jump to navigation

rOmAnTiK.. April 2, 2008

Posted by "eS@RLi" in My Life.
17 comments

Salam sume.. 

Pagi ri tuh tgh drive nak g keja, hako dengar la radio ERA. Topik pagi tuh, pasal romantic terhadap pasangan. Lebih kurang la cenggitu. Syok woo dengar. Der la sorang pemanggil tuh dier kate, dier da kawen. Da baper tahun ntah x baper nk ingat lakss. Dier ngaku dier nih seorg yg romantic. Mana tak nyer, die kate der mase2 tertentu dier kasi card cinta kat wife dier, bunga la.. etc. Dier boh tas meja depan pintu bilik. Tak pon dier slalu wat surprise anto munga kat opis. Best nyer.. Huhuu.. dier kate maner der org yg dah berkawen wat cenggitu.. Sejuk jerk ati aku dengar.. Pastuh der la pemanggil lain.. Pemanggil nih dier kate dier penah romantic time study dulu.. Couple same2 student UM.. so biler tibe ri jadik aweks dier tuh. Dier penah adiahkan sejambak munga yg hako xtaw baper kuntum ngn teddy bear besar giler. Boh kat skuter aweks dier. Siap ngan card lagik. Alahai klu hako dpt cenggitu.. Terharu nyer.. Uhuk uhuk.. Sampai la kepada pemanggil yg terakhir.. Hako rase dier housewife kot.. Husband dier sowang tentera so korang imagine, musti dier nih sorang yg bengis, garang giler, n tak romantis langsung kan. Tapi akak tuh kate, husband dier nih la satu2 insan yg paling romantic kat dunia nih. Tiap2 kali kalau dorg bergadoh, kadang2 mende yg kecik jerk, tiap2 tuh la munga or coklat sampai kat umah.. Syok giler kan?? Sampai anak dier tegor “nih mama mesti tgh merajok ngan ayah” eheheh.. tersengih2 hako sambil drive pagi tuh..

Teringat la plaks cerita lame time muder2 dulu. Ekekeke.. Ntah pasal haper ntah hako da luper, mende kecik jerk benor nyer. Tapi sajer ngader2.. Ex hako dulu nih hako xtaw la.. xreti memujuk langsong ker hapew. Ari tuh ntah sbb per ntah, mende tu wat hako menangis.. Dier nih mmg pantang kalo nampok owang nangis2 nih. Pantang giler. Memula tuh dier pujuk la jugak. Tapi da ayer mate hako yg tanak stop nk wat camana. Last2 dier ckp kalo x berhenti jugak dier nk balik!! Aku try gak tok cube stop.. X leh lagik sedey jadik nyer.. Kwang3.. Ntah baper minit ntah pas tuh, dier leh berlalu pergi jerk. Balik wehh. Sakit nyer hati hako!! Eeeeee mamat nih.. Geram betol! Terpaksa hako pujuk diri sendirik. Huhuu.. Sok nyer baru dier carik hako. Dier call hako x jwb. Ntah baper kali br hako angkat. Hako kuarkan la segala mende2 semalam tuh. Dier ckp awak tgh marah, saye buat per pon xkan menjadik. Hangin 1 badan la hako. Maner der org tgh merajok dier bgtaw tgh merajok. Pandai2 sendirik la pujuk. Adoi mamat nih.. Geram nyer.. Tapi tuh kisah lame.. Ehehehee..

bAkAl bInI?? April 2, 2008

Posted by "eS@RLi" in Lucu.
11 comments

Aku yakin, mesti hangpa pernah alami apa yang aku rasa ni….
              Pernah tak suatu hari, anda bangun dari tidur dan
terasa seperti hendak ber’bini’? Ya! Itulah apa yang sedang aku alami
sehingga hari ini. Aku tak boleh nak sisihkan naluri fitrah aku ini.
Tapi apakan daya aku juga insan biasa, punya kehendak yang perlu
dipenuhi, punya impian yang tersendiri. Iri hati aku kepada kawan-
kawan aku yang lain. Hampir semua mereka mempunyai `bini’ masing.
Mana tak jelesnya kehulu-hilir asyik berdua. Berpegangan kedua belah
tangan lagi. Sama-sama bersusah payah meredah ranjau dan berhujan
berpanas.
              Tatkala kaki ini melangkah dipayungi terik matahari
menuju ke kuliyyah, hati nakalku terdetik. Alangkah indahnya
sekiranya `dia’ turut sama menemani aku dikala ini. Tidaklah aku
terasa kepenatan dan peluh berjalan kerana ada teman bicara. Dan
jarak yang jauh pasti terasa dekat. Dan semua orang diperjalanan
kami, pasti ada yang cemburu. Tak kurang juga yang memuji mengatakan
kami pasangan yang ideal. Ahaha… Tapi ini semua hanyalah khayalan
aku yang punya sempadan. Dari kejauhan aku ternampak sahabat karibku
dengan pasangannya. Bukan main asyik dan mesra mereka. Sehingga
mereka lalu melintasi aku, tidak sedar pun mereka yang aku di tepi
jalan ini. Mentang-mentanglah `bini’ dia tu cantik dan mengancam.
Deng! ar khabarnya, `bini’nya keturunan Jepun tapi lahir di sini.
Ke’in-team’an dan keakraban mereka inilah yang membulatkan tekad aku!
Aku mesti cari satu juga!
              Pulang ke kampung pada cuti semester, aku suarakan
hasrat hatiku kepada ayahandaku kerana hanya dia yang arif dalam bab
ini. Risau juga aku takut dibangkang niat suci murni aku ini.
Terkejut aku apabila dia mengatakan memang selama ini dia berhasrat
nak cari jodoh satu untuk aku. Bonda tiada halangan kerana dia tahu
ini untuk kebaikan aku juga. Tapi dengan siapa? Aku belum ada calon
lagi. Terpaksalah aku menyuruh ayahanda merisik sesiapa sahaja yang
dirasakan sesuai. Pada mulanya ayah aku meng’kenen’kan a! ku dengan
seorang `janda’ yang masih lagi muda. Ditinggalkan suaminya, setelah
tak mampu nak bayar nafkah bulanan. Pendapat ayahanda, biarlah
jodohku janda kerana maharnya pasti lebih murah nak dibandingkan anak
dara sunti. Setelah puas membuat pertimbangan, aku menolak dengan
lembut pilihan ayahku. Aku katakan pada ayah, biarlah maharnya mahal
sekalipun, mungkin ini adalah yang pertama dan juga yang terakhir
bagiku. Aku tak akan pasang dua, tiga
 atau empat. Aku akan berlaku jujur dan setia.
              Suatu petang ketika aku bersiar-siar di bandar seorang
diri, di satu sudut ruang legar pasaraya rasanya seperti aku telah
terjumpa pasangan impian aku. Walaupun dia bersama-sama kawan-
kawannya yang lain di situ, tapi hatiku hanya terpaut padanya.
Dengan `body’ yang cukup sempurna, lirikan mata yang menggoda dan
dressing yang mengancam, aku bagaikan terjumpa buraq kayangan.
Setelah berbasa-basi dan berkenalan serba ringkas. Diberinya aku foto
gambarnya yang mempersonakan. Aku pulang ke rumah dengan senang hati
sambil membawa gambarnya untuk ditunjukkan kepada orang tuaku.
              Ayah melihat dengan serius foto gambarnya. “Betui hang
minat kat dia ni?” Tanya ayahku mencari kepastian. Aku mengangguk
dengan yakin bahawa pilihan aku ini pasti tidak silap. Sambil itu,
aku tidak ketinggalan menyulam janji manis yang aku akan menjaganya
dengan baik. Menjaga makan pakainya dan sama sekali tidak berlaku
curang. Bonda tidak kisah kerana nanti dia juga yang senang apabila
dah ada `menantu’ baru nanti. Senang dia nak ajak aku ke mana-mana
nanti. Setelah melihat spesifikasinya dan keupayaannya, akhirnya ayah
aku bersetuju untuk meminangnya untuk aku. Tapi bila? Aku pun tak
tahu. Yang pasti aku akan ada `bini’ baru. Alahai abah, kahwinkan aku
cepat. Elok juga rasanya aku perkenalkan bakal ister! i baru aku ini.
Inilah biodatanya:
Nama Model: Yamaha Lagenda 110cc
Spesifikasi: Enjin empat lejang, silinder tunggal, SOHC, 2 injap
Transmisi: 4 kelajuan
Kapasiti minyak: 8L
Kapasiti gas: 4.5L
Berat kering: 94 kg