jump to navigation

mAsIh sEtIa dGn sI dIa wAlAuPuN SuDaH TiAdA CiNtA? April 15, 2009

Posted by "eS@RLi" in Cinta.
2 comments

Cetusan chemistry, mabuk cinta dan perasaan asyik memang lazim bagi mereka yang baru melanglah ke alam percintaan. Segalanya tentang pasangan anda indah belaka. Kekurangan si dia tentu sekali tidak ada kerana cinta itu buta. Apabila melihat dia, anda ceria dan jika dia tiada anda berduka. Namun begitu, bagaimana pula dengan pasangan yang sudah bertahun-tahun bercinta tetapi masih belum berumahtangga? Adakah perasaan-perasaan indah ini masih wujud atau anda sudah semakin nampak kecacatan pasangan anda? Ada juga mereka yang sudah benci dengan perangai si dia tetapi tidak tahu bagaimana untuk menamatkan hubungan yang sudah menjangkau ulangtahun jubli perak. Di saat ini apabila melihat si dia anda rasa biasa, jika dia tiada, ada terasa sedikit suka. Disebabkan sudah begitu lama mengenali antara satu sama lain dengan tiada ikatan yang sah, anda meneruskan sahaja perhubungan walaupun semuanya sudah hambar, sudah tiada rasa lagi.

Ramai pasangan yang terjerat di dalam situasi ini dan tidak tahu bagaimana untuk melepaskan diri. Walaupun hati sudah tidak cinta atas alasan alang-alang dah lama bersama, ku teruskan sahaja dan akan ku tempuh segala buruk baik yang mendatang.

Disebabkan perkara ini juga, orang-orang tua sering ingin mempercepatkan perkahwinan apabila si teruna dan dara sudah mula memadu asmara kerana mereka tahu apa akibatnya apabila bercinta kosong lama-lama. Mereka makan garam dulu dari kita dan mereka sudah arif tentang perhubungan Uda dan Dara. Mula-mula bercinta, berjumpa itu indah; lama kelamaan, sudah tidak tahu ke mana arah tuju, semuanya jadi biasa dan masing-masing meneruskan perhubungan kerana terpaksa. Satu lagi sebab ialah mereka takut apabila sudah lama bercinta, banyak territory larangan yang akan dijelajahi pasangan ini.

Pasangan hambar begini tidak harus meneruskan perhubungan atas alasan sudah lama bercinta kerana apabila mereka mengambil keputusan untuk berumahtangga, adalah sukar untuk mengukir bahagia. Perkahwinan seharusnya dibina atas dasar kasih sayang, hormat menghormati dan rasa cinta yang tidak berbelah bagi. Apabila pasangan sudah mula bosan antara satu sama lain, bagaimana untuk meneruskan perkahwinan yang sepatutnya kekal sehingga ke akhir hayat. Hati-hati yang hambar ini akan senang teruja apabila ada insan-insan baru yang menunjukkan minat untuk mengenali mereka dengan lebih dekat lagi. Lantas, ada yang mengadakan affair di luar sana walaupun sudah ada suami dan isteri kerana dengan pasangan baru perasaan indahnya percintaan akan muncul semula. Oleh kerana itu, sering kita dengar pasangan yang sudah bertahun-tahun bercinta bercerai hanya selepas sebentar berumahtangga.

Untuk pasangan yang sudah lama bercinta dan merasakan antara kamu berdua sudah tiada rasa, cubalah hidupkan kembali bibit-bibit cinta dan nilai kembali sejauh mana rasa cinta kamu berdua terhadap satu sama lain. Jangan jadikan tempoh percintaan sebagai beban yang terpaksa ditanggung walaupun hatimu sudah tawar untuk si pasangan dan mata anda sering meninjau-ninjau prospek baru yang berdekatan. Jujurlah kepada hati sendiri kerana jika tidak, anda hanya akan mengecewakan diri anda dan juga dirinya, dan sekiranya anda memilih untuk mendirikan mahligai perkahwinan dengan si dia, anda juga akan melibatkan keluarga dan ibubapa kamu berdua.

Rasa dalam bercinta itu penting kerana ia merupakan talian kasih antara kau dan si dia. Jangan tidak diambil indah perihal rasa, buruk padahnya nanti. Di zaman dahulu, walaupun banyak perkahwinan yang diatur keluarga, ianya kekal lama kerana pasangan bercinta dan mengenali satu sama lain selepas berumahtangga. Namun di zaman ini terbalik ceritanya dan apabila sudah mengenali satu sama lain dengan begitu lama tanpa ikatan perkahwinan, sukar untuk melayari bahtera rumahtangga apabila rasa telah tiada. Sebagai nasihat, apabila sudah suka janganlah bercinta lama-lama. Jangan bercinta kosong tanpa tujuan, tidak baik untuk masa depan

25

kEnApA sIkAp LeLaKi dInGiN SeLePaS mEmIlIkI cInTa April 15, 2009

Posted by "eS@RLi" in Cinta.
40 comments

Mengapa suami saya tidak berbual-bual dengan saya”, satu keluhan biasa. Yang tak biasanya, r0;mengapa ISTERI saya tidak berbual-bual dengan saya”….

Ini hakikat, orang lelaki tidak merasakan sesuatu yang sangat perlu untuk berbual-bual dengan isteri mereka berbanding orang perempuan terhadap suami mereka.

Seorang isteri berkata, “Kenapa suami saya tidak macam dulu, suka bercakap-cakap, ‘loving’, ‘caring’…. bila dah kahwin, dia berubah, tak banyak cakap. Saya bercakap pun dia tak berapa nak dengar…tapi dia banyak ‘ modal’ bila bersama kawan-kawannya”.

Mengapa begitu?…Sebab…suaminya seorang lelaki!. Orang lelaki pandai berbual-bual dan rajin mendengar di masa bujangnya (masa bercinta) atau di masa awal perkahwinan (ini kes yang tidak berpeluang untuk berkenalan apatah lagi bercinta!) kerana banyak sebab.

Tujuan utama mereka ialah untuk mendapatkan ‘good impression’. Mereka nak yakinkan bahawa mereka budak baik, berakal, hebat, seronok didamping dan boleh diharap. Mereka berusaha untuk mengenali dan memenangi hati pasangan mereka. Mereka harus tahu bagaimana perasaan, kecenderungan, kesukaan dan apa yang tidak disukai oleh pasangan mereka supaya dapat membuktikan cinta dan kesetiaan yang tidak berbelah bagi. Untuk itu, jadilah mereka pemuda peramah yang berkemahiran mendengar.

Mengapa lelaki berubah setelah berkahwin?.. .. Sebab… mereka rasa “the ‘job’ is done!”

Mengapa suami tidak berbual-bual dengan isteri sebagaimana mereka boleh berbual-bual dengan orang lain?…

Ada 2 sebab;
? suami itu lelaki
? isteri itu perempuan

SUAMI ITU LELAKI

? Nilaian lelaki lebih kepada kuasa, kepakaran,keberkesa nan dan pencapaian.
? Mereka beri tumpuan kepada benda/objek dan barang demi untuk mencapai
kejayaan dan matlamat yang ingin dicapai. Mereka baca suratkhabar dan jurnal. Mereka dengar berita, sukan dan pasaran saham. Mereka bercakap tentang kereta, komputer, teknologi, matawang, pasaran saham,perniagaan, pemimpin, perang, politik dan perkembangan dunia.

ISTERI ITU PEREMPUAN

? Tumpuan perempuan berkisar pada manusia dan perasaan. Mereka menghargai cinta, pertalian, perhubungan dan keindahan. Mereka baca novel dan buku-buku psiikologi. Mereka suka menonton filem romantik dan menatap majalah hiburan. Mereka bercakap tentang diri, keluarga, perasaan,perhiasan, fesyen dan kecantikan.

Mengapa isteri mahu suami berbual-bual dengannya sebagaimana suaminya boleh berbual-bual satu ketika dulu?.. Sebab… isteri itu seorang perempuan!

Orang perempuan suka bercakap dan bercakap-cakap perlu bagi mereka. Mereka seronok bila ada orang melayan percakapan mereka. Bila tertekan, bercakap-cakap boleh melegakan mereka. Mencurahkan masalah pada orang lain dapat menghilangkan kerungsingan. Sebab itu tidak hairanlah orang perempuan boleh ‘bersembang’ atau ‘bergayut’ pada telefon berjam-jam lamanya.

Orang perempuan mahukan ‘good listener’ bukan ‘problem solver’. Mereka mahu bersama seseorang, yang pada pendapat mereka sangat mengambil berat ‘tentang’ dan ‘untuk’ diri mereka. Fokus mereka lebih kepada kejadian-kejadian sehariannya, orang-orang yang mereka temui dan yang penting -‘apa perasaan mereka terhadap orng-orang yang mereka temui itu’.
Mereka nakkan ‘verbal attention’ yang boleh membuatkan mereka rasa di kasihi. Bagi mereka, selagi ‘penumpuan’ dan ‘perhubungan’ini dijalin, selagi itulah ikatan dan kasih sayang dapat di jamin.

Perkahwinan sebenarnya menyatutemukan hakikat seorang lelaki dengan hakikat seorang perempuan. Perbezaan sikap, minat dan kecenderungan tidak boleh menjadi alasan untuk tidak berkomukasi dengan baik antara suami dan isteri. Perhubungan yang baik menjamin kebahagiaan dan tercapainya matlamat perkahwinan tersebut. Bila komunikasi antara suami dan
isteri tidak berkesan, ‘perbualan sihat’ tidak wujud.

BAYANGKAN bila…
? suami isteri tidak berbual-bual
? suami atau isteri tidak ‘respond’ dengan baik bila salah seorang berkata-kata
? suami gagal menjadi pendengar yang baik
? suami tidak memberi peluang kepada isteri untuk mengadu
? suami isteri membiarkan halangan-halangan perbualan berada di antara mereka
? suami ‘diam’ di rumah tapi ‘bising’ di luar ada faktor penghalang kepada perbualan yang sihat

maka BERKEMUNGKINAN
? ‘tabung cinta’ suami isteri akan ‘bocor’
? isteri takut pada suami (takut yang tidak kena pada tempatnya)
? isteri mengadu pada orang lain dalam hal peribadi dan rumahtangganya- mencurah perasaan pada sesiapa yang sudi mendengar
? isteri bosan, kesunyian dan tertekan anak-anak jadi mangsa
? isteri tidak tahu apa yang suaminya ‘is up to’ dan suami tidak tahu apa yang isterinya ‘is trying to do’
? berlaku kemungkinan- kemungkinan yang memberikan kesan buruk pada perhubungan suami isteri dan rumahtangga.