelah. Bukan suara hantu jembalang tapi suara penghuni bilik sebelah. Hairan giler hako bilik yang kitorang duduki tuh tak kedap udara. Maybe sebab ada coridor di sebelah tingkap kitorang. Waktu tuh jam 5 pagi. Hako rasa hako baru jer melelapkan mata. Sepanjang malam tuh ada lebih 5 kali kut terjaga. Huwaaaa sangat stress!

Esoknya jam 10 pagi pas bersiap-siap dan breakfast, kitorang membuat lah lawatan sambil belajar… ahahaha.. Hako rasa hako sorang jerk yang excited sebab ur all taw kan hako belum pernah sampai kat Melaka nih berbanding dorang yang dah lebih 2 3 kali. Sian dorang.. tengok muka macam bosan giler jer. Haks! cik Nick offer bergambo ngan camera beliau. Namun oleh kerana keseganan tahap burung unta yer lah mana tak nyer.. hako de only one yang excited terlebey, deme idak.. syian kat hako taw.. Hako nolak lah sekali 2 walaupon hako memalu arnab pada mulanya dan berkeping-keping jugak lah interprem akhirnya.. miahahhaha..

Rupa-rupanya semua tempat-tempat yang menarik dalam suatu kawasan jugak. Memang sehari jalan dah abis. Habis sume tempat hako lawati. Sempat lah jugak beli survenier untuk dibawa balik. Tapi tak shoping banyak sangat pon coz hako bajet balik menaiki public transport kan.. lagu mana nak bawak kalau shoping manyak-manyak..

Petang tuh sempat ke Ayer Keroh berkunjung ke Taman Buaya dan melawati Zoo Melaka. Puas giler berjalan sampai mulai terasa sakit-sakit sendi dan kaki. Bertolak pulang dalam pukul 7 kot. Dinner sebentar di RNR Seremban jugak sebelum bertolak pulang. Sampai kat umah dalam pukul 11 malam. Dihantar direct oley cik Baby dan kawan beliau.

Dikesempatan ini jugak, hako nak mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih pada cik Baby, cik Nick dan kawan cik Baby tuh kerana sudi membawa hako berjalan-jalan di sana. Love ur all~

WaRnInG pAdA mAMAt-MaMaT MoToR!!

November 10, 2009 at 02:29 p11 | In My Life | 33 Comments

Hako teringin betol nak beri amaran pada mat-mat motor tak kira lah anda seorang mat rempit, mamat rxz, mamat 125Z mamat LC, mamat skuter dan sebagainya supaya meletakkan kenderaan anda di tempat yang sepatutnya hingga tidak menyusahkan orang!

Semalam hako nak balik keja dah lah ujan lebat. Tunggu hujan reda ada lah dalam setengah jam. Its means hako kuar opis dah pukul 6 petang berbanding hari biasa 5.30 petang. Biler dah agak reda sket tuh, punyer lah semangat nak balik nih. Turun-turun bawah tengok ader sebuah motosikal milik jembalang mana tah “park” motor betul-betul kat sebelah pintu kereta hako!! Giler stress~~ Dah lah ujan lebat. Dah lah hako pakai baju kurung moden semalam. Kain punyer ketat nak melangkah. Ruang nak masok ke dalam kereta takder langsung!! Nak bukak pintu kereta pon tak boleh!! Agak-agak lah kalau nak parking even motor pon!! Kalau hako gagah perkasa boleh alihkan, tak per lah jugak. Bukan setakat hako alihkan letak tepi, hako humban dalam lautan dalam terus!! Grrr~ (tuh salah satu sebab jugak lah hako tak penah blajar bawak motor dan amik lesen motor kerana hako nih terlalu lah cumel untuk membawa sebuah motosikal.. wahahah)

Hako berdiri depan keta hako tuh ada lah dalam 15 menet. (Bawah opis hako nih ada kedai makan dan kedai yang menjual barangan bundle). Biler takder jembalang yang mengaku motor tuh milik dier. Nak tak nak. Hako redah lah jugak ujan dan berusaha untuk masok seboleh-bolehnya. Memang untung jugak berbadan kecik nih (.. ihikss pasan~~) . Kalau orang biasa memang tak lepas nak masuk tuh. Tapi dah terdesakkan. Hako usaha lah jugak sampai berjaya. Kalau tak difikirkan pintu kereta hako tuh kereta hako, mau hako bukak kekuat sampai berbekas motor jembalang tuh. Huhuuu!!

Kejadian ini bukan lah pertama kalinya terjadi dalam hidup hako. Punyer lah besar parking dan ruang untuk meletakkan kenderaan, makhluk-makluk nih nak jugak menebeng kat sekitar kereta hako. Kadang-kadang tuh, hako dengan sengajanya membunyikan “hon”. Memula tuh terasa lah jugak malu muka. Tapi biler tengok tuan empunya sendirik yang kadang-kadang buat-buat tak perasan, hangin lah hako! Biler dah terkena baru datang terkedek-kedek, buat-buat senyum kambing kat hako. Kalau orang-orang kat luar sana fikir and korang-korang yang membaca nih fikir hako perasan bagus dan seorang gadis yang tersangat lah sombong.. (miahaha sombong ker hako?) pedulik!! Hako nih seorang yang mengejar waktu sampai masa untuk dirik sendirik pon tiada~ (have a another part time job.. hurry up!!) Uhuk3~~

angry8

Sangat marah pada motor kaler biru no plat DAA****

dOa cEpAt jOdOh&PuTuS CiNtA (hAtI KeCeWa)

November 4, 2009 at 02:29 p11 | In Renungan | 3 Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua..

Pagi nih hako sempat surf-surf internet, terjumpa pulak satu laman web nih. Tanpa meminta izin darik owner nyer tangan hako gatal telah meng’copy paste nyer semula. Ahaks! Sorry yerk. Hako rasa mende yang baik tak salah kalau kita sharing-sharingkan? Ehehehe..

Ikhtiar Penymbuhan Penyakit

buku bertajuk Ikhtiar Penyembuh Penyakit oleh Tuan Guru Dato Dr Haron Din, terbitan Darussyifa’.

Bukan setakat doa-doa di atas, buku tersebut mempunyai banyak doa-doa yang mungkin bermanfaat kepada kehidupan kita seharian. Mungkin anda boleh dapatkan di pasaran sekarang. Sesungguhnya hanya kepada Allah swt sahaja tempat kita memohon dan meminta pertolongan. Moga mendapat rahmat dari-NYA

(ayat copy jugak.. maklum lah hako nih kurang rajin sket nk menaip.. hikss!)

kEnApA MaSiH BeLuM BeRuMaHtAnGgA?

November 4, 2009 at 02:29 p11 | In Cinta | 21 Comments

Mungkin anda pernah diajukan soalan , “kenapa masih belum berumahtangga lagi?” Jawapan yang lazim diberi adalah, “Tidak ada jodoh lagi..” Mungkin selepas ini anda akan mempunyai jawapan yang lebih sesuai ..

Jodoh, rezeki, ajal dan maut adalah takdir Allah s.w.t. Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah Al-Hadid ayat 22, “Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.”

Di dalam kitab Fathul Bari, Al-Hafiz Ibnu Hajar mencerita bahwa seorang ulama sunni pernah berkata, “Jika Dia menghalangimu atas apa yang menjadi hakmu, beerti Dia telah menzalimimu; tetapi jika Dia menghalangi kerana sesuatu yang ada padaNya, maka sesungguhnya Dia memberikan rahmatNya kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya.”

Jodoh kita telah pun ditentukan oleh tuhan. Apabila tuhan menghalangi sesuatu dari seseorang kerana kehendakNya, sudah tentu halangan tersebut merupakan “sesuatu yang terbaik”, kerana tuhan Maha Mengetahui. Apabila tuhan telah memutuskan “sesuatu yang terbaik” kepada makhlukNya, bermakna tuhan sedang melimpahkan rahmatNya kepada makhluk itu.

Mungkin selepas ini, ketika disoal oleh kaum keluarga dan sahabat-handai, “kenapa masih belum berumahtangga lagi?”, jawapan yang sesuai adalah, “semua ini adalah rahmat Allah.”

Wallahu’alam

~hOlIdAy TiMe~

October 31, 2009 at 02:29 p10 | In My Life | 10 Comments

Hari nih hako akan bercuti-cuti Mesia ke Melaka. Kitorang pergi berempat dengan menaiki sebuah kereta myVI kepunyaan baby ekeke skema! Kire nih 1st time jugak lah nak berjalan jauh bersama-sama dengan bebudak forum. Dua hari satu malam~ (biasanya setakat gathering ajerk). With baby_gebu, nickindajungle n sorang lagik guys yang terpaksa direhsiakan atas sebab-sebab tertentu as a driver. Muakaka. Pas balik keja half day nih baru hako bertolak. By de way nih jugak merupakan kali pertama hako akan menjejakkan kaki kat Melaka tuh. Tak sabarnya!! sian hako. muahaha~

Nanti hako akan ceritakan pengalaman hako di sana yerk. Wish me a “nice vacation”~

Chau~~

**lagi setengah jam untuk pulang**

cHoRd GiTaR~mEnAtAp mAtA Mu (ArIl)

October 29, 2009 at 02:29 p10 | In Lirik Lagu | 8 Comments

G D
Sungguh indahnya hari berlalu
C D
Menunggu kasih tambatan hati
G D
Ingin rasanya selalu berbagi
C D
Bersamanya kala suatu nanti

Em Am
Andaikan kau jadi milikku
D G
Selaluku nyanyikan lagu rindu
Em Am
Andaikan kau dan aku bersatu
C D
Dunia ini berseri selalu

G Em
Ku ingin dirimu dekat dihatiku
Am D
Berdua kita kan raih bahagia
G Em
Ku ingin dirimu turut merasa
Am D
Rasa rindu untuk menatap matamu
G
Menatap matamu

A F*m
Bagaikan bintang nun jauh di sana
Bm E
Terangi malam yang semakin gelap
A F*m
Jika kau sudi menemaniku
Bm E
Takkanku lepas walau sedetik pun

Bersamanya kala suatu nanti

Em Am
Andainya kau jadi milikku
D G
Selaluku nyanyikan lagu rindu
Em Am
Andaikan kau dan aku bersatu
C D
Dunia ini berseri selalu

G Em
Ku ingin dirimu dekat dihatiku
Am D
Berdua kita kan raih bahagia
G Em
Ku ingin dirimu turut merasa
Am D
Rasa rindu untuk menatap matamu
G
Menatap matamu

NOTE : dikirim dari salah seorang pembaca blog. Thanks to “ali agung”

sUaTu kIsAh dI mAlAm hArI..

October 29, 2009 at 02:29 p10 | In My Life | 2 Comments

Kisah ini adalah suatu kesah benar. Benar-benar berlaku pada hari Ahad yang lepas. Pagi tuh, hako agak free, so dat hako bercadang tok mengelap2 keta (lap jerk, malas nak basuh coz keja kat area sini memang tak berbaloi. Pagi datang kerja berkilat, petang balik kerja tengok berkarat. Isyh3.. Kes banyak lori lalu lalang depan opis hako nih. Uhuk3 berdebu!)

Hako kemas balik sume susun atur lam keta hako tuh. “Patung” (teddy kecik2 sbg aksesori) kotak tisu, kasut bla3.. yang boley dibasuh sume hako bukak tok di cuci. Giler rajin hako nih. Ekekekeke~ Keta hako tuh keta “sport” (satria) so paham-paham ajerk la. 2 ajerk pintu nyer. Hako letakkan kotak tisu betul-betul di kedudukan kerusi belakang. Senang nak guna bila diperlukan. Kalau letak kat dash belakang alamatnya memang sampai ke tahun depan lah tak akan abis. Nak diletakkan di depan tiada ruang~

Biler dah agak free tengahari tuh, my sis yang kechik tuh suruh hantar dier and the geng ke umah member dier. Satu sifat budak nih, kalau dier nak sesuatu tuh dier akan mintak sampai lah dapat. “Ngah, (panggilan nama di umah angah koz anak tengah. Ekeke) nanti boley la yer anto anje kat Desa Latania (umah kawan dier) boley lah yer.. boley la yer..” (bayangkan dalam sejam dier dok ulang lebey 10 kali. Tak boley pon lame-lame jadik boleh! Mak hako selalu lah kena hihihi) And budak nih pon suke mintak paper ngan hako. Maybe hako nih pemurah plus baik ati kot. Wakaka pasan!

Pukul dua petang seperti yang diminta, keta hako jadik cam teksi sekejap. Amik member dier di sana.. di sini.. di sinun (empat orang kesemuanya kawan-kawan adik hako termasok dirinya sendirik) sehingga ke tempat yang ingin dituju. Kakak yang penyayang la katakan. Hikss!

Pukul 5 petang hako ke klinik plaks seperti biasa (part time job). Balik dari klinik jam 10 malam lebey kurang, sebaik sahaja sampai di “traffic light” tah camana tetiba terpandang side mirror belakang. Terkejut giler hako biler ternampak kotak tisu cantik jerk dier terletak di dash belakang. Hako pandang belakang memang dah sah-sah ia tidak berada di seat belakang. Seingat hako keta nih hako jerk yang guna. Jarang abang or adek hako gune koz abang hako der ketanya sendirik manakala adek hako yang sorang lagik suke guna kereta ayahanda hako. Cuak sekejap hako! Takut weh! “saper lah yang gatal tangan mengubahnya?” sebab memang hako yakin giler-giler hako yang letak di kerusi belakang tuh”. Ader hantu ker? Ader yang menumpang kew siang tadik? Eii sungguh menyeramkan~

Lalu.. fikir punyer fikir punyer fikir punyer fikir… Ceh, buang karan betol! Kan kawan- kawan adek hako yang menumpang keta hako siang tadik. Mesti lah salah sorang darik deme (mereka) jugak yang mengalihnya. Semak nak duduk. Dush~~ (kadang-kadang agak sengal jugak hako nih.. ehehe)

DeRiTa MeRiNdU~aHlI FiKiR

October 23, 2009 at 02:29 p10 | In Lirik Lagu | 2 Comments

(Rap)
Kau katakan cinta gunakan akal
Bila aku gunakan, kau yang menyangkal
Bagaimana nak kekal
Kau katakan cinta gunakan minda
Bila aku gunakan, kau yang tak percaya
Bagaimana nak bahagia

Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai

Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu
Tak ku kenal lagi engkau siapa

(Rap)
Dan aku cuba sedaya upaya
Telah ku usaha dengan sepenuh jiwa
Bagaimana hendak ku lupa
bayangan wajahmu selalu di depan mata
harum baumu masih dapat ku hidu
Bagaimana ingin aku membencimu
Jikalau setiap hari merindu
Sekiranya derita merinduimu itu sebenarnya bahagia..
Aku pilih derita..

Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa

Mungkinkah esok atau lusa walau biarpun lama
Akan ku biar tiada ku tetap kan setia
Entah bila akan tiba sampai jua harimu yang sama
Esok seperti semalaman yang tak berubah

(Ulang) (2x)
Kaulah tanda tanya.. kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena dikejut igau semula
Kaulah tanda tanya.. kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena dikejut igau semula

(Rap)
Seandainya kau berada di depan mata
Mudah untuk aku berkata-kata
Supaya dapatku melihat seraut wajahmu
Walaupun belum tentu kau mahu bertemu
Apalagi memandangku
Setelah ku turutkan segala kemahuan kau mainkan perasaan
Begitu mudah kau ucapkan terimalah saja kenyataan..
Aku masih terkilan

Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai

Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa

(Rap)
Jika kau dapat memahami hati seorang perindu
Baru kau tahu derita hatiku
Jika suatu hari nanti giliran kau merindu
Baru kau ingat derita diriku
Segala yang berlaku bukan kemahuanku
Apa gunanya bahgia
Jikalau bahagia bersamamu hanyalah untuk sementara waktu
Aku pilih derita merinduimu

Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai

Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa

Next Page »

Blog at WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.